Wednesday, January 4, 2012

banyak benda nak cerita

2012

banyak benda nak cerita. walaupun tahun baru berlalu baru 4 hari..

paip rumah bocor, jiran bawah komplen air menitik. rumah aku pulak naik air sikit. tak banyak, tapi kalau dah kena parquet, sekian terima kasih. aku hanya mampu mop, hari tu dah panggil plumber. 2 hari okay, hari ni bocor balik.

kerja pulak tak bagus. dapat result entah apa-apa. aku baru bazirkan chemicals. sebab buat dalam kuantiti banyak, tapi result tak bagus. not good. tak nak cerita nanti otak berat. besok sambung lagi.

lepas tu wedding adik aku. sebelah lelaki. buat di dewan yang sama masa aku kahwin dulu. kalau dikirakan jarak antara aku kahwin dan adik aku kahwin, aku dah attend wedding kat tempat yang sama 4 kali. itu tak penting. yang penting konon-konon nak suruh aku decorate kan semua. like an unofficial wedding planner. tapi bila semua aku cadangkan ditolak mentah-mentah, okaylah, aku tak layak untuk jadi wedding planner. aku surrender. aku memang cepat mengalah. as usual, bersilat dengan parents. aku mencadangkan agar beri ini sebagai doorgift.

bunjut


tapi mereka mahu paperbag. same old thing. aku pelik apakah significant paperbag dengan orang tua. paper bag minimum 6o sen satu, and trust me, kalau dapat kat aku aku buang aje. nak simpan? nak isi ape please? and they want extra things inside the paper bag. nak letak apple lah, kerepek lah..

suggest a photo booth sebab tak ada pelamin untuk tangkap gambar ramai-ramai. photo booth sangat cool. mintak tolong abah untuk carikan plywood. abah refuse.

something like this..pic from google


aku dah give up. honestly, aku rasa cadangan aku cukup cool. tapi cadangan mereka lebih cool. jadi fine, buatlah apa nak buat pun. aku malas dah nak layan. konon aku harap, dengan wedding adik aku ni, aku boleh apply segala yang aku tak dapat masa aku kahwin dulu. apparently not. i realise that, it's not my wedding. its their son's wedding.

haha merajuk macam orang tua.

anyway, dah bye.. itu saje.

No comments:

Post a Comment