Thursday, March 29, 2012

siew ling...ooooh siew ling...

hari ni penat turun naik pergi balik sekitar kampus. today, i am officially a student again! student yang dah dapat kad matrix, student yang dah burn almost 3k untuk pendaftaran..hampas. lepas bagi slip pembayaran terus rasa nak pitam. terus rasa macam homaigod adakah ini realiti ataupun fantasi?

excited?

tak langsung.

rasa macam nak cari kerje lain sekarang jugak bapak banyak duit guna weh! kau gila ke kau baru bayar yuran tiba tiba kau nak cari kerja lain? bila aku calculate balik kalau nak guna duit kwsp pun belum tentu dapat cover yuran aku untuk satu semester. calculate sekarang: kwsp potong tiap-tiap bulan - rm200. rm200 x 6, baru rm1200. tahiklah rm1200 baru separuh yuran untuk satu semester. BAPAK MAHAL DOH!

tapi aku tabahkan diri dan perasaan walaupun buat-buat happy sambil drive. dalam masa yang sama kenangan masa lalu mengimbau satu persatu, ooh kat dewan ni aku pernah ambik exam dulu, kat dewan belah sini pulak ambik exam biakbaka tumbuhan yang mana scary gila terus aku dapat c. tahik. kenangan kat sini semua kenangan pahit.

but still gila tabah sambung kat sini lagi buat ape?

gaji ra aku pun ada masalah ni. start dari hari jumaat aku bising kat mia and ina, sampai hari ni tak setel lagi. banyak songehlah hal ra kat sini. kalau nak tukar polisi atau nak tukar pengurusan ke TOLONG INFORM KAMI BOLEH TAK? kalau tiba-tiba aku tak dapat gaji macam ni, KAU NAK BAYAR KERETA AKU KE HAH?

macam-macam hal lah..

sekarang aku berstatus ra dikehendaki untuk meletakkan jawatan as an ra which aku baru sambung awal bulan 3 ritu. but wth aku pun satu, patutnya setel hal ra aku dulu baru fikir nak mendaftar.

nak buat macam mana. kalau daftar awal, dapat mintak scholar awal. apparently scholar menawarkan wang yang lebih menjamin perut aku. ra bayar gaji aku macam budak diploma fresh grad kerja overtime kat pekan tebrau.

ha tengok? komplen lagi..

dahlah. malas nak bising lagi.

Wednesday, March 28, 2012

trick or treat!

labtricks.com will give me more infos and more tips.

kami nak buat kilang keropok boleh?

aku ni kira kes tak bersyukur. suka komplen sana sini. meletop sana-sini, tapi jalannya tidak, adik-adik jangan tiru macam akak.

at the age of 28 ini, aku cerita-cerita hal kekecewaan kami warga sains sebab dapat gaji tak setimpal dengan umur. maklumlah, dah tua, orang bajet pandai sebab kami semua ada master, tapi gaji kami macam amah yang buat 2 skop kerja.

lebih baik jadi amah gaji rm700 untuk satu skop kerja. gua buat 2 kerja, jaga anak lu dan kemas rumah. same je buat lab sambil main facebook.

berbalik pada cerita asal, seorang kawan yang nama tak patut dikenali berkata, percayalah yang duit orang yang berniaga tepi jalan lebih banyak dari duit kami yang duduk di tempat beraircond sejuk dan menghadap lap top ni. kami nak salahkan pemimpin zaman kami yang uar-uarkan sains adalah yang terbaik dan menjamin masa depan. kami tak suka salahkan diri sendiri.

kawan yang nama tak patut dikenali juga berkata jom kita bukak bisnes tapai sebab dia buat tapai. tapai bukan untuk saje saje buat, tapi isolate bacteria dari tapai untuk buat expression vector mengikut kefahaman aku. lihat? pemikiran inovativ macam ni sepatutnya lebih kaya sebab boleh fikir beyond tapai. but still, pembuat tapai lebih kaya dari pembuat tapai dan isolate bacteria dari tapai untuk buat expression vector.

itu sebab gahmen telah mencadangkan supaya para graduan menceburkan diri dalam bidang perniagaan. mungkin sebab otak-otak ini sebenarnya bagus untuk invent dan innovate something tapi kalau otak tak bisnes, invention dan innovation takkan membuat kita jadi lebih kaya. aku tak tahulah syllibus kos sekarang, tapi sepatutnya, di fakulti sains patut ada satu kos pengurusan perniagaan science based yang mana kita kena innovate something dan buat presentation untuk jual benda yang kita dah buat research tu.

