Wednesday, February 29, 2012

undergrad

masa aku undergrad dulu, aku tak tahu pun kitorang yang undergrad akan dipanggil undergrad. master student dan phd student dipanggil post grad, lepas phd, dipanggil post doc. aku rasa betul kot istilah-istilah ni semua. maybe sebab kami di kelompok yang besar, kakak-kakak pun kami panggil kakak master, atau akak phd.

teringat zaman-zaman menyusahkan kakak master yang kelolakan aku dan kawan aku dulu. masa tu kami sangat blur, kakak master macam dewa dewi, takut bukan main. masuk lab je tak makna nak tepuk tampar lalala. masuk lab harus serius! kerja mesti buat! tapi pernah lah sekali kakak lab paling garang masa tu boleh pulak buat lawak dengan walet uncang akuyang tertinggal kat tandas. yeargh watever kak, asalkan akak bahagia.

masa undergrad dulu memang dah terlatih dengan 'ambience' tekanan. elok lepas habis belajar, buat praktikal kat utm, RO sana tanya aku, aku ni tahan maki atau tak, boleh kerja under pressure atau tak, dengan confident aku jawap boleh! sebab undergrad dah terlatih dengan tekanan tu semua. gila cuak kalau buat salah, member aku sampai nangis sebab pegang tombol pintu pakai glove. padahal tombol pun tak pegang, tolak dengan bahu je. tu pun tak boleh, kena marah jugak, gigihlah wipe dengan ethanol sambil menitis air mata.

tu belum kira bab pecahkan radas dan bukak autoclave machine waktu suhu tak turun habis. gosip liar pasal hantu, kepala dalam peti ais, datang lab waktu malam tak boleh pakai baju hitam, dan macam-macam lagi.

kira kenangan projek tahun akhir masa undergrad dulu memang agak hebat dan mencabar. ingat sampai mati. terasa expert gila run pcr dan sds page besar akuarium sebab buat hari-hari asyik tak dapat result. terasa macam technician pun ada dah.

nak bagitau kat sini yang setiap undergrad lain macam-macam pengalamannya. macam aku kena deal dengan senior yang strict. macam orang lain, hari-hari bawak kereta naik bukit jalan berliku untuk pergi tengok hasil tanaman dan tuaian. hasil tanaman dan tuaian pula direkodkan dan diletakkan dalam thesis. ada juga yang masa perbentangan proposal kena bantai habis-habisan sebab tak ambil kira hal statistik, terus tukar tajuk thesis, taknak terlibat dengan statistik. ada yang tukar supervisor terus sebab supervisor garang gila strict habis, asyik kena kutuk je last-last extend dan ambil thesis aku sebagai rujukan sebab buat tajuk lebih kurang sama.

dan secara jujurnya, sampai sekarang, even dah jadi postgrad student bertahun-tahun, aku tak pernah handle budak undergrad lagi. hahaha, hebat tak aku? mungkin Tuhan dah mentakdirkan aku untuk tidak ada budak undergrad bawah kelolaan aku sebab mungkin bile ada je budak undergrad bawah aku, aku akan revenge. bahaha!

okay dah, saje je aku teringin nak cerita hal undergrad aku sebab aku ternampak muka supervisor aku masa undergrad dulu dalam surat khabar. :)

Tuesday, February 28, 2012

tuition anyone?

sebelum mulakan penulisan ini, jom baca atikel di bawah ini;

Extra classes burdening and unnecessary?

dah baca? 

okay, soalan. di tahap umur berapakah ibu dan bapa anda menghantar kamu-kamu semua ke pusat tusyen? 8 tahun? 10 tahun? 12 tahun?

dulu masa zaman aku, zaman 90-an di mana pusat tusyen masih laku, tapi ibu bapa jarang hantar anak ke kelas tusyen. dulu masa zaman aku ada darjah 2,3,4 dan darjah 5 agak membazir hantar ke kelas tusyen. plus, kebanyakan soalan basic. children should now that. penstrukturan ayat, tatabahasa, grammar in english, buat karangan, matematik! kalau guru di sekolah adalah bagus, insyaAllah, budak-budak mesti faham apa yang diajar, dan mesti score dalam upsr. 

cikgu aku masa sekolah rendah sangat bagus. 90% student UPSR batch aku dapat straight A's even kelas paling belakang pun. not sure it was because of the teachers, atau sebab kebanyakan ibu bapa hantar ke pusat tusyen. tapi cikgu sekolah aku dulu memang bagus!

dan aku dihantar ke kelas tambahan (tusyen) masa aku darjah 6. masa tu mungkin mak aku rasa aku perlu untuk 'belajar lebih' jadi hantar ke sebuah rumah seorang pesara cikgu yang mengajar tusyen. memang best cikgu ni mengajar. dia tak adalah ajar sangat pun. sebab banyak buku latihan kt rumah dia sampai menimbun, jadi kami disuruh untuk buat latihan dan tandakan jawapan sendiri. kalau tak faham, boleh tanya cikgu. kalau masuk waktu asar, atau maghrib, atau isyak, akan ada solat berjamaah bersama-sama. plus, cikgu tu suka brag pasal gigi dia putih sebab gosok dengan arang. infact, memang gigi dia putih pun. 

and aku dapat banyak kawan baru sebab yang attend kelas tu pun banyak dari sekolah lain, aku sorang je dari sekolah yang satu tu. 

dan itulah kali terakhir aku menyertai kelas tusyen yang berbayar. di mana bagi aku apa yang mak aku bayar tu berbaloi (not sure berapa though). aku rasa semua budak kelas cikgu tu dapat straight A's kot. haha, entah sebab tak follow up pun dengan kawan-kawan tuition dapat berapa A's. tapi ada yang aku jumpa a few (sampai sekarang) kebanyakannya yang dah belajar tinggi dan jadi orang berguna. 

okay, jauh dah aku cerita pasal kehidupan tuition aku. masuk sekolah menengah memang tak ada tuition. even aku pernah dengar certain student yang ibu bapanya mintak kebenaran untuk bawak anaknya keluar di hujung minggu untuk atend tuition kat luar. not sure jugak siapa, tapi macam pernah dengar. not sure jugak dapat ke tidak budak tu tuition kat luar. tapi masa aku kat sekolah menengah dulu, mungkin environment menekan (atau aku straight tidur waktu prep), budaya study sampai separuh mati tu meresap masuk dalam kalbu. jadi bagi aku environment penting. cikgu akan bagi kelas tambahan jugak untuk kami, kalau tak faham boleh tanya cikgu, tanya kawan, buat study group. sebab hidup dikelilingi kawan-kawan. oh ya! aku terlupa, aku pernah attend tuition class kat mara area sogo dengan member-member satu sekolah. tapi bila ada cuti panjang je. and pengalaman memang best sebab lepas tuition atau waktu rehat boleh pergi sogo (okay niat sangaaat terpesong!) 

okay, okay. jadi sekarang, tuition tu penting ke? if kamu semua ada anak, kamu nak hantar pergi tuition tak? kamu percaya tak dengan cikgu tuition yang mengajar kat kelas tuition tu? kamu percaya anak korang tak?

sebab aku tanya soalan macam ni, sebab aku adalah salah seorang cikgu tuition dan aku tahu perangai budak-budak yang attend kelas tuition. yup, apa yang ada dalam artikel tu betul lah. dalam satu kelas SPM aku, ada lebih kurang 20 student. ada yang malas, ada yang degil, ada yang rajin. ada yang menumpukan perhatian. kalau kat sekolah satu cikgu = 40 orang student, kat pusat tuition pulak 1 cikgu = 20 ornag student, ada ke significant pemahaman budak kat situ? 

mungkin perbezaan kat situ adalah sekolah asrama dan sekolah biasa. 

kelas aku masa sekolah menengah dulu pun lebih kurang 20 orang. sama macam pusat tuition. kami dlu siap ada kelas insentif, dan budak-budak pulak jenis bersaing, kuat bertanya, tanya straight terus dengan cikgu, dengar cakap cikgu, kalau cikgu merajuk ramai-ramailah pergi serbu bilik guru nak pujuk cikgu punya pasai. padahal, bukan teruk sangat pun kesalahan kami, haha. kami nak berjaya, hari-hari dengar tazkirah, sembahayang jemaah, baca ma'thurat, stay up sampai pagi, semata-mata nak score spm (even aku pun takdelah score mana pun).

kalau sekolah biasa, kalau ibu bapa serah bulat-bulat pada cikgu semata-mata tanpa memantau tindakan anak -anak, aku rasa sia-sia je hantar tuition. kalau anak-anak tu datang tuition, tapi sebok bersembang dengan rakan sebelah tak nak dengar langsung apa cikgu cakap, (at least aku dulu tidur dalam kelas aku tak kacau orang. aku kata at least) sudahlah menggangu pelajar lain, dan pulak budak yang bersembang tu habuk pun tak ada ilmu masuk, hanya dapat extra kertas soalan je, apa significant mak bapak hantar budak tu pergi kelas tuition? 

aku pun tak tahu kalau aku ada anak nanti macam mana. mungkin paksa anak aku untuk pergi masuk asrama. aku rasa asrama ni bagus, displin okay sikit berbanding duduk rumah, hari-hari menghadap internet, risau tengok laman porno, risau dengan siapa budak tu berkawan, hari-hari kena herdik, mak pulak kesian tengok anak cuci baju sendiri, jadi cucikan sekali, masak makanan yang baik-baik untuk anak (kalau kat asrama nasi kawah lah jawabnya). kalau kat sekolah pulak malas nak bersaing, sebab eleh, ada je budak lagi bodoh dari aku, lagipun kewl giler apa jadi bodoh tapi awek lawa. OH NO!

hah, panjang pulak aku bising kali ni. ape-ape pun , tepuk dada tanya selera. bukan aku kata pusat tuition tak bagus, ianya akan jadi bagus kalau budak tu nak belajar. kalau budak tu taknak belajar, buatlah macam mana pun budak tu taknak belajar, tak da makna jugak.. 






Friday, February 24, 2012

brother's wedding - wedding tema pink

brother's wedding sebelah lelaki berlaku pada 2 mingu lepas, di dewan yang sama aku kahwin dulu. a simple theme, with pink colour. so mari lihat gambar terus menerus diambil dari dari facebook sendiri:



tukang ambil kek, aku. tukang bayar dan pilih pengantin sendiri lah. kek adalah dari secret recipe lemak berkrim disukai ramai. oh lihat gerbera pink tu! idea i untuk centre piece meja, tapi sebab ada lebih letak sekeliling kek. 



close up sikit. sebenarnya bunga kecil lebih elok untuk mangkuk yang kecil ini. TAPI AKU TAK BOLEH TAHAN TENGOK GERBERA CANTIK GILE TERUS BELI! muahaha..



memek muka semua kena serius comel. omg i gemok tapi i tak peduli asalkan i gembira. OH LIHAT BAJU PENGANTIN PEREMPUAN IN CREAM TU MAK I YANG BUAT TAU!! hihi.. pengantin lelaki yang pakai tie bukan bow tie. bow tie import khas dari prancis kata pengapit. full suit tak tahu dari mana. encik suami dan i tiba-tiba lari tema. haha!



gambar superfamily ada sepupus, atok makcik, pakcik, adik mak abah, menantu budak kecik. walau terpotong di sana sini, tapi tetap suka sebab semua muka excited! like 18x. :)



gambar comel si debab kuasa 2. ada entiti asing bersuit di belakang yang tak dapat dikenal pasti.



dari kiri, anak pertama yang comel, anak kedua yang annoying, emak yang manis, menantu kedua yang vogue, anak kedua yang gembira, abah yang bermuka cuak, menantu pertama yang maintain cool.



last, gambar si montel 2 orang ini. see the balloons? sebelum majlis terhias cantik di atas pentas dan di sepanjang aisle, tapi habis majlis semua hilang. sudah dijangka. ada 4 biji tersasar sampai ke bumbung dewan. 

anyway, gambar official mesti lagi cantik. ada muka hodoh i! bahaha. majlis run smoothly. alhamdulillah. kalau nak dibandingkan majlis ini dan majlis aku dulu, majlis ini lebih proper. lebih relaks sebab pagi tu tak payah nak kelam kabut (tak ada akad nikah). lagipun mak dan abah dah tahu nak buat apa. ada pulak aku yang tukang lari ke sana ke mari. aku juga tukang letak kek kecil dekat tempat makan, susun meja kek, letak sudu dan pinggan atas meja kek (saat akhir), susunkan kedudukan mak dan ayah pengantin perempuan supaya pengapit boleh duduk sebelah pengantin, pujuk mak pengantin untuk duduk atas, susunkan pengapit supaya iring pengantin dari belakang, jadi makcik penghidang teh untuk acara minum teh, bagi Q pada mc untuk start kan lagu bila pengantin sampai. 

hehe, macam banyak sangatlah kerja. tapi takpe, penat berbaloi dan hati gembira. 

dah lah tu je bai.

Wednesday, February 22, 2012

band stab pcr!

this is so cool! maybe i can do this tomorrow.

a band stab pcr.

*excited!

oh, and this is another solution for my problem:


"Problem: Bright bands in well of agarose gel following electrophoresis [of PCR product].Possible Remedy: Such bands usually result from overamplification of the PCR product or from insufficient dilution of the product prior to electrophoresis. This is also a common result of amplifications from too much genomic DNA. Try diluting the template 100- to 1000-fold."


ps: work, work and work.

*update: eksperimen berjaye! haha...

Tuesday, February 21, 2012

calling calling!


got this email form my sv. bangkok ~ yummeh. plus, it will be published in BMC. terus nak menyemangatkan diri untuk tulis one paper target paper publish in BMC. tapi for this one, hmm, tak sempat kot.. huhu..plus, aku hanya ra. talk about publishing papers; masa masters takkan tak pernah publish paper?

yup, memang ada. tapi cuma biasa-biasa. the one with no impact factor. paling baik hanya index journal. but after this mesti berusaha keras untuk publish at least one paper per semester (waaah tinggi cita-cita). hopefully boleh sebab this time i'm dealing with side project, hope that this side project boleh mendatangkan hasil yang lumyana. so for my master, kalau sesiapa yang interested in knowing the added value of ficus deltoidea, you can go here. kena download pdf macam biasa. and the other one published in MJM here muka surat 30. this one the editing was bad. tertinggal reference, margin lari, macam-macam lagi lah. anyway, during my master, i managed to present 3 posters and 1 oral presentation. i can say that the oral presentation was memorable because it was an international conference, the speakers are drs and profs, and they all come from various countries.  

muka lega lepas present. supervisor saya yang 2 orang paling comel. 

muka tanned sebab baru balik pulau perhentian.

muka cuak, tangan menggigil, tapi nada suara kena bajet confident. 

ini sahajalah pencapaian yang aku mampu capai sepanjang proses pembelajaran aku dulu. tapi seriously, untuk aku memang masih tak cukup. ra lain, master student lain, sampai pergi oversea untuk present novel research. kira aku ni, tak mencapai tahap tu lagi. tahap yang rendah lagi. well, mungkin this time aku boleh memberi cabaran kepada aku sendiri untuk terus berjuang. itu sebab aku diberi anugerah untuk rembat peluang belajar lagi supaya aku boleh puas kan hati aku untuk mencapai perkara yang aku nak? 

maybe kan? aku tak tahu, tapi aku akan sentiasa positif untuk meneruskan perjuangan. hehe..

kepada rakan student and bloggers,  Ina and Mama, marilah kita berusaha!

ps: fuh! first time ni cerita pasal kerja buruh secara terperinci ni. heehee..

Monday, February 20, 2012

spring!

kan seeronok kalau kita ada 4 musim, bila tiba musim bunga, boleh tanam pokok dan lihat hasil yang cantik, dan boleh nikmati bunga-bunga segar dari taman. boleh tanam lentils. hehe..


dan yang paling best floral dress pun banyak!

Kiss the Spring by Timmothy Lee

jomlah celebrate spring walaupun negara kita tak ada spring! mari mulakan dengan pakai baju bunga-bunga.. :)


Saturday, February 18, 2012

kaku

malas lah nak ada perasaan. malas nak ambil tahu hal orang lain. malaslah nak caghe deme semue tu.

korang punye hidup korang punye hidup, aku punye hidup, aku punye hidup.

end of story.~

Friday, February 17, 2012

swag 'em

it is nice to see people get dressed and look all so beautiful and funky and posted them in blogs or using instagram. for example; lookbook which can make us go ooh and aah with their vintage tops and diy skirts and cool boots.




aaah cantik kan? go check out their website for more fashion inspiration! u can get ideas of how they put on that maxi skirts and matched them with floral tops and a nude colour bags and a pair of clogs. and also those simple wide leg pants for you to diy at home. 

the main point here is that kids now also have their own fashion blogs like the grown ups have! and what's more is that there is a site where children can pose and do like what the grown ups do! ---> (got this news from lookbook)

Via Offbeat Mama



Submission from Marshall at www.tinysartorialist.com :)
All swag in over-sized hoodie and acid wash jeans.

Via Offbeat Mama

all pictures form childrenwithswag

they are super adorable! and the first pic is my favourite! if i have my own kids, i'll dress them up, take pictures and post it!. do check the website for more cute pictures. :)

thanks for the advise though

i just want to link this out because i have no time to read all this crap. it is actually a wise words of preparing my self to become one of the 'victim'. being one is not easy, i hope i know what i'm doing..huhu..

i did a phd and did not go mad
ps: kena ada kata-kata semangat lebih supaya hati tabah. tabah lah sangat...:P

Thursday, February 16, 2012

wedding pictures from friends

seronok bila kawan-kawan tag gambar kita dalam facebook masa majlis mereka. cewah. padahal gambar kawan-kawan masa wedding aku ada aku upload? hahah tidak...nak upload sekarang kang macam tak seswai kan. 


wedding fadila

wedding rohaila

terima kasihlah tunjukkan kami gambar official wedding korang yang ada muka aku..kekeke...anyway, kenapa muka azmi sangat garang tu huh? hee hee..

congrates walaupun dah lama kahwin ye...!

oh ye, cakap mengenai kahwin, nanti aku nak upload gambar wedding adik aku pula.

adios!

rumah manis rumah

kami sedang cari rumah untuk diduduki. bukan. kami bukan dihalau oleh tuan rumah. mungkin sudah tiba masanya untuk kami mencari rumah sendiri dan bayar duit rumah kepada bank instead of tuan rumah. you know what i mean.

house hunting bermula sejak lepas kahwin lagi. banyak tempat sudah kami pergi. kami bukan kaya, juga bukan miskin harta. kami nak cari rumah yang selesa untuk kami tinggal dan anak-anak kami membesar (kalau ada). kami juga mahu yang berdekatan dengan tempat kerja kami berdua. kami juga mahu yang murah tapi in a very good condition. kami juga mahu persekitaran yang positif dan tidak sesak.

haha, banyak demand kami ni. 

kami cari-cari banyak juga tempat. rumah dua tingkat superlink adalah target kami. oooowh! susah sunguh cari rumah di kawasan persekitaran bangi, kajang, serdang, dan cheras, yang murah yang dua tingkat yang selesa, yang tidak sesak. rumah dua tingkat kami ucapkan selamat tinggal. sebab kami tak dapat imagine perut kami diikat semata-mata untuk bayar duit rumah yang memakan hampir 3 suku gaji kami. kami sayang perut kami. kami rela duit simpanan kami buat pergi makan di typical secret recipe atau bercuti di pulau perhentian atau pulau redang. 

jadi kami turunkan lagi squarefeet rumah supaya harga yang kami bayar adalah sedikit rendah. ya kami tahu harga rumah semakin naik. adalah mesti perlu dan wajib untuk memperhabiskan harta yang ada supaya dapat membei rumah idaman sebab rumah idaman akan naik harganya nanti pasti rugi kemudian hari jika tidak dibeli. namun kami ada perancangan sendiri. pendapat yang ambil untuk dijadikan rujukan bukan ikutan. kami sudah timbang baik buruknya. jadi sila diam sebab kami dah buat keputusan.

kecil besar seusatu rumah bukan menjamin kebahagiaan rumah tangga seseorang. aku hidup dalam rumah tak sampai 1000 sqft dari kecil dengan 3 adik beradik serta ibu dan bapa. jadi aku sudah biasa. rumah besar nanti siapa nak kemas? rumah besar nanti end up tinggal berdua jugak. rumah besar nanti dah tua tak larat, duduk bawah jugak tak naik bilik atas dah. 

mungkin bila dah ada rezeki lebih dan ahli keluarga lebih, akan cari rumah idaman yang sebenarnya. setakat ni rumah idaman aku macam kat show room ikea tu, kecil tapi cantik. biar rumah kecil tapi cantik. nak kemas pun senang. heh..

Wednesday, February 15, 2012

another link from my sv

what i like about my new sv is that, he cares about his student and loves to give us links that are informational to us. and i like the fact that i know exactly what i'm doing (so far) and i'm not lost. he is there to discuss and he will be the one who wants to meet and chase his students (where most of us kind of want to run away) but we are  glad that we can easily see him and discuss things. at least, he will ask, 'how's things?' or 'how's your samples doing?' or worst, 'what are doing now?'.

so this is another link that he emailed to all of his students. i'm afraid that this link will be lost that's why i put it here for my future reference.

'cracking open the scientific process'

smile.

Tuesday, February 14, 2012

Friday, February 10, 2012

langkah 2

langkah 2: jumpa supervisor dan kutip semangat. selalunya lepas dapat clearer view, hati berbunga riang dan semangat untuk meneruskan kerja membuak-buak!

nak cari scholar.

Thursday, February 9, 2012

langkah 1

alhamdulillah, setelah segala penantian (tandatangan) telah berjaya diatasi. langkah 1 telah bermula dengan menghantar borang permohonan pasca siswazah. kalau dapat surat tawaran, i'll be officially a postgrad student, again.



untuk aku, life must go on. aku mesti fikir positif bahawa pilihan aku tepat. Allah dah tunjuk sebijik-sebijik jalan pada aku. jadi aku perlu ikut sebijik-sebijik apa yang Allah tunjuk. walaupun jalan yang ditunjuk tu nampak tak berapa nak bawa untung dunia.- untung akhirat mungkin?.

orang kata, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

ada hikmah di sebalik segalanya.

berusahalah!

Wednesday, February 8, 2012

comment

there was one comment regarding facebook and facebookers in Yahoo news. I would like to quote it as it's very true!

"sometimes you got to see how much you had been worthless when finding your friends had achieved so much in life while you were stuck on nothing."

like!

Monday, February 6, 2012

celebrations

salam maulidurrasul.

happy chap goh meh!

happy thaipussam...

happy balik kampung to all..

salam mulidurrasul terasa di sanubari bila flat rumah abah ada buat perarakan selawat ke atas nabi malam semalam. dan pagi ni abah join perarakan lagi dekat frim. menang tempat pertama. :)

dan sedang berkira-kira bilakah chap goh meh? oh ye, hari ini chap goh meh terasa kemeriahannya bila banyak kedai cina tutup dan ada tarian singa kat depan kedai makan cina seberang jalan flat. juga ada letupan gunung berapi bunga api tanpa henti kedengaran. tapi sayangnya, sebab rumah menghadap bahagian lain, jadi tak dapat lihat bunga api, huhuu..

besok, pasti wel wel di batu caves. perlu elak jalan itu, walaupu memang tak lalu jalan tu..

anywayh, seronoknya cuti banyak hari macam ni. :)

Saturday, February 4, 2012

ayah! ayah! ayah! ayah!

ayah! ader nak beli kertas warna!




please ayah please! ader nak beli kertas warna besok ada seni...

kahkahkahkahkah!

Friday, February 3, 2012

being stupid

"Productive stupidity means being ignorant by choice. Focusing on important questions puts us in the awkward position of being ignorant. One of the beautiful things about science is that it allows us to bumble along, getting it wrong time after time, and feel perfectly fine as long as we learn something each time. No doubt, this can be difficult for students who are accustomed to getting the answers right. No doubt, reasonable levels of confidence and emotional resilience help, but I think scientific education might do more to ease what is a very big transition: from learning what other people once discovered to making your own discoveries. The more comfortable we become with being stupid, the deeper we will wade into the unknown and the more likely we are to make big discoveries." Schwartz, M.A. 2008. The importance of stupidity in scientific research. Journal of Cell Science, 121:1771.

full article here.

ps: nampaknya perasaan terasa diri bodoh adalah perasaan semesta, bukan perasaan aku seorang. a bit lega i guess.. :)

makcik! watch out!



sila lihat dengans sabar. kadang-kadang panik attack memang berlaku. tapi yang menghairankan, macam mana boleh kereta itu ke depan dan kebelakang beberapa kali hingga menghempas habis motor bmw tu macam berdendam sangat gayanya..

kereta auto kah atau kereta manual kah?

bukankah kalau dah ke depan untuk kebelakang perlu tekan clutch dan tukar gear. kalau auto, still kena tukar gear auto yang kat tepi tu.

by the way, pemandu adalah seorang makcik. mungkin terlalu panik agaknya. tapi tu lah benda nak jadi. aku dan member aku buat kesimpulan, mungkin kereta itu dirasuk hantu! haha, tak, gurau je..so orang perempuan especially, tolonglah bawak kereta dengan berhati-hati ye (termasuk akulah ni)..

ps: dengar cerita kerugian sekitar setengah juta untuk baik pulih kedai sahaja. tak termasuk motor besar bmw tu lagi..

Thursday, February 2, 2012

kembangkan hobi

dulu, masa kecil-kecil comel, hobi kegemaran adalah melukis. makin besar menggemuk, hobi melukis yang murah pun makin menghakis, tapi hobi membeli belah pula mengembang dengan pesatnya. dulu siap beli sketch book untuk tiru lukisan-lukisan best macam sakuragi hanamichi dunk bola, atau cikgu ansai yang comel. nobita dan doraemon lukisan kanak-kanak, aku tiru lukis masa darjah 5.

jadi bila tengok emila pucci yusuf punye blog, keinginan nak lukis kembali balik! hoyeah! jadi mari beli sketch book dan mula melukis. untuk kes aku, mari pakai rough paper hasil print tak jadi thesis dulu dan pen lab.

ada sesiapa yang berminat untuk mengasah bakat melukis? marilah pergi jengok;

so you wanna draw? - dari emila yusuf. mana tahu boleh cipta poscard sendiri dan menjadi pelukis ilustrasi cerita ombak rindu II? :)

Wednesday, February 1, 2012

lab

penat..

inilah akibatnya kalau lab terlalu canggih, satu equipment letaknya di satu tempat, satu lagi equipment letaknya di tempat lain. nak meredah dari satu tempat ke satu tempat memerlukan siri pintu yang berpanjangan. nak meredah pintu perlu tag. terus rasa bersyukur gila dengan lab lama. lab di kampung tdc. semua equipments ada kat situ. hanya dipisahkan dengan benches sahaja. dan jika mahu view gel berwarna etbr dan expose film di bilik gelap saja memerlukan perjalanan yang boleh tahan jauh. but still, okay.

saya perlu progress..

ps: appointment yang dibuat pada 3 minggu lepas akan dilaksanakan pada jumaat minggu depan. sepatutnya aku nak cuti waktu tu sebab besoknya majlis kahwin adik aku sebelah lelaki. jadi bagaimana tu?

pss: malam tadi mimpi advisor suruh tukar tajuk proposal. ngeri.