Wednesday, February 29, 2012

undergrad

masa aku undergrad dulu, aku tak tahu pun kitorang yang undergrad akan dipanggil undergrad. master student dan phd student dipanggil post grad, lepas phd, dipanggil post doc. aku rasa betul kot istilah-istilah ni semua. maybe sebab kami di kelompok yang besar, kakak-kakak pun kami panggil kakak master, atau akak phd.

teringat zaman-zaman menyusahkan kakak master yang kelolakan aku dan kawan aku dulu. masa tu kami sangat blur, kakak master macam dewa dewi, takut bukan main. masuk lab je tak makna nak tepuk tampar lalala. masuk lab harus serius! kerja mesti buat! tapi pernah lah sekali kakak lab paling garang masa tu boleh pulak buat lawak dengan walet uncang akuyang tertinggal kat tandas. yeargh watever kak, asalkan akak bahagia.

masa undergrad dulu memang dah terlatih dengan 'ambience' tekanan. elok lepas habis belajar, buat praktikal kat utm, RO sana tanya aku, aku ni tahan maki atau tak, boleh kerja under pressure atau tak, dengan confident aku jawap boleh! sebab undergrad dah terlatih dengan tekanan tu semua. gila cuak kalau buat salah, member aku sampai nangis sebab pegang tombol pintu pakai glove. padahal tombol pun tak pegang, tolak dengan bahu je. tu pun tak boleh, kena marah jugak, gigihlah wipe dengan ethanol sambil menitis air mata.

tu belum kira bab pecahkan radas dan bukak autoclave machine waktu suhu tak turun habis. gosip liar pasal hantu, kepala dalam peti ais, datang lab waktu malam tak boleh pakai baju hitam, dan macam-macam lagi.

kira kenangan projek tahun akhir masa undergrad dulu memang agak hebat dan mencabar. ingat sampai mati. terasa expert gila run pcr dan sds page besar akuarium sebab buat hari-hari asyik tak dapat result. terasa macam technician pun ada dah.

nak bagitau kat sini yang setiap undergrad lain macam-macam pengalamannya. macam aku kena deal dengan senior yang strict. macam orang lain, hari-hari bawak kereta naik bukit jalan berliku untuk pergi tengok hasil tanaman dan tuaian. hasil tanaman dan tuaian pula direkodkan dan diletakkan dalam thesis. ada juga yang masa perbentangan proposal kena bantai habis-habisan sebab tak ambil kira hal statistik, terus tukar tajuk thesis, taknak terlibat dengan statistik. ada yang tukar supervisor terus sebab supervisor garang gila strict habis, asyik kena kutuk je last-last extend dan ambil thesis aku sebagai rujukan sebab buat tajuk lebih kurang sama.

dan secara jujurnya, sampai sekarang, even dah jadi postgrad student bertahun-tahun, aku tak pernah handle budak undergrad lagi. hahaha, hebat tak aku? mungkin Tuhan dah mentakdirkan aku untuk tidak ada budak undergrad bawah kelolaan aku sebab mungkin bile ada je budak undergrad bawah aku, aku akan revenge. bahaha!

okay dah, saje je aku teringin nak cerita hal undergrad aku sebab aku ternampak muka supervisor aku masa undergrad dulu dalam surat khabar. :)

No comments:

Post a Comment