Sunday, January 8, 2012

kuat ye lari walaupun gemok~~

ambil ayat dari sasha dalam cerita papadom. jahat kau sasha..

anyway. lets talk about 'kegemokan' shall we?

tak banyak aku nak cerita. sedang aku blogwalk ke sana ke mari, aku lihat ramai fashionista muslim wanita (ada fashionista muslim lelaki ke?) mengenakan skirt untuk nampak cantik. jeans dah out of date. semua pakai kain sekarang ni. kain jarang, kain chiffon, kain tebal, warna merah warna hitam, warna kuning keemasan...

dan aku terfikir, ooowh, why not aku juga pakai kain? saiz perut semakin membesar (bukan sebab mengandung tapi sebab lemak). atau maxi dress juga okay. walaupun aku pernah difitnah mengandung masa aku pakai baju raya aku yang berbentuk jubah itu.

hari-hari pun pakai baju kurung pergi office walaupun ada sesetengah tu dah macam agak sesak di peha dan perut. jadi why not kalau keluar jalan-jalan pun pakai kain (yang stretchable di bahgian degil)?

honestly, seluar jeans hanya tinggal satu sekarang. yang lain semua bye-bye my love. encik hubby pun complain saiz seluar makin mengecil (padahal perut makin membesar) but hubby, u tak boleh pakai skirt macam i!

tiba-tiba teringat cerita eat pray love julia robert berlakon. kan ada satu part dia pergi paris dan asyik makan saja? sampai kawannya bising seluar tak muat.

aku selalu teringat apa dia cakap. buat aku rasa happy nak makan lagi. teruk kan perangai?

apa yang julia robert cakap? "suka hatilah nak makan apa pun. kalau seluar tak muat, beli saje seluar baru" lebih kurang begitulah ayat nya..

suka kan ayat tu?

well, asalkan aku happy, asalkan aku sihat. daripada depress sebab asyik fikir pasal kegemokan diri..

ps: jangan tiru macam aku. :)

2 comments:

  1. selua jeans tu semakin mengecut... i tgk perut i biase je...haha.. (en hubby y x sedar diri)

    ReplyDelete
  2. yeh! mari kita berfikiran positif!

    ReplyDelete