Monday, April 30, 2012

the holiday

hari ni aku nak mengishtiharkan untuk diri aku sebagai hari cuti. but still aku datang office and berfoya-foya boleh? monday blues, plus besok cuti hari pekerja, its not a sin to anggap today as hari cuti no? and i came to do some labwork last saturday. jadi tak pe lah kan.

anyway, did you the readers join bersih recently? i bet your facebook wall must have this gadoh gadoh punye cerita and telling you guys whos right and wrong, the truth, with the video, with the police and the orang awam being beaten lah apa lah..

aiyoo..

its a sad thing to happen to this country, dulu malaysia aman tenteram. what happen?

honestly, i am neutral. aku percaya masing-masing ada salah and silapnya. both parties have their own flaws. plus, you need to be open, you need to listen and observe from both side, jangan dengar dari satu pihak je sampai kita pun jadi kuli tak bertauliah. i dont want to be bias. but what both side did to each other are wrong. polis pukul orang awam, orang awam hentam kereta polis, polis tembak pakai pemedih mata, orang awam merosakkan harta benda awam...~

kalau nak berarak, berarak lah. berarak in peace. kalau nak bagi gas pemedih mata, bagilah. but in moderation lah jangan sampai orang awam tercedera, or sampai orang awam sesak nafas dan beri kesan teruk.

kita sesama islam, basic thing that Islam teach us is to be kind to each other. bagi hati sikit kat orang ramai tak kiralah dia dari fahaman mana pun. sesama Islam jugak. politics are dirty. macam-macam konspirasi ada di sana sini. tak kira dari sebelah mana pun. so dont make it dirtier.

dont get me wrong. it is just a piece of thought.

Tuesday, April 24, 2012

movie update!

aku sejak azali lagi sangat tidak pandai untuk buat review mengenai movie. kalau best aku kata best, kalau tak best aku kata tak best. aku kan kurang vocabulary tak kira bahasa inggeris mahupun bahasa melayu.

anyway, latest movie i watched, battleship. komen peribadi;

best gila! ~

sebab? perasaan seperti tonton transformers buat kali pertama. ingat tak detik-detik tonton transformers buat kali pertama. ingat tak? terasa teruja lihat kereta bertukar menjadi robot, lepas tu rasa macam awesomeness melampau gila barbie.

well, itulah perasaannya apabila melihat battleship. aku mungkin exaggerate di sini,  tapi percayalah, jika anda suka menonton transformers dengan harapan tiada megan fox atau perempuan hot je nak conquer skrin, cerita ini berbeza dari segi itu. kalau nak tengok lelaki hot, boleh tengok movie ini sebab for me, for me lah kan, i have a secret crush dengan taylor kitsch;


source: google

oh yeah..~

dan lagi satu, i give 5/5 stars untuk rihanna sebab honestly, dia boleh berlakon dan lebih best berlakon dari jenifer lopez.


source: google

okay rihanna, lepas ni sila berlakon lagi sebab i memang sokong u 100%. kalau u berlakon lagi, i pergi tengok tanpa sebarang ragu-ragu. 

okay, selain dari pelakonnya yang aku rasa sangat best (sebab rihanna and taylor), pengarah juga bijak melogikkan cerita battleship yang kita selalu main game masa sekolah rendah dulu diplikasikan di sini based on pengalaman kapten nagata dalam membaca pelampung di tengah lautan sebab ia adalah salah satu indicator untuk detect tsunami di jepun.  suku dari cerita dah start ada aksi kecut perut jangan risau, aksi-aksi best dan mendebarkan akan berterusan sampai akhir cerita. 

jadi aku malas nak cerita banyak. cerita ni memang best. 

Monday, April 23, 2012

semangat


21/04/2012 adalah hari sabtu. aku attend satu seminar di tempat kerja aku sendiri di mana ada sambutan dna day dan ulangtahun yang ke 10 institut tempat aku kerja ni. (note: aku buat kerja kat sini as like menumpang, bukan kerja yang di hire ye). ada talk, dan ada makanan.

aku tak pernah cerita pasal sebarang seminar dan talk yang aku attend kat sini. tapi ni first time aku nak cerita sebab ini pertama kali aku rasa nak nangis bila dengar talk yang disampaikan.

talk pertama ni benar-benar buka mata aku dan terus-terus aku rasa bersyukurnya aku terlibat dalam dunia yang serba competitive ni. talk ini disampaikan oleh prof lati.f. beliau adalah seorang emiritus, dan berumur 78 tahun kalau tak silap aku. beliau nampak sihat, tapi gak susah nak turun naik podium, maklumlah orang tua. aku ni kalau orang tua bagi nasihat, kata-kata hikmat ke apa, cepat sikit hati kecik ni tersentuh. begitulah juga bila prof lati.f berkata-kata. aku rasa nak nangis. 