atau buat presentation sebulan sekali bagi student cuak dan bantai dengan soalan maut supaya student boleh berfikiran bijak dan banyak baca, atau hantar student-student sains ni ke seminar atau conference even masih undergrad pun supaya bila keluar nanti takdelah menggelabah ayam dok ternganga-nganga bila ornag tanya pasal dasar bioteknologi negara.

henti-hentikanlah dengan pointer mencanak dan jumlah A yang tak muat masuk dalam borang SPA. kalau dalam kertas je baik tapi lahiriah tak mencapai tahap yang dikehendaki, macam mana nak melahirkan generasi yang berotak pintar.

dan kalau tak mahu berlakunya lambakan graduan yang tak bekerja, henti-hentikanlah juga ambil student. kalau permintaan lebih banyak dari pengeluaran, kan ke meningkatkan taraf course tersebut. orang semua kagum dengan oil and gas chemical engineering student, selalunya laku nak mati sebab tak grad lagi tapi gaji dah lebih dari 2 ribu. lagi sikit student, lagi senang nak menumpukan perhatian dalam kelas, lagi senang nak buat projek tahun akhir, lecturer tak pening nak cek thesis, duit geran tak habis nak beli chemical sebab student undergrad kan tak pandai sangat handle labwork jadi labwork hancur lepas tu sound-sound 'kamu jangan membazirakn chemical saya.'

sekarang gahmen macam tengah risau sebab bilangan pelajar sains dan kurang. aku dengar pun ada satu universiti ni dah stop ambik lecturer sains sebab student dah kurang. aku sempat sembang-sembnag dengan supervisor aku yang cool gila tu pasal hal ni. hal ni macam hal besar gila la dalam bidang kami. nasib baik aku baca the star hari tu. apa yang sv aku kata semacam samalah dengan pemikiran aku. job scope tak banyak, se interesting mana pun sains itu because we can make a new discovery, tapi di malaysia sekarang berapa banyaklah sangat ornag nak research scientist? hanya mengharapkan agensi-agensi yang suka pakai orang dalam untuk ambil bekerja. dan post grad student sebab bayar gaji murah dan work load banyak dari orang kerja tetap (sesetengah tak semua).

aku sangat sure penurunan sebanyak 29% student ambil pure science adalah sebab sekarang pun gaji doktor tak hebat. scientist apatah lagi. untuk ambil subject pure science, kerja apa yang kau boleh buat selain jadi dr atau engineer? and researchers? engineer aku rasa masih sangat okay marketnya. doktor sekarang pun dahla nak grad ambik masa 5 tahun lepas keluar kena buli lepas tu oncall lagi, stress dengan pesakit lagi itu ini (kalau aku salah aku mintak maaf). even helmi datang rumah aku cakap kat adik aku amirah 'dah, cari kerja lain, jangan ambik dr. and bila kakak dia balik rumah pulak kata 'dah, cari kerja lain, jangan ambik sains'.

so macam mana student tak nak amik sains kalau macam ni lah senario nya. tu belum lagi cerita pasal nak promote budak ambik bidang sains angkasa pulak. kalau 50 orang budak sains angkasa grad dalam satu tahun tersebut, takkan semua tu nak sumbat dalam satu satunya agensi angkasa negara kat malaysia ni? tu baru satu tahun..kalau 5 tahun? 10 tahun?

sebenarnya, sains adalah sangat interesting. kau dapat kaji benda baru, buat lab, gembira bila lab menjadi, dapat penemuan baru, dapat menyelamatkan berbilion ringgit sebab penemuan baru kau, dapat bantu orang, dapat menyelamatkan bumi dengan plastik biodegradable, dapat kerintingkan rambut, dapat ada misai, bajet albert einstein kan..dapat jadi saintis cool, dengar lagu metallica sambil spin sample macam greg sanders. cool gila kot!

i rest my case.

