Thursday, January 26, 2012

babylicious dan layout baru lagi

jika perasan, aku tukar layout baru lagi. sebagai 'orang yang cepat boring, tukar layout baru adalah perkara biasa. lagipun nak rebrandkan diri (konon). hopefully lepas ni kehidupan menjadi lebih simple and sweet macam lay out baru yang memang terus ambil bulat-bulat tanpa sebarang pertukaran mega (atau gambar) dari blogger.com. 

dan mengenai cerita babylicious pula, seperti yang aku cerita semalam, aku ikut pulang ber gong xi fa chai di tampin. ya, ada soalan macam biasa. apa ingat chenise komuniti tak menyibuk macam orang melayu? rakyat malaysia semua sama, kalau ada accident di tepi jalan pasti semua memperlahankan kenderaan dan ingin lihat apa yang berlaku dan siapa mati - tak kira bangsa. mungkin ambil nombor ekor juga. jadi rakyat melaysia memang satu malaysia.

cumanya di sini, persoalan berkisar tempat "mei you ah?" adalah bukan kepada kepada aku, tetapi kepada mak aku. aku tak kisah sebab tidak tanya direct pada aku, tapi kadang-kadang aku menyampuk sebab faham sikit-sikit. "mei you leeee" 

dan aku juga perasan, cousin aku seorang juga dihujani soalan yang sama. lagi best, jawapannya adalah: "oooh, got twin inside!" marvelous! aku suka jawapan itu. yang mak aku pun sama, anak sendiri tak beranak lagi, masih sibuk tanya pasal anak orang. 

well, mungkin sikap orang tua. jadi aku tak ambil hati..tak kiralah melayu, cina, india..tambahan pula, chinese community juga percaya yang tahap kesuburan wanita juga menjadi faktor penting dalam institusi rumah tangga. kalau tak ada anak nanti, siapa nak jaga diri sendiri yang dah tua kelak? itu sebab ramai juga kita lihat chinese community, orang tua dijaga oleh anak sendiri. siap ada orang gaji. kalau orang melayu, siap bagi cucu minta emak jaga - nak jimat kos konon..

sekadar pendapat dan omelan semata-mata - dah jangan sebok nak terasa..

jadi itulah kisahnya. 

No comments:

Post a Comment