Tuesday, March 27, 2012

sihat

aku baru balik dari buat medical check up kat kk area rumah aku. selalu aku pergi dengan parents bajet anak manja, ni kira first time aku pergi sendiri, sorang pulak tu. aku msg kawan aku tak dapat join party sebab nak buat mc lain pulak pemikiran. jadi untuk pengetahuan, aku pergi kk untuk buat mc bersempena dengan penyambungan pelajaran aku ke peringkat yang lebih meyakinkan.

aku baru dapat surat tawaran semalam. semalam adalah 26/3. dari hari pendaftaran adalah besok, 28/3. agak gila di situ, aku tak boleh imagine kalau pps hantar by post. semalam aku pegi ambik sendiri surat tu.

by the way, hari ni memang cuti sebab nak pergi buat medical check up. kalau gov clinic selalunya macam leceh kan kena tunggu lama-lama lah semua bagai kan? aku redha je kalau keputusan dapat dalam seminggu atau sebulan lagi. jangkaan aku meleset. medical check up kat bandar seri putra adalah start dari pukul 2 setiap hari kecuali hari jumaat sabtu ahad. juga berebut-rebut dengan budak-budak berdarah manis nak pergi buat hiv test sebab nak kahwin sampai makcik nurse tu pun cop aku nak buat hiv test. eceh, bajet berdarah manis jugak..

start check up adalah pukul 2, habis around pukul 4 lebih la jugak. memang lame la tapi bayar rm20 lepas tu duduk sambil baca buku bukan luak pun. kat sini siap boleh buat x-ray lagi. memang agak complete dan canggih. lab untuk ujian air kencing pun macam canggih, aku bet dia main titik-titik urine atau masuk dalam cuvette dan mesin lakukan segalanya. even result pun keluar macam kertas resit kita beli barang tu. so far, alhamdulillah sihatlah aku. tak ada masalah. mungkin overweight sikit? bmi pun around 26 je.  okaylah tu overweight sikit. :P

besok dah boleh setelkan semua dan harap boleh dapat baucer buku 1 malaysia. aku nak beli buku microb pulak ni.

kekeke...

*oh ye lupe nak bagitau - depend pada borang tu, if nak ujian darah or what so over yang complicated untuk buat saringan, mungkin ambik masa hari atau minggu. sebab aku tak ambik ujian darah pun, hanya saringan urine dan xray. :)

2 comments:

  1. ye ke ko overweight? nipu ah makcik...mcm aku ya overweight.

    ReplyDelete
  2. overweight.. tambah 10 kilo kot after kawen..huhuhuhuu

    ReplyDelete