Any man who reads too much and uses his own brain too little falls into lazy habits of thinking. ~ albert einstein~

Tuesday, March 27, 2012

sihat

aku baru balik dari buat medical check up kat kk area rumah aku. selalu aku pergi dengan parents bajet anak manja, ni kira first time aku pergi sendiri, sorang pulak tu. aku msg kawan aku tak dapat join party sebab nak buat mc lain pulak pemikiran. jadi untuk pengetahuan, aku pergi kk untuk buat mc bersempena dengan penyambungan pelajaran aku ke peringkat yang lebih meyakinkan.

aku baru dapat surat tawaran semalam. semalam adalah 26/3. dari hari pendaftaran adalah besok, 28/3. agak gila di situ, aku tak boleh imagine kalau pps hantar by post. semalam aku pegi ambik sendiri surat tu.

by the way, hari ni memang cuti sebab nak pergi buat medical check up. kalau gov clinic selalunya macam leceh kan kena tunggu lama-lama lah semua bagai kan? aku redha je kalau keputusan dapat dalam seminggu atau sebulan lagi. jangkaan aku meleset. medical check up kat bandar seri putra adalah start dari pukul 2 setiap hari kecuali hari jumaat sabtu ahad. juga berebut-rebut dengan budak-budak berdarah manis nak pergi buat hiv test sebab nak kahwin sampai makcik nurse tu pun cop aku nak buat hiv test. eceh, bajet berdarah manis jugak..

start check up adalah pukul 2, habis around pukul 4 lebih la jugak. memang lame la tapi bayar rm20 lepas tu duduk sambil baca buku bukan luak pun. kat sini siap boleh buat x-ray lagi. memang agak complete dan canggih. lab untuk ujian air kencing pun macam canggih, aku bet dia main titik-titik urine atau masuk dalam cuvette dan mesin lakukan segalanya. even result pun keluar macam kertas resit kita beli barang tu. so far, alhamdulillah sihatlah aku. tak ada masalah. mungkin overweight sikit? bmi pun around 26 je.  okaylah tu overweight sikit. :P

besok dah boleh setelkan semua dan harap boleh dapat baucer buku 1 malaysia. aku nak beli buku microb pulak ni.

kekeke...

*oh ye lupe nak bagitau - depend pada borang tu, if nak ujian darah or what so over yang complicated untuk buat saringan, mungkin ambik masa hari atau minggu. sebab aku tak ambik ujian darah pun, hanya saringan urine dan xray. :)

Friday, March 23, 2012

shit

kadang-kadang, kita tak boleh react dengan perkara yang boleh buat hati kita pecah hancur-hancur. kadang-kadang, kita kasi kering hati kita supaya apa yang berlaku di persekitaran tak boleh mempengaruhi kita. kadang-kadang, lari tu lebih baik dari cuba nak menghadapinya terus-menerus. 

sebab once dah lari, masa tu kita boleh kumpul balik semangat untuk teruskan hidup..~

Tuesday, March 20, 2012

peminat merlin

aku adalah salah seorang dari berjuta peminat merlin. dengan menonton merlin, aku rasa best, tenang, tak perlu berfikir, bahagia. pagi pagi akan tonton merlin dari 9-10 am. malam-malam, kalau sempat tonton rancangan ulangan. nasib baik azmi juga minat merlin, jadi layan bersama-sama.

2 orang pemegang watak utama merlin ini rupanya gila. siapa suka merlin kalau tengok ini mest rasa nak gelak guling-guling. comels lahs merekas nis..mari layankan..

Sunday, March 18, 2012

cat cat



this cat has two other siblings. satu hitam, satu lagi macam si tecik ni tapi macam ada tompok-tompok kecik. 3 ekor anak kucing sangat garang, once dia buat bunyi meletup letup, tapi masa tu dia kecik lagi. i think now she's around 3 bulan kot. still kena-sembunyi-sembunyi tangkap dia masa tengah tidur kat pasu bunga aku,. ya, aku kejam tak bagi kucin ni tidur dengan aman, but they are soooo cute! tak boleh tahan, badan kecik tapi bulu gebus!

mencicit lari ke lubang bumbung once aku lepas kan si tecit ni. mak dia pun garang jugak.

so aku anggap ni kira binatang peliharaan aku  lah, cuma aku tak payah bagi makan. heheh..

hey you, john carter!

first, this movie is awesome!

second, taylor kitsch who plays john carter is super hot.

third, deja thoris was super hot too and i think that she is truly a warrior princess.

