Thursday, January 26, 2012

voucher

sekarang semua orang sibuk bervoucher. aku ni kira kasihanlah sebab dah terlepas peluang nak bervoucher. voucher apa? alaa...voucher buku rm200 untuk student tu.

aku RA je. student to be. tak jadi student lagi sebab advisor tak tandatangan proposal aku lagi. kata beliau nak dengar aku bentang. ni dah masuk minggu ke tiga, masih lagi terumbang-ambing keputusannya. nak dengar aku bentang atau tak mahu? tak apa, aku sabar. advisor adalah canselor. aku kena ikut rentak beliau bagi menjamin masa depan gemilang.

oh ya mengenai voucher buku.

sibuk sangat tayang voucher buku di muka buku. sambil kipas-kipas gembira sebab dapat voucher buku sampai rm200. aku yang berhasad dengki sebab berada di tengah-tengah (student bukan, kerja pun bukan), mulalah berbulu. even kakak sebelah aku juga dapat dari adiknya. member sebelah-sebelah aku pula sebab masih student (baru viva) juga dapat. aku seorang sajalah yang tak dapat?

aku tak kisah kalau kalian semua gembira-gembira dapat voucher buku rm200. tapi tak perlulah kot buat statement "yey! aku dapat voucher buku! aku nak beli apa ek?" dekat facebook kasi semua orang baca..

mangkuk, kalau voucher buku, buat beli buku la....takkan beli pinggan mangkuk kot!

yang aku pelik, part timers pun dapat juga. kalau buat part time, sah-sahlah bekerja tetap, duit berkepok di dalam bank, masih mahu beri voucher bukukah? tu yang timbul statement kat atas tu. dah pulak, sebab suka-suka ambil, jadi tak tau nak buat apa, jual saja di mudah.my dengan harga rm100. untung-untung dapat rm100.

sebab pilihanraya, rakyat dilimpah pelbagai harta pusaka negara. tiba-tiba kan? kenapa masa aku jadi student dulu, yang ikat-ikat perut satu hari satu kali makan tak bagi pulak voucher buku? aku gigihlah pergi photocopy setiap buku kat library tu. tak pulak nak peduli? mulalah rasa dengki menusuk masuk ke kalbu.

aku tak kisah kamu-kamu semua ni dapat voucher buku tersebut. tapi pergunakanlah dengan sebaik-baiknya. kalau aku dapat voucher buku, aku pi beli buku latihan sains tingkatan 4 dan tingkatan 5 banyak sikit (sebab sekarang aku part timers ajar tuition). dan aku akan tambah koleksi buku tebal microbiology sebab aku bengap bab microb tapi buat phd pasal microb.

itu akulah.. tapi manusia, cakap je lebih, buat belum tentu.

kepada gahmen, sudah-sudahlah tu mengampu. kalau hati ikhlas, pasti kejayaan datang bergolek. aku minta satu, tolonglah buka balik perjawatan sebagai tutor di universiti yang berhampiran. aku nak mohon ni...

sekian..

babylicious dan layout baru lagi

jika perasan, aku tukar layout baru lagi. sebagai 'orang yang cepat boring, tukar layout baru adalah perkara biasa. lagipun nak rebrandkan diri (konon). hopefully lepas ni kehidupan menjadi lebih simple and sweet macam lay out baru yang memang terus ambil bulat-bulat tanpa sebarang pertukaran mega (atau gambar) dari blogger.com. 

dan mengenai cerita babylicious pula, seperti yang aku cerita semalam, aku ikut pulang ber gong xi fa chai di tampin. ya, ada soalan macam biasa. apa ingat chenise komuniti tak menyibuk macam orang melayu? rakyat malaysia semua sama, kalau ada accident di tepi jalan pasti semua memperlahankan kenderaan dan ingin lihat apa yang berlaku dan siapa mati - tak kira bangsa. mungkin ambil nombor ekor juga. jadi rakyat melaysia memang satu malaysia.