beliau menceritakan tentang pengalaman beliau melibatkan diri dalam dunia bioteknologi sejak 30 tahun dahulu. 

beliau menceritakan tentang pengalaman dan keterlibatan beliau dalam perancangan biovalley, semangat beliau dalam sains dna teknologi, keterujaan beliau dalam memperkenalkan molecular biologi dan betapa pentingnya molecular biology untuk negara. dan beliau rasa sangat bangga dan lega sebab adanya bangunan dan kemudahan semacam tempat kerja aku ini. sekurang-kurangnya, kata beliau walaupun biovalley tak dapat dilaksanakan sepenuhnya, tapi bangunan-bangunan dan kemudahan-kemudahan ini wujud, dan R&D berasaskan biologi molekul dapat dijalankan dengan baik - itupun dah cukup baik. 

kata-kata beliau itu menyebabkan aku buka mata. aku rasa seperti perjuangan mereka sangat hebat sebab zaman dulu untuk menceburi bidang-bidang ini dan mengaplikasikan bidang ini di Malaysia adalah close to impossible. dan untuk kita yang muda-muda ni dapat belajar dan mengaplikasikan bidang ni dengan senang sebab kemudahan yang dah sedia ada, sepatutnya kena bersyukur dengan ilmu yang telah disalurkan pada kita dan kemahiran yang telah kita pegang. mungkin bidang ini tak se'glamour' bidang lain, tapi ilmu yang kita ada itu memang tiada galang-gantinya. 

happy DNA day! :)

Thursday, April 19, 2012

fedtri yahya punye status~

Ucapan seorang pensyarah (pemenang anugerah ) yg tak sempat dihabiskan kerana terlalu 


sebak. Seluruh dewan terdiam. Saya tuliskan teksnya: 




5 Resepi kejayaan dalam pengajian doktor falsafah-




Pertama, dalam apa jua hal yang berlaku, saya menggantungkan seluruh nasib saya kepada 


Allah. Misalnya, tatkala saya bertembung dengan apa jua kesukaran pengajian, hal pertama 


yang saya lakukan adalah solat sunat taubat dan solat sunat hajat.



Kedua, saya berusaha sedaya upaya untuk berbuat yang terbaik kepada kedua orang tua dan 



guru saya. Atas sebab itulah misalnya, saya dikurniakan Allah akan guru yang tidak hanya 


memimpin saya dalam pengajian tetapi juga memimpin saya ke hospital sewaktu saya jatuh


sakit.







Ketiga, saya berusaha sedaya upaya untuk sentiasa bermurah hati baik dari segi tenaga dan 


wang ringgit kerana di situlah antara punca kemurahan rezeki.





Keempat, saya memiliki perancangan pengajian yang sangat teliti. Bermula dari perancangan 


tahunan hinggalah kepada perancangan harian.







Kelima, tiada istilah ‘malu’ dalam kamus hidup saya setiap kali saya memerlukan tunjuk ajar 


daripada seseorang. Kelima-lima resepi inilah mudah-mudahan menjadi panduan kepada 


teman-teman siswazah sekalian bagi menggapai kejayaan yang lebih gemilang.



Monday, April 16, 2012

suits

2 hari berturut-turut, my husband was away for work and i was home having my me time. it was nice, nice bukan sebab husband takde aku boleh lalala gembira. mostly memang boring tahap gaban bila azmi tak balik rumah walau jam menunjukkan pukul 8.00 malam. tapi these two days, with loads of movies to watch, tanpa ragu lagi aku boleh hidup seorang diri dan tidak boring lagi.

one of the movie list is suits series. already watched the whole episode of season one. siapa yang tak tahu suits cerita apa, it's like a gossip girl series but this time its not about the budak sekolah tak matang gaduh gaduh dan with sex scene all over the place and tukar-tukar pasangan tanpa ragu, but its about the life of a lawyer name harvey specter and his kick ass clever to the max associate, mike ross. ada gaduh-gaduh jugak, ada aksi tikam-tikam dari belakang but in a more educated and cooler ways. more info here.