fourth, the movie is awesome - eh dah ulang 2 kali.

star, 5/5 boleh?

mungkin sebab filem ni memenuhi selera aku 100%, jadi siapa yang suka filem coklat which means, perang with horses, dalam kes ni, makhluk asing which i dont know what those animals call, hot actor, hot actress, great cgi, twisted jalan cerita like sherlock holmes, 1800s era, men with cloak and high hats, men without shirts, great fighting choreography, aliens like avatar, extraordinary power like edward cullen (tiba-tiba), scientific explaination yang aku pun tak berapa faham...

jadi kalau mahu lihat kombinasi ini semua, whichhalf sci fi half coklat, pergi lah tonton! pergi pergi tonton! sebab aku suka gila cerita ini, dan mungkin john carter adalah sebab utama. azmi tonton sebab dia pelik macam mana dia kapal dia boleh terbang guna kuasa solar. maybe we should apply that here supaya boleh jimat tambang menaiki kapal terbang. heee..

okay sikit trailor kasi kamu semua geram;



so pergilah tonton cepat! jangan tunggu lagi!

Wednesday, March 14, 2012

fuh!

setelah aku di 'tembak pedasly' during my presentation semalam, hati aku sudah mula goyah. macam what the heck, kenapa aku nak teruskan perjuangan ni. even though there's one or two people who adore my research. adore lah sangat. meh buat meh. aku dah malas nak layan boleh?

by the way, aku sebagai presenter tegar, haruslah bermasalah kalau benda yang kita present tu kita sendiri not familiar with. bengong betul, from last year aku dah cakap, this is wrong, you are not meant to be in this field! kau macam nak lawan takdir pulak.

talk about takdir. if kita nak jugak pilih jalan tu, it is call takdir atau usaha? i mean, kalau kita ditimpa segala masalah berjuang sana sini lepas tu tak dapat jugak. macam mana? kalau aku, akan kata well, its not our rezeki there, ini bukan jalan kita, mari kita pergi jalan lain pulak. atau adakah kita kena perlu usaha sampai satu tahap baru kita nak sedar ini bukan jalan kita? eh faham tak pemikiran aku ni?

sekarang banyak vacancy bukak untuk gahmen. rasa geram je. rasa macam nak isi tapi tak nak isi borang. but actually aku sedang cuba isi. nak isi borang untuk hantar adalah sangat susah. it could take days sebab dia mintak proposal lah, salinan itu salinan ini. walaupun aku sangat expert bab resume and isi borang permohonan kerja ni, tapi still sangat susah. but susah susah dulu, senang-senang kemudian..hopefully!

dan aku dapat rasa yang ini bukan bidang aku ni.. its like too complicated to me. kadang-kadang bila bercakap dengan mereka semua ni, rasa macam tak sama wavelength. luar dari topik ilmiah pun tak berapa nak sama wavelength. mulalah nak rindu sana rindu sini bila ditimpa masalah.

tambah pulak jumpa dengan post doc yang buat cell culture. nampak sangat rindu buat cell culture. baru tahu betapa best gila buat cell culture. best gila best gila best gila wa cakap lu. bila jumpa geng cell culture, mula rasa teruja. tapi geng cell culture kat sini tahap post-doc. jadi tak sama wavelength jugak sebab aku master. jer. tapi actually mereka juga kata best gila buat cell culture. best gila best gila best gila. dari buat kerja aku sekarang, orang kata sangat molecular. aku bosan sebab asyik tengok band. aku nak muntah. aku bosan. aku dah start buat expression hari ni. good luck lah sebab aku dah salah beli barang. tapi aku taram guna je. kan aku dah kata i'm not meant to be here, tapi degil tak mahu dengar kata hati.

sv kata aku good and excellent! sebab berjaya buat kerja tambahan dengan jayanya. tapi dia tahu ke aku sebenarnya tak tahu apa-apa dan main taram je apa aku rasa betul aku buat je end up kerja huru-hara sebab tak ada expereience? orang kat sini garang-garang wa cakap lu. kalau nak tegur kira tahap kena bantai masa viva. viva pun aku tak kena macam ni. masa presentation aku, ada ke tanya "base on your literature review, what do you think about the interaction between these genes, are they interacting with each other?" of course i can not answer that, man! i dont read much! aku baca setelah aku dapat result. buruk perangai yeah i know! but still, if you know the answer, and you want to judge me and humiliate me based on what u know and based on what i do not know, jadi jangan tanya. nak je kata, please sir, if you are so interested about THAT literature review, read it yourself. honestly aku just go through that journal dan tak faham pun apa diorang tulis. if you understand then, u explain to others. end of story.