cumanya di sini, persoalan berkisar tempat "mei you ah?" adalah bukan kepada kepada aku, tetapi kepada mak aku. aku tak kisah sebab tidak tanya direct pada aku, tapi kadang-kadang aku menyampuk sebab faham sikit-sikit. "mei you leeee" 

dan aku juga perasan, cousin aku seorang juga dihujani soalan yang sama. lagi best, jawapannya adalah: "oooh, got twin inside!" marvelous! aku suka jawapan itu. yang mak aku pun sama, anak sendiri tak beranak lagi, masih sibuk tanya pasal anak orang. 

well, mungkin sikap orang tua. jadi aku tak ambil hati..tak kiralah melayu, cina, india..tambahan pula, chinese community juga percaya yang tahap kesuburan wanita juga menjadi faktor penting dalam institusi rumah tangga. kalau tak ada anak nanti, siapa nak jaga diri sendiri yang dah tua kelak? itu sebab ramai juga kita lihat chinese community, orang tua dijaga oleh anak sendiri. siap ada orang gaji. kalau orang melayu, siap bagi cucu minta emak jaga - nak jimat kos konon..

sekadar pendapat dan omelan semata-mata - dah jangan sebok nak terasa..

jadi itulah kisahnya. 

Wednesday, January 25, 2012

raya cina

bagaimanakah denan percutian kalian semua?

mine - sangat best. mungkin sebab pergi jalan-jalan naik kereta. i memang pejalan tegar. tak kisah pergi mana, asalkan hati gembira. 

dan pergi alamanda berkaraoke dan main bowling. whole day kat alamanda memang best! kalau ada cerita best, for sure sambung tengok wayang pula di pawagam. tapi sebab dah pergi tonton underworld the day before, kita tunggu cerita best lain pulak keluar untuk tonton.. 

oh ye, siapa belum pergi tonton underworld, sila tonton. dan oh, kalau rasa tak mampu untuk tahan mata tonton filem kejam, jangan pergi tonton. hehe..

jadi hari selasa, heading south to tampin hometown lagi satu, hometown sebelah mak. one thing about raya cina is that no matter how rich u are, kerja besar ada vios lalala, kalau masih belum kahwin, masih boleh dapat angpau. untuk kami (aku and husband), dapat juga angpau! haha, tak malu..kami tolak-tolak segan nak ambil angpau (sebab mak kata kami tak payah bagi), tapi uncles and aunties kata tak pa, belum jadi mak and bapak lagi.

sebab segan, next year for sure akan beri paket merah sebab segan walau mak kata tak payah bagi T_T.

jalan ke tampin, ke cheng, dan ke ayer molek. singgah jasin untuk hantar adik, dan ikut abah pulang ke kl sebab husband cuti lama jadi dia balik batu pahat untuk berfoya-foya sebagai orang bujang (bini kena kerja)..

jadi kesimpulannya, cuti best! nanti ada 4 hari cuti lagi..bestnyeeeeew...


Friday, January 20, 2012

laya lo..

hujan pagi ni.

sejuk..best kalau tido lama-lama...

do the laundry, kena lipat baju lepas ni. kena siap-siap dan pergi kerja. tempat kerja, kalau ada mood buat, kalau tak da mood, main game. tapi kena ikut schedule juga. kalauu tak ada progress, mati.

life is bliss...

and will be more blissful sebab cuti raya cina! hoyeh!

happy chinese new year!

*excited nak pakai baju merah.. :P

Thursday, January 12, 2012

tangga dan katil

kalau ada rezeki lebih, aku nak beli:

frame gambar yang banyak untuk letak di tangga rumah.
comforter best untuk katil.

~bila nak dapat gaji besar? T_T

spek

aku tak tahulah apa kena dengan aku ni.. aku dengan spek mata memang jodoh pendek tak sudah. masuk kali sepanjang tahun lepas dan tahun ni, ada 3 spek kot! mana ada orang tukar spek samapi 3 kali unless spek tu hilang! infact, mana ada orang hilangkan spek sampai 3 kali!

cadangkan aku pakai contact lenses?

sudah try. tapi tak kena dengan hati. susah pakai dan sangat tak selesa.

tapi mungkin untuk kesenangan masa hadapan dan poket kering lagi, mungkin akan consider.

yang ada warna? nice...

doakan aku jumpa balik spek aku yang tertinggal kat kedai makan semalam. kalau tak mengamok laki aku sebab dia yang belikan..huhuhuu..

update: 
spek sudah jumpa ~~ kat surau...