Suits intertitle.png

walaupun aku bukan lawyer dan ada ayat-ayat yang aku kena cari gogle translate or wikipedia (and one of them is subpoena which has been extensively use) tapi aku layankan juga. its like non-science person layan csi, non-lawyer layan suits. ayat sarcastic kelakar, harvey yang cool, pemikiran mike ross yang super awesome, dan hot chicks yang confident.

so siapa ada astro, and of course mesti ada DIVA universal channel sebab aku yang ada basic astro pun ada diva, please watch, mesti jatuh cinta. kena sabar dengan iklan SMASH sebab bagi aku cerita SMASH sangat over rated padahal tak sedap mana pun lebih baik tonton suits. mungkin boleh dapat ilmu macam mana kita nak saman orang, knowing the simple terms like house court and subpoena and paralegals, and 12,000 dollars for a suit.

tonton hari ini, pukul 10 di diva ye. :)

Friday, April 13, 2012

scholar

entry rage tak boleh letak lama-lama. hehe.

jadi tadi sebenarnya selepas rage gile barbie tadi aku kena pergi ke kl sentral, bangunan uae yang tinggi menggapai bintang itu. apa sebab aku ke sana, ini kerana aku telah dipanggil untuk sesi penyaringan kh.azanah watan scholar. untuk pengetahuan anda semua yang nak tahu, tak nak tahu pun takpe, khazanah scolar ini dibuka setahun sekali around bulan 3 macam ni jugalah...hari tu tarikh tutup pun 31/3. tak sampai 2 minggu dia dah panggil untuk ujian saringan..ujian saringan adalah stage pertama, untuk khazanah watan hanya ada 3 saringan, untuk khazanah global ada 4 saringan. apa beza khazanah watan and global ni, standardlah, sebab aku meneruskan pengajian aku di tanah air malaysiaku tercinta, jadi watanlah hendaknye. untuk further study di oversea, global lah hendaknye. ada juga yang mintak dua-dua..dia tak kisah pun, at the end kena pilih satu jugak. dan universiti tu mestilah universiti yang dipilih oleh khazanah sahaje. ape-ape hal boleh lah rujuk kat website khazanah di sini.

the best thing is that, saringan dan interview semua dalam masa dua bulan sahaja. plus, ia adalah premier scholarship. maknanya scholarship yang tiada tandingan. cewah. according to what the staff said, siapa yang pegang scholar ni, will be living in comfort lah. not rich, but comfort. aku comfort pun okay. sekarang dah tahap papa kedana dah ni..maklumlah, banyak masalah betul uni ni nak menggaji aku. ada je halnya. jadi bila khazanah cakap macam tu, rage di pagi hari semakin merudum. terus bercita-cita nak buat bersungguh-sungguh sehingga berjaya mendapat scholar ini. dan kalau ada courses, tak kiralah kat oversea dan sebagainya mereka boleh support. even support family dan anak-anak sekolah lagi. aku tak tahu kebenarannya setakat mana, tapi itulah yang mereka kata.

jadi ujian ini bagaimanakah?

ujian untuk peringkat saringan ni ada 5 bahagian. aku pun tak ingat namanya. tapi bahagian pertama, adalah mentafsir gambarajah venn, pepandai korang lah nak mentafsir macam mana. masa diberi sangat singkat. memang korang tak ada masa nak tidur atau meneguk air sekali pun! mereka perlukan kepantasan dan accuracy. contoh, cat, dog, animal. dia bagi gambarajah venn, korang pilihlah yang mana satu. kalau otak kiri korang hebat, maka benda ni senang. haha, aku pun tak tahu benda ni melibatkan otak kiri ke kanan. aku dah lupa.

second part is dalam bentuk tulisan pula. there's a 4 storey building. rahman lives above kasim, kasim lives above talib, talib lives below ali. who lives the highest floor? haa..jawab jangan tak jawab. ini adalah contoh ye. tapi soalan memang nervous macam tu. dan masa yang singkat tahu! third part is lorekkan gambar. they will give you one simple object, find the simple object in a complex object. contoh macam dalam iklan susu kat tv tu. ada berapa ekor rusa dalam gambar salji ini, satu, dua tiga..tapi in this case, its not rusa la, it's just a simple object macam segitiga, anak panah dan segiempat. berpeluh jugak nak cari. aku tak jawab 4 objek kot kat sini. gila pantas masa berlalu..

yang keempat ialah susun gambar mengikut kronologi yang sesuai. gambar aku tak ingat berapa, masa memang terhadlah. bak kata aku tadi, kalau nak minum air, tunggu sebelum start, atau lepas habis exam. gambar ada 4, susun mengikut kesesuaian. untuk perhatian gambar memang tak berapa nak clear. tapi pepandailah korang susun sendiri.

