Tuesday, February 28, 2012

tuition anyone?

sebelum mulakan penulisan ini, jom baca atikel di bawah ini;

Extra classes burdening and unnecessary?

dah baca? 

okay, soalan. di tahap umur berapakah ibu dan bapa anda menghantar kamu-kamu semua ke pusat tusyen? 8 tahun? 10 tahun? 12 tahun?

dulu masa zaman aku, zaman 90-an di mana pusat tusyen masih laku, tapi ibu bapa jarang hantar anak ke kelas tusyen. dulu masa zaman aku ada darjah 2,3,4 dan darjah 5 agak membazir hantar ke kelas tusyen. plus, kebanyakan soalan basic. children should now that. penstrukturan ayat, tatabahasa, grammar in english, buat karangan, matematik! kalau guru di sekolah adalah bagus, insyaAllah, budak-budak mesti faham apa yang diajar, dan mesti score dalam upsr. 

cikgu aku masa sekolah rendah sangat bagus. 90% student UPSR batch aku dapat straight A's even kelas paling belakang pun. not sure it was because of the teachers, atau sebab kebanyakan ibu bapa hantar ke pusat tusyen. tapi cikgu sekolah aku dulu memang bagus!

dan aku dihantar ke kelas tambahan (tusyen) masa aku darjah 6. masa tu mungkin mak aku rasa aku perlu untuk 'belajar lebih' jadi hantar ke sebuah rumah seorang pesara cikgu yang mengajar tusyen. memang best cikgu ni mengajar. dia tak adalah ajar sangat pun. sebab banyak buku latihan kt rumah dia sampai menimbun, jadi kami disuruh untuk buat latihan dan tandakan jawapan sendiri. kalau tak faham, boleh tanya cikgu. kalau masuk waktu asar, atau maghrib, atau isyak, akan ada solat berjamaah bersama-sama. plus, cikgu tu suka brag pasal gigi dia putih sebab gosok dengan arang. infact, memang gigi dia putih pun. 

and aku dapat banyak kawan baru sebab yang attend kelas tu pun banyak dari sekolah lain, aku sorang je dari sekolah yang satu tu. 

dan itulah kali terakhir aku menyertai kelas tusyen yang berbayar. di mana bagi aku apa yang mak aku bayar tu berbaloi (not sure berapa though). aku rasa semua budak kelas cikgu tu dapat straight A's kot. haha, entah sebab tak follow up pun dengan kawan-kawan tuition dapat berapa A's. tapi ada yang aku jumpa a few (sampai sekarang) kebanyakannya yang dah belajar tinggi dan jadi orang berguna. 

okay, jauh dah aku cerita pasal kehidupan tuition aku. masuk sekolah menengah memang tak ada tuition. even aku pernah dengar certain student yang ibu bapanya mintak kebenaran untuk bawak anaknya keluar di hujung minggu untuk atend tuition kat luar. not sure jugak siapa, tapi macam pernah dengar. not sure jugak dapat ke tidak budak tu tuition kat luar. tapi masa aku kat sekolah menengah dulu, mungkin environment menekan (atau aku straight tidur waktu prep), budaya study sampai separuh mati tu meresap masuk dalam kalbu. jadi bagi aku environment penting. cikgu akan bagi kelas tambahan jugak untuk kami, kalau tak faham boleh tanya cikgu, tanya kawan, buat study group. sebab hidup dikelilingi kawan-kawan. oh ya! aku terlupa, aku pernah attend tuition class kat mara area sogo dengan member-member satu sekolah. tapi bila ada cuti panjang je. and pengalaman memang best sebab lepas tuition atau waktu rehat boleh pergi sogo (okay niat sangaaat terpesong!) 

okay, okay. jadi sekarang, tuition tu penting ke? if kamu semua ada anak, kamu nak hantar pergi tuition tak? kamu percaya tak dengan cikgu tuition yang mengajar kat kelas tuition tu? kamu percaya anak korang tak?

sebab aku tanya soalan macam ni, sebab aku adalah salah seorang cikgu tuition dan aku tahu perangai budak-budak yang attend kelas tuition. yup, apa yang ada dalam artikel tu betul lah. dalam satu kelas SPM aku, ada lebih kurang 20 student. ada yang malas, ada yang degil, ada yang rajin. ada yang menumpukan perhatian. kalau kat sekolah satu cikgu = 40 orang student, kat pusat tuition pulak 1 cikgu = 20 ornag student, ada ke significant pemahaman budak kat situ? 

mungkin perbezaan kat situ adalah sekolah asrama dan sekolah biasa. 

kelas aku masa sekolah menengah dulu pun lebih kurang 20 orang. sama macam pusat tuition. kami dlu siap ada kelas insentif, dan budak-budak pulak jenis bersaing, kuat bertanya, tanya straight terus dengan cikgu, dengar cakap cikgu, kalau cikgu merajuk ramai-ramailah pergi serbu bilik guru nak pujuk cikgu punya pasai. padahal, bukan teruk sangat pun kesalahan kami, haha. kami nak berjaya, hari-hari dengar tazkirah, sembahayang jemaah, baca ma'thurat, stay up sampai pagi, semata-mata nak score spm (even aku pun takdelah score mana pun).

kalau sekolah biasa, kalau ibu bapa serah bulat-bulat pada cikgu semata-mata tanpa memantau tindakan anak -anak, aku rasa sia-sia je hantar tuition. kalau anak-anak tu datang tuition, tapi sebok bersembang dengan rakan sebelah tak nak dengar langsung apa cikgu cakap, (at least aku dulu tidur dalam kelas aku tak kacau orang. aku kata at least) sudahlah menggangu pelajar lain, dan pulak budak yang bersembang tu habuk pun tak ada ilmu masuk, hanya dapat extra kertas soalan je, apa significant mak bapak hantar budak tu pergi kelas tuition? 

aku pun tak tahu kalau aku ada anak nanti macam mana. mungkin paksa anak aku untuk pergi masuk asrama. aku rasa asrama ni bagus, displin okay sikit berbanding duduk rumah, hari-hari menghadap internet, risau tengok laman porno, risau dengan siapa budak tu berkawan, hari-hari kena herdik, mak pulak kesian tengok anak cuci baju sendiri, jadi cucikan sekali, masak makanan yang baik-baik untuk anak (kalau kat asrama nasi kawah lah jawabnya). kalau kat sekolah pulak malas nak bersaing, sebab eleh, ada je budak lagi bodoh dari aku, lagipun kewl giler apa jadi bodoh tapi awek lawa. OH NO!

hah, panjang pulak aku bising kali ni. ape-ape pun , tepuk dada tanya selera. bukan aku kata pusat tuition tak bagus, ianya akan jadi bagus kalau budak tu nak belajar. kalau budak tu taknak belajar, buatlah macam mana pun budak tu taknak belajar, tak da makna jugak.. 






2 comments:

  1. hu...sains pasir puteh??mase kat sane suffer but skang rase der sebab knp ak g sane=)

    ReplyDelete
  2. wuish! sekolah tu memang terasa suffer gila gila! tapi sekarang, pengalaman mengajar segalanya. plus, jumpa dengan korang-korang semua! ~precious!

    ReplyDelete