Wednesday, January 11, 2012

actually happens~~


from www.phdcomics.com

kenapa ye? kalau jumpa advisor je kita lari?

a) sebab konon tak nak terlibat dengan beliau langsung.
b) tak mahu ditanya, 'macam mana dengan labwork awak?'
c) tak mahu terkantoi pergi berfoya-foya.
d) akan timbul perasaan awkward di situ.

boleh tambah lagi jika mahu.

anyway, mana blog baru huh?

Tuesday, January 10, 2012

ya ampun!

ampun bang! saya tak nampak traffic light bertukar merah. saya main jalan je..sori sangat! termengelamun memikirkan nasib masa depan..

Sunday, January 8, 2012

kuat ye lari walaupun gemok~~

ambil ayat dari sasha dalam cerita papadom. jahat kau sasha..

anyway. lets talk about 'kegemokan' shall we?

tak banyak aku nak cerita. sedang aku blogwalk ke sana ke mari, aku lihat ramai fashionista muslim wanita (ada fashionista muslim lelaki ke?) mengenakan skirt untuk nampak cantik. jeans dah out of date. semua pakai kain sekarang ni. kain jarang, kain chiffon, kain tebal, warna merah warna hitam, warna kuning keemasan...

dan aku terfikir, ooowh, why not aku juga pakai kain? saiz perut semakin membesar (bukan sebab mengandung tapi sebab lemak). atau maxi dress juga okay. walaupun aku pernah difitnah mengandung masa aku pakai baju raya aku yang berbentuk jubah itu.

hari-hari pun pakai baju kurung pergi office walaupun ada sesetengah tu dah macam agak sesak di peha dan perut. jadi why not kalau keluar jalan-jalan pun pakai kain (yang stretchable di bahgian degil)?

honestly, seluar jeans hanya tinggal satu sekarang. yang lain semua bye-bye my love. encik hubby pun complain saiz seluar makin mengecil (padahal perut makin membesar) but hubby, u tak boleh pakai skirt macam i!

tiba-tiba teringat cerita eat pray love julia robert berlakon. kan ada satu part dia pergi paris dan asyik makan saja? sampai kawannya bising seluar tak muat.

aku selalu teringat apa dia cakap. buat aku rasa happy nak makan lagi. teruk kan perangai?

apa yang julia robert cakap? "suka hatilah nak makan apa pun. kalau seluar tak muat, beli saje seluar baru" lebih kurang begitulah ayat nya..

suka kan ayat tu?

well, asalkan aku happy, asalkan aku sihat. daripada depress sebab asyik fikir pasal kegemokan diri..

ps: jangan tiru macam aku. :)

Thursday, January 5, 2012

nerves

dari sehari ke sehari aku nak mendaftar diri as a graduate student (again) tapi aku macam hold dulu. hold dulu. aku pun tak pasti apa yang aku tunggu. kalau aku hold pendaftaran, aku hold permohonan scholar. kalau aku hold permohonan scholar, lambatlah duit scholar masuk..

jadi apa yang aku tunggu?

mungkin cuak yang melampau?

atau masih tak percaya yang aku sanggup menghadapi perkara yang sama lagi?

mungkin sebab raut wajah muka dr y kat lab.

bila aku semangat bercerita tentang apa yang aku buat pada dia, dia macam "are sure u want to go through all this?" mungkin dia tak menyuarakannya, tapi dari riak muka aku dah tahu. even masa aku first-first decide untuk join the team, dia macam tak approve. dia macam, "you better be careful, super careful. or don't join this group at all"

tapi sebab aku degil dan gila. dan sanggup ambil risiko kononnya, aku gagahkan jua. i know it will be hard for me, sebab bidang sangat lain dengan previous bidang, tapi aku degil dan gila. what can u expect from a person who is degil dan gila?