eh tiba-tiba emo ni apahal?

yelah-yelah. its a good way to change. lama sangat berotak tepu. sekali kena bantai dah nak melatah megatron bagai. aku ni malas membaca. entah kenapa tak pergi niat sambung belajar kalau malas membaca. tapi kalau niat saje still dapat pahala kan? huhu..

penatlah.

Sunday, March 11, 2012

almost 2..am..

hari isnin nanti aku akan ada presentation. mati. sebab last week punye presentation, soalan sikit punya ilmiah, rancak, hebat dan sebagainya. macam mana kalau aku kena bantai nanti? aku selalu fikir aku tak pandai tapi memang aku tak pandai pun. study pun malas. literature review pun sepatutnya kena buat FROM NOW ON masih belum buat. by the way, masih belum jadi student, jadi chill lah!

chill kepala hotak kau lah. bila chill jadi cenggini lah! terkapai-kapai mencari journal di sana-sini. matilah aku isnin ni present. bukan present main-main, present depan 2 orang prof. research officers, drs, ex-students. padan muka siapa suruh nak sangat buat kerje kat situ? kan dapat extra nervous.

and isnin ni pulak ada budak nak mintak bact clone dengan aku. okay, aku okay, today sepatutnya dah boleh siap, tapi entah macam mana, culture yang aku shake satu malam tu boleh pulak aku selamba masuk centrifuge dan terus ekstrak plasmid. tak teirngat langsung nak buat glycerol stock. padahal itulah tujuan utama! yang penting glycerol stock! bengong! mengamok aku keseorangan di dalam lab sambil mengenangkan nasib diri. tak pasal-pasal kena repeat balik. nasib baik plate sulture tak buang. hampeh!

mungkin itulah natijahnya kalau datang lab hari sabtu. tak seronok buat lab hari sabtu ahad kat sini. kat johor best mungkin lab kecik dan senang ke sana-ke mari.. tak sejuk sangat pulak tu. lab sini canggih je lebih, tapi dari mesin ke mesin bapaklah jauhnya. aku dah cerita sebelum ni. kerja yang penat, makin bertambah penat. last-last give up, dah jom balik! malas nak layan dah.

and i got this quote from facebook, mari baca sama-sama;


sorrylah gambar kurang jelas. but i think u still can read it right? sangat berguna. and i truly believe that, work is work. jangan ktia jadi hamba kerja sudah. 

but in my case, i need to, or else tak grad. even aku tak start pun lagi. huhu.

Friday, March 9, 2012

literature review in a blog

oh i wish i can be like this author:

http://molecular-biolover.blogspot.com/

which everything inside there consist of new knowledge, reviews, videos, how tos. but the author is doing something else, i'm doing something else. but this can be a head start for me to create my academic blog. tapi mungkin lambat lagi. updating things sangat penat. to report also penat. penyakit malas melanda sangat hebat.

and by the way, yesterday when i went to see my sv, i saw lots of biology books, even on his table there is one small biology book that i think he reads during his free time. i wonder how can i be like that? i have dozens of unrelated books in my shelf. how can i have time to buy and read biology-related books? one thing - can i survive reading those books? mana tau tiba-tiba sesak nafas when i hit the second page ke.

but honestly, after this, i want to find some biology books, not for showing off, but for myself of being a student for the whole life tapi buku rujukan tak sampai 3. okay buku photocopy can count up to 10 but now, nak beli buku yang the real buku! the books with colours! and hardcovers.

note: future birthday i nak buku yang berkaitan dengan microbe boleh?

