Thursday, February 16, 2012

rumah manis rumah

kami sedang cari rumah untuk diduduki. bukan. kami bukan dihalau oleh tuan rumah. mungkin sudah tiba masanya untuk kami mencari rumah sendiri dan bayar duit rumah kepada bank instead of tuan rumah. you know what i mean.

house hunting bermula sejak lepas kahwin lagi. banyak tempat sudah kami pergi. kami bukan kaya, juga bukan miskin harta. kami nak cari rumah yang selesa untuk kami tinggal dan anak-anak kami membesar (kalau ada). kami juga mahu yang berdekatan dengan tempat kerja kami berdua. kami juga mahu yang murah tapi in a very good condition. kami juga mahu persekitaran yang positif dan tidak sesak.

haha, banyak demand kami ni. 

kami cari-cari banyak juga tempat. rumah dua tingkat superlink adalah target kami. oooowh! susah sunguh cari rumah di kawasan persekitaran bangi, kajang, serdang, dan cheras, yang murah yang dua tingkat yang selesa, yang tidak sesak. rumah dua tingkat kami ucapkan selamat tinggal. sebab kami tak dapat imagine perut kami diikat semata-mata untuk bayar duit rumah yang memakan hampir 3 suku gaji kami. kami sayang perut kami. kami rela duit simpanan kami buat pergi makan di typical secret recipe atau bercuti di pulau perhentian atau pulau redang. 

jadi kami turunkan lagi squarefeet rumah supaya harga yang kami bayar adalah sedikit rendah. ya kami tahu harga rumah semakin naik. adalah mesti perlu dan wajib untuk memperhabiskan harta yang ada supaya dapat membei rumah idaman sebab rumah idaman akan naik harganya nanti pasti rugi kemudian hari jika tidak dibeli. namun kami ada perancangan sendiri. pendapat yang ambil untuk dijadikan rujukan bukan ikutan. kami sudah timbang baik buruknya. jadi sila diam sebab kami dah buat keputusan.

kecil besar seusatu rumah bukan menjamin kebahagiaan rumah tangga seseorang. aku hidup dalam rumah tak sampai 1000 sqft dari kecil dengan 3 adik beradik serta ibu dan bapa. jadi aku sudah biasa. rumah besar nanti siapa nak kemas? rumah besar nanti end up tinggal berdua jugak. rumah besar nanti dah tua tak larat, duduk bawah jugak tak naik bilik atas dah. 

mungkin bila dah ada rezeki lebih dan ahli keluarga lebih, akan cari rumah idaman yang sebenarnya. setakat ni rumah idaman aku macam kat show room ikea tu, kecil tapi cantik. biar rumah kecil tapi cantik. nak kemas pun senang. heh..

No comments:

Post a Comment