maybe she's concerning about money. aku faham aku faham. but it seems like this grant macam aku yang punya, so i think i can buy whatever i want. cuma kena berjimat cermat sikit. pn i pun kata duit prof r tengah banyak, boleh beli barang. plus, banyak barang lab aku rembat yang lama-lama punya, yang previous work dulu. jadi hanya guna saja tanpa perlu beli banyak barang sangat. ayat tak boleh blah nak sedapkan hati..

by the way, where is my new blog eh? kata nak buat blog baru untuk bsing pasal kerja buruh?

heheh, nantilah. sedang mode mallas sangat.

bye..

Wednesday, January 4, 2012

banyak benda nak cerita

2012

banyak benda nak cerita. walaupun tahun baru berlalu baru 4 hari..

paip rumah bocor, jiran bawah komplen air menitik. rumah aku pulak naik air sikit. tak banyak, tapi kalau dah kena parquet, sekian terima kasih. aku hanya mampu mop, hari tu dah panggil plumber. 2 hari okay, hari ni bocor balik.

kerja pulak tak bagus. dapat result entah apa-apa. aku baru bazirkan chemicals. sebab buat dalam kuantiti banyak, tapi result tak bagus. not good. tak nak cerita nanti otak berat. besok sambung lagi.

lepas tu wedding adik aku. sebelah lelaki. buat di dewan yang sama masa aku kahwin dulu. kalau dikirakan jarak antara aku kahwin dan adik aku kahwin, aku dah attend wedding kat tempat yang sama 4 kali. itu tak penting. yang penting konon-konon nak suruh aku decorate kan semua. like an unofficial wedding planner. tapi bila semua aku cadangkan ditolak mentah-mentah, okaylah, aku tak layak untuk jadi wedding planner. aku surrender. aku memang cepat mengalah. as usual, bersilat dengan parents. aku mencadangkan agar beri ini sebagai doorgift.

bunjut


tapi mereka mahu paperbag. same old thing. aku pelik apakah significant paperbag dengan orang tua. paper bag minimum 6o sen satu, and trust me, kalau dapat kat aku aku buang aje. nak simpan? nak isi ape please? and they want extra things inside the paper bag. nak letak apple lah, kerepek lah..

suggest a photo booth sebab tak ada pelamin untuk tangkap gambar ramai-ramai. photo booth sangat cool. mintak tolong abah untuk carikan plywood. abah refuse.

something like this..pic from google


aku dah give up. honestly, aku rasa cadangan aku cukup cool. tapi cadangan mereka lebih cool. jadi fine, buatlah apa nak buat pun. aku malas dah nak layan. konon aku harap, dengan wedding adik aku ni, aku boleh apply segala yang aku tak dapat masa aku kahwin dulu. apparently not. i realise that, it's not my wedding. its their son's wedding.

haha merajuk macam orang tua.

anyway, dah bye.. itu saje.

Monday, January 2, 2012

hantaran dari pihak perempuan - overdue melampau

hanya simple-simple entry sahaja. these are hantarans from pihak perempuan. hantaran consist of watch, fruits, sireh pinang, toiletries, sunnies, wallet set and ring. i adore the hantaran, look simple but sweet. hantaran menggunakan fresh flowers. 







itu saje. :)

Sunday, January 1, 2012

happy new year to everyone!

happy new year happy new year happy new year...

i didnt enjoy much this new years eve like other people, who love to squeeze themselves in crowds. there were no great tv programmes, full of crap concerts and crowds. kalau astro, cerita berulang. ape ni?

dan apakah azam baru tahun baru?

lame old resolution - nak kurus, nak lebih solehah, nak lebih banyak duit, nak dapat kerja baik, bla bla bla...

as for me, i'm scared to death. new year means adding another year of age, and this year might be an another year of disaster. i'll be facing another phase of life, another great challenge. hanya mampu berdoa banyak-banyak agar tahun ini agak menyenangkan. agar tahun ini lebih dimurahkan rezeki. apa-apa rezeki pun aku terima.

ameen...