Thursday, March 8, 2012

parking sempit


i drove husbands persona today. and today i need to see my sv in uni. one thing about driving a big car (as compared to my kancil) is that finding a parking spot. u know when someone is too selfish they park their one car in 2 parking spots. know what i mean?

so when i went to the faculty, where finding a parking spot is nearly impossible and when it involves young drivers, or young girl drivers, with their brand new licence, and everybody is rich which one person drive one car, even being supported by ptptn money, i just went there and look for a spot. there was one, only one, and the only one spot has been conquered by a car.

memang what the betul lah!

i want to park and i'm late! and i just wish that i drive my kancil today, and i was thankful to have a kancil in this difficult situation. and thank God that when i drove around for the second time, there was a spot, small spot, which i'm sure when i park my car, the person which owns the car next to the passenger side will have a hard time entering his/her car.

i just park. and hope that the meeting wont take long. biasanya around 15 minutes. just updating what i do, and i'm not as academically brilliant to talk and discuss about what happen to the world today.

when i came back, the car was still there, but the bad thing is that my side has been blocked by a bigger car (sebelum ni kereta lain). i try hard to thin myself (ade ke ayat ni) and push myself into the car. nasib baik muat. just muat-muat. if tak muat then, i need to enter from the back door, and aksi panjat-memanjat for sure akan berlaku punya!

and off i go sambil maki orang kereta sebelah.

then i went to buy food nearby. outside the campus, where most of the working people eat there. and finding a parking spot is sometimes impossible especially during lunch hour. so yes, there were few spots, and i would like to reverse park may car which i'm really good at especially when the car is equipped with back sensors.  but suddenly i feel like, aik apesal bunyi bising gila tak masuk lagi dah teet teet teet? wth? rupanya side of the car adalah sangat sempit and feel like orang bodoh tak reti parking, perempuan pulak tu, bajet bawak kereta besar hebat, i park at the other side yang ada kosong which has a bigger space. easier.

I get out from the car, look back at the previous parking spot memang sahih, kereta itu melimpah ke parking spot sebelah. walaupun sikit je, but still it give impacts to me! it make me feel stupid. no wonder aku tak boleh park! hampehsssssque..

so the moral of the story is, please-please-please tengok iklan tv 1 kat tv. ada iklan dia parking kereta tu. iklan tu sangatlah benarnya. its not that you are the only one who has a big car. orang lain pun ada jugak, orang lai pun nak parking jugak. if you dont know how to park, sila jangan bawak kereta.

aiyoo..cerita pasai parking pun panjang berjela..

bye!

Wednesday, March 7, 2012

untuk renungan. :)

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar."(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15) 
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )

Tuesday, March 6, 2012

bukit tinggi

it was school holiday, it was saturday, tapi okaylah we arrived early so senang dapat parking. it was a surprise trip for my sister konon, plus, mesti kena ada orang ketiga untuk tangkap gambar kami berdua. plus, we all malas nak bawak tripod ke sana ke mari. aku dah lama tak pergi bukit tinggi. i was 17 or 18, and had a nice memory there. but this time, maybe sebab sangat crowded dengan orang, rasa eleh, ni je? okaylah for a less than one hour drive punye trip. sejuk, and tempat cantik. untuk lihat-lihat sesuailah. untuk adventurous soul tak sesuai. but the most memorable thing is, pergi singgah genting sempah, after makan mi goreng sedap gila kat food court, then bought an ice cream for each one of us dan rasa sangat heaven! rm5 per cone, dahla murah sedap pulak tu! must singgah again and must must must try it again!

masa balik baru ambil gambar wajib.

bila sampai terus pergi tukar token dan main benda merepek macam ni. rugi almost rm30 untuk main ini, 

main ini, 
.
.
.
.
main balik bola masuk bakul, main basketball 3 round like kl semua tak ada benda tu. beria je. habiskan duit ke arah perkara lagha. ish..

wishing well, wedding bells, early morning dew..

tatami spa yang menjalankan perkhidmatan dengan harga yang tak masuk akal.

terasa oversea

kepingin makan daging arnab fresh. har har.

okay dah, sebenarnya banyak gambar lagi tapi malas nak upload curi kat facebook je. anyway, lepas ni nak pergi genting, lepas tu nak pergi pulau perhentian, pulau redang, taman negara pahang, sandakan sabah. mungkin boleh tercapai dari dalam mimpi je. huhu...i need a major vacation ni.. ada sesiapa nak sponsor trip to paris ke? har har lagi..

till then, bye!

Thursday, March 1, 2012

is listening to

amy winehouse. best!

gara-gara mamat ini nyanyi lagu rehab in his own version. siapa like the voice, sila angkat jari jemari kaki.!




and adam sangat cute!