Thursday, April 19, 2012

fedtri yahya punye status~

Ucapan seorang pensyarah (pemenang anugerah ) yg tak sempat dihabiskan kerana terlalu 


sebak. Seluruh dewan terdiam. Saya tuliskan teksnya: 




5 Resepi kejayaan dalam pengajian doktor falsafah-




Pertama, dalam apa jua hal yang berlaku, saya menggantungkan seluruh nasib saya kepada 


Allah. Misalnya, tatkala saya bertembung dengan apa jua kesukaran pengajian, hal pertama 


yang saya lakukan adalah solat sunat taubat dan solat sunat hajat.



Kedua, saya berusaha sedaya upaya untuk berbuat yang terbaik kepada kedua orang tua dan 



guru saya. Atas sebab itulah misalnya, saya dikurniakan Allah akan guru yang tidak hanya 


memimpin saya dalam pengajian tetapi juga memimpin saya ke hospital sewaktu saya jatuh


sakit.







Ketiga, saya berusaha sedaya upaya untuk sentiasa bermurah hati baik dari segi tenaga dan 


wang ringgit kerana di situlah antara punca kemurahan rezeki.





Keempat, saya memiliki perancangan pengajian yang sangat teliti. Bermula dari perancangan 


tahunan hinggalah kepada perancangan harian.







Kelima, tiada istilah ‘malu’ dalam kamus hidup saya setiap kali saya memerlukan tunjuk ajar 


daripada seseorang. Kelima-lima resepi inilah mudah-mudahan menjadi panduan kepada 


teman-teman siswazah sekalian bagi menggapai kejayaan yang lebih gemilang.



2 comments: