Thursday, January 26, 2012

voucher

sekarang semua orang sibuk bervoucher. aku ni kira kasihanlah sebab dah terlepas peluang nak bervoucher. voucher apa? alaa...voucher buku rm200 untuk student tu.

aku RA je. student to be. tak jadi student lagi sebab advisor tak tandatangan proposal aku lagi. kata beliau nak dengar aku bentang. ni dah masuk minggu ke tiga, masih lagi terumbang-ambing keputusannya. nak dengar aku bentang atau tak mahu? tak apa, aku sabar. advisor adalah canselor. aku kena ikut rentak beliau bagi menjamin masa depan gemilang.

oh ya mengenai voucher buku.

sibuk sangat tayang voucher buku di muka buku. sambil kipas-kipas gembira sebab dapat voucher buku sampai rm200. aku yang berhasad dengki sebab berada di tengah-tengah (student bukan, kerja pun bukan), mulalah berbulu. even kakak sebelah aku juga dapat dari adiknya. member sebelah-sebelah aku pula sebab masih student (baru viva) juga dapat. aku seorang sajalah yang tak dapat?

aku tak kisah kalau kalian semua gembira-gembira dapat voucher buku rm200. tapi tak perlulah kot buat statement "yey! aku dapat voucher buku! aku nak beli apa ek?" dekat facebook kasi semua orang baca..

mangkuk, kalau voucher buku, buat beli buku la....takkan beli pinggan mangkuk kot!

yang aku pelik, part timers pun dapat juga. kalau buat part time, sah-sahlah bekerja tetap, duit berkepok di dalam bank, masih mahu beri voucher bukukah? tu yang timbul statement kat atas tu. dah pulak, sebab suka-suka ambil, jadi tak tau nak buat apa, jual saja di mudah.my dengan harga rm100. untung-untung dapat rm100.

sebab pilihanraya, rakyat dilimpah pelbagai harta pusaka negara. tiba-tiba kan? kenapa masa aku jadi student dulu, yang ikat-ikat perut satu hari satu kali makan tak bagi pulak voucher buku? aku gigihlah pergi photocopy setiap buku kat library tu. tak pulak nak peduli? mulalah rasa dengki menusuk masuk ke kalbu.

aku tak kisah kamu-kamu semua ni dapat voucher buku tersebut. tapi pergunakanlah dengan sebaik-baiknya. kalau aku dapat voucher buku, aku pi beli buku latihan sains tingkatan 4 dan tingkatan 5 banyak sikit (sebab sekarang aku part timers ajar tuition). dan aku akan tambah koleksi buku tebal microbiology sebab aku bengap bab microb tapi buat phd pasal microb.

itu akulah.. tapi manusia, cakap je lebih, buat belum tentu.

kepada gahmen, sudah-sudahlah tu mengampu. kalau hati ikhlas, pasti kejayaan datang bergolek. aku minta satu, tolonglah buka balik perjawatan sebagai tutor di universiti yang berhampiran. aku nak mohon ni...

sekian..

4 comments:

  1. aku pun jeles jugak zura. Semalam teman RO-RO part time buat master tu beli buku, agak berbulu jugakla nengok diorang pilih buku.Tapi bukan student, nak buat cemane. sabo jela

    ReplyDelete
  2. sabo je la kitaa....nak buat macamana....huaaaaa!!

    ReplyDelete
  3. tapi i x mengampu dan x pandai pon nk mengampu...tu y jd camni...huhuh

    ReplyDelete
  4. abang, tak payah mengampu pun dapat voucher buku..cuma student tak student je..huhu

    ReplyDelete