yang kelima paling best, soalan susunan nombor. ada 60 soalan tak salah aku, jawab dalam masa 11 minit ke hah? lebih kurang lah..contoh: 2,4,6,8,_,_..yang ni senanglah, mestilah jawapan dia 10 dan 12..yang tricky sikit: 2,3,4,3,6,3,_,_..atau 7,3,8,4,9,5,_,_...nak tahu jawapannya? yang first tu adalah 8 dan 3, second tu adalah 10 dan 6. macam mana aku dapat jawapan tu, korang fikirlah sendiri. tapi soalan nya lebih kurang macam tu lah semua..

jangan risau, sebelum ujian, mereka akan bagi contoh. kalau tak faham boleh tanya before exam, kalau aircond sejuk sangat pun boleh bagitahu..hehe.. kalau tak ada pensel, dia bagi, kalau tak ada pemadam pun dia bagi.

oookay, habis..lepas habis balik. sebab hujan kat kl sentral, jadi naik train saje. sebab balik tadi hujan, jadi basah. sebab hujan lebat aku pun berdoa semoga dapatlah aku untuk stage yang berikutnya pulak.doakan aku ye...:)

adios!

Wednesday, April 11, 2012

pangkor island here i come!

percutian ke lautan biru dan pasir mengelus kaki dan air laut menerjah muka amatlah dinanti-nantikan. bila azmilia secara tiba-tiba msg aku dan aku pun rasa seperti orang stress yang diberikan percutian percuma (tapi bayar sendiri), but u know the feeling kan, aku pun segera bersetuju! alangkah lamanya aku tak merasa pasir pantai! aku sangat rinduuu~...

jadi disebabkan azmilia sangat expert pangkor dan mungkin hampir menjadi warganegara pangkor juga, beliau memang sangat tahu selok belok perjalanan short cut mahupun long cut. pergi jalan lain, balik jalan lain sumpah lepas ni kalau pergi sendiri mesti tak ingat. tapi memang seronoklah perjalanan sebab aku excited, tak tidur sepanjang perjalanan, sambil dengar azmilia and ina berceloteh pasal jejaka kpop paling hensem abad ini dan disulami lagu-lagu kpop dan sedikit sejarah kehidupan azmilia di perak. 

jadi di sini aku malas nak cerita panjang, biar gambar yang berkata-kata. so menaiki bot/feri yang sesak, dijemput pula dengan pakcik pemandu van pink comel...


dan sebab perut lapar sangat, lepas letak beg dan main uno sedas dua, keluar pula mencari makan di tepian laut. chalet sangat dekat dengan kedai makan, memang strategik!


sambil menghadap angin sepoi-sepoi pantai...

dan menikmati nasi ayam dan laksa...

dan berjhemba-jhemba di gigi air di waktu petang yang nyaman...~ sambil dihiasi dengan sunset yang super marvellous..


seafood di  malam hari adalah yang terbaik! sila beli ikan repoh untuk buat bakar, super delicious! 

sambil menunggu makan, sambil dengar deru air laut menyurut...


dan bersantai di tepi pantai di waktu malam sambil disimbahi cahaya bintang yang berjuta di langit..



pulang ke chalet sebelum pukul 12 malam...~


keesokan harinya, merasa beradadi pulau persendirian selama setengah jam, berendam di air laut yang jernih, dan menunjukkan skill pengapungan masing-masing..~


 menunjukkan ketembamam pipi di dasarlaut cetek dengan menggunakan kamera super canggih azmilia..


bersedia untuk pack and go...~


perjalanan pulang singgah sebentar di kellie's castle..



dan kellie's castle yang awesome cantik..~

believe it or not, even hanya 2 hari 1 malam percutian adalah sangat best to the max. girls talk, great food, private beach, nice sand, great timing ~ pekej lengkap percutian untuk hari yang padat. untuk datang sini lagi sudah tentu sebab aku dah tahu mana nak pergi kalau aku sangat craving ikan bakar best. oh ya, ina's story and supergreat pictures boleh tengok blog ina yeh..!


~the end~

Wednesday, April 4, 2012

untuk gel

this is another link that i would like to refer in the future. right now i'm doing page, and hopefully tak delah masalah dalam hall of shame ni...when i looked at those gels, gelak-gelak aku sorang-sorang mendengar penerangannya (whch i'm sure i'll be facing this situation soon). anyway, it is a very good website which i'm sure i'll refer to it sebab aku bodoh sikit bab ni.. nanti kalau aku rajin, aku upload gambar gel aku pulak kat sini..

'the sds page hall of shame'

adios..!

sunset

khas buat ina dan kamera ina. oh so ohsem tak? kekekeke...

~sunset at pulau pangkor~