Wednesday, March 28, 2012

kami nak buat kilang keropok boleh?

aku ni kira kes tak bersyukur. suka komplen sana sini. meletop sana-sini, tapi jalannya tidak, adik-adik jangan tiru macam akak.

at the age of 28 ini, aku cerita-cerita hal kekecewaan kami warga sains sebab dapat gaji tak setimpal dengan umur. maklumlah, dah tua, orang bajet pandai sebab kami semua ada master, tapi gaji kami macam amah yang buat 2 skop kerja.

lebih baik jadi amah gaji rm700 untuk satu skop kerja. gua buat 2 kerja, jaga anak lu dan kemas rumah. same je buat lab sambil main facebook.

berbalik pada cerita asal, seorang kawan yang nama tak patut dikenali berkata, percayalah yang duit orang yang berniaga tepi jalan lebih banyak dari duit kami yang duduk di tempat beraircond sejuk dan menghadap lap top ni. kami nak salahkan pemimpin zaman kami yang uar-uarkan sains adalah yang terbaik dan menjamin masa depan. kami tak suka salahkan diri sendiri.

kawan yang nama tak patut dikenali juga berkata jom kita bukak bisnes tapai sebab dia buat tapai. tapai bukan untuk saje saje buat, tapi isolate bacteria dari tapai untuk buat expression vector mengikut kefahaman aku. lihat? pemikiran inovativ macam ni sepatutnya lebih kaya sebab boleh fikir beyond tapai. but still, pembuat tapai lebih kaya dari pembuat tapai dan isolate bacteria dari tapai untuk buat expression vector.

itu sebab gahmen telah mencadangkan supaya para graduan menceburkan diri dalam bidang perniagaan. mungkin sebab otak-otak ini sebenarnya bagus untuk invent dan innovate something tapi kalau otak tak bisnes, invention dan innovation takkan membuat kita jadi lebih kaya. aku tak tahulah syllibus kos sekarang, tapi sepatutnya, di fakulti sains patut ada satu kos pengurusan perniagaan science based yang mana kita kena innovate something dan buat presentation untuk jual benda yang kita dah buat research tu.

atau buat presentation sebulan sekali bagi student cuak dan bantai dengan soalan maut supaya student boleh berfikiran bijak dan banyak baca, atau hantar student-student sains ni ke seminar atau conference even masih undergrad pun supaya bila keluar nanti takdelah menggelabah ayam dok ternganga-nganga bila ornag tanya pasal dasar bioteknologi negara.

henti-hentikanlah dengan pointer mencanak dan jumlah A yang tak muat masuk dalam borang SPA. kalau dalam kertas je baik tapi lahiriah tak mencapai tahap yang dikehendaki, macam mana nak melahirkan generasi yang berotak pintar.

dan kalau tak mahu berlakunya lambakan graduan yang tak bekerja, henti-hentikanlah juga ambil student. kalau permintaan lebih banyak dari pengeluaran, kan ke meningkatkan taraf course tersebut. orang semua kagum dengan oil and gas chemical engineering student, selalunya laku nak mati sebab tak grad lagi tapi gaji dah lebih dari 2 ribu. lagi sikit student, lagi senang nak menumpukan perhatian dalam kelas, lagi senang nak buat projek tahun akhir, lecturer tak pening nak cek thesis, duit geran tak habis nak beli chemical sebab student undergrad kan tak pandai sangat handle labwork jadi labwork hancur lepas tu sound-sound 'kamu jangan membazirakn chemical saya.'

sekarang gahmen macam tengah risau sebab bilangan pelajar sains dan kurang. aku dengar pun ada satu universiti ni dah stop ambik lecturer sains sebab student dah kurang. aku sempat sembang-sembnag dengan supervisor aku yang cool gila tu pasal hal ni. hal ni macam hal besar gila la dalam bidang kami. nasib baik aku baca the star hari tu. apa yang sv aku kata semacam samalah dengan pemikiran aku. job scope tak banyak, se interesting mana pun sains itu because we can make a new discovery, tapi di malaysia sekarang berapa banyaklah sangat ornag nak research scientist? hanya mengharapkan agensi-agensi yang suka pakai orang dalam untuk ambil bekerja. dan post grad student sebab bayar gaji murah dan work load banyak dari orang kerja tetap (sesetengah tak semua).

aku sangat sure penurunan sebanyak 29% student ambil pure science adalah sebab sekarang pun gaji doktor tak hebat. scientist apatah lagi. untuk ambil subject pure science, kerja apa yang kau boleh buat selain jadi dr atau engineer? and researchers? engineer aku rasa masih sangat okay marketnya. doktor sekarang pun dahla nak grad ambik masa 5 tahun lepas keluar kena buli lepas tu oncall lagi, stress dengan pesakit lagi itu ini (kalau aku salah aku mintak maaf). even helmi datang rumah aku cakap kat adik aku amirah 'dah, cari kerja lain, jangan ambik dr. and bila kakak dia balik rumah pulak kata 'dah, cari kerja lain, jangan ambik sains'.

so macam mana student tak nak amik sains kalau macam ni lah senario nya. tu belum lagi cerita pasal nak promote budak ambik bidang sains angkasa pulak. kalau 50 orang budak sains angkasa grad dalam satu tahun tersebut, takkan semua tu nak sumbat dalam satu satunya agensi angkasa negara kat malaysia ni? tu baru satu tahun..kalau 5 tahun? 10 tahun?

sebenarnya, sains adalah sangat interesting. kau dapat kaji benda baru, buat lab, gembira bila lab menjadi, dapat penemuan baru, dapat menyelamatkan berbilion ringgit sebab penemuan baru kau, dapat bantu orang, dapat menyelamatkan bumi dengan plastik biodegradable, dapat kerintingkan rambut, dapat ada misai, bajet albert einstein kan..dapat jadi saintis cool, dengar lagu metallica sambil spin sample macam greg sanders. cool gila kot!

i rest my case.

Any man who reads too much and uses his own brain too little falls into lazy habits of thinking. ~ albert einstein~

7 comments:

  1. hehe aku ingat ko nak cerita beli kropok borong banyak2 from pangkor hahahaha. like this post!

    ReplyDelete
  2. haha, thanks dina. bukak kilang keropok lagi kayo!kekekek

    ReplyDelete
  3. ye, kita telah pun bincangkan hal ini. and for me right now, just kene tabah mengharungi segalanye... for how long? i'm not sure but selagi larat, i will~

    ReplyDelete
  4. ko memang tabah ina. aku ni asyik nak komplen je.. yeah. i think so to. just go with the flow. just think positive!

    ReplyDelete
  5. huhu...ajue..i do think da same thing..ntah pape..blaja tunggak tebalik macam nak gile hafal itu ini gaji ciput...nak dapat ekje bukan main payah lagik..kesimpulannya...saba jela

    ReplyDelete
  6. setiap kali ko komplen psl ni mesti terangguk2 aku baca...


    SETUJU!!!


    bab blk umah ckp ngan adik ko tu sama la ngan aku...aku pun x kasi adik aku amik bidang sains..pengalaman mengajar kita wehh....

    ReplyDelete
  7. syima: kadang-kadang sabar tu ada hadnye. tambah pulak orang yang tak sabar macam aku ni..kekekek

    mulan: aku selalu komplen pasal ni kan? mungkin sebab dah berbagai cabaran dan rintangan telah dihadapi, tapi masih macam tu jugak. selagi aku tak dapat apa yang aku nak, selagi tu aku komplen....hehe..

    ReplyDelete