Saturday, December 3, 2011

mintak

aku pergi makan bersama hubby. konon nak pergi mohamad chan yang terkenal sebab nak makan nasi itik. hajat tak sampai sebab penuh sangat macam biasa. jadi pergi kedai sebelah nya. mulut teringin nak makan nasi itik, dapat nasi ayam pun jadilah..

sedang makan, kami didatangi seorang bukan warganegara menjual pelekat ayat-ayat suci alQuran. dari jauh kami dah nampak, kami mula duduk tak senang. kami terus geleng-geleng bila orang itu datang di meja kami. apa yang dia cakap pun aku tak berapa nak dengar. kami teruskan makan dan minum tanpa mempedulikan dia. kemudian terus dia berlalu pergi.

dari jauh aku nampak orang lain bukan warganegara juga datang kat meja makan lain untuk jual tulisan khat dia. aku cepat-cepat habiskan air aku dan terus kami pergi bayar sebelum kami bertindak 'kejam' lagi.

ye aku memang jahat..

tapi kalau dah setiap kali pergi makan kat bangi setiap kali ada orang mintak sedekah, atau jual barang masa aku tengah makan atau bersembang dengan kawan-kawan aku, atau tengah bercinta,  rasa macam nak bagi penampar pun ade kat orang-orang ni...

bukan sekali, tapi dah banyak kali. infact siang tadi masa makan dengan kawan aku kat seksyen 7 bangi pun terkena jugak. aku terbeli buku surah-surah pilihan dengan niat nak membantu. lepas beli tiba-tiba dia promote suruh aku datang talk MLM. apehal?

aku rasa macam nak tendang dia masa tu jugak.

mungkin sebab kawasan bangi kawasan melayu ISLAM, jadi orang-orang melayu ni jenis tak kisah, dan suka menderma, jadi aktiviti ni memang sangat hebatlah di bangi. ya, orang lain tak kisah. tapi AKU KESAH.

okay, aku tak kisah kalau mereka datang, aku kata taknak, mereka pergi. kalau aku nak, aku akan beli macam kes tasbih dijual masa aku tengah makan kat satu tempat kat bangi sebelum ni. tapi yang datang, main paksa-paksa pujuk-pujuk sampai rasa nak bagi penampar dan terus menimbulkan rasa kejam dan caci maki dalam hati.....

tapi untuk peristiwa tadi tu, nasib baik tuan kedai datang cakap baik-baik pada peniaga tu. ye, mereka datang untuk berniaga. tapi tuan kedai tu pun ada hak untuk memberi keselesaan pada customernya untuk makan dengan tenang kan?

tambah-tambah pulak kalau tempat yang kita bayar service charge. lagi lah hangin tiba-tiba tengah makan, orang datang mintak-mintak. bila aku kata kat staff situ boleh pulak kata 'kita tak boleh buat apa, kak. diorang memang main masuk je' aaargh memang wadefak lah aku bayar service charge lah gile. dah memang aku tak datang kedai tu dah..

lepas kejadian tu, aku tanya azmi kenapa selama aku makan kat kedai mohamad chan tu aku tak pernah pun diterjah orang jual sticker atau khat atau tasbih huh?

jawapan azmi senang 'sebab kedai cina...' mungkin jugak. walaupun kedai cina Islam, tapi still kedai cina..entah aku pun tak tahu. lepas tu azmi cerita pulak pengalaman dia kat kedai mamak yang mana memang mamak tu halau lah orang-orang yang masuk kedai lepas tu paksa-paksa orang beli barang ni. kedai mamak, bukan kedai melayu...tapi aku tak rasa sebab kedai bangsa apa, tapi aku rasa inisiatif tuan kedai tu jugak nak kasi bisnes baik ke tak..kalau setiap kali nasi goreng nak suap ke mulut ada orang datang nak jual kasut, memang aku pun taknak datang kedai makan tu dah sebab tuan kedai tu tak ambik peduli dengan keselesaan pelanggan...

entahlah.. aku pun tak tahu nak komen apa kat sini. aku komen tak pandai sangat, komplen pandai. tapi aku rasa, benda-benda ni patut dihentikanlah. ya, memang mereka cari rezeki halal, jual barang macam ni lebih baik dari mengemis di tepi jalan, tapi kenalah ambil kira keselesaan orang lain dan keikhlasan orang lain jugak.   orang tu tengah makan menghadap rezeki, tak baiklah kalau potong rezeki orang lain untuk kepentingan diri sendiri. paling kurang pun, kalau orang tu kata taknak, tak payahlah paksa-paksa tunggu lama-lama sampai nak makan pun fed up. ..

dah lah, lagi banyak aku tulis, lagi banyak aku merepek kat sini..

2 comments:

  1. aku pun tak berani nak komen banyak2, tapi aku memang tak bagi sedekah kalau orang datang minta macam tu unless dia jual tisu (sebab tisu satu keperluan cos aku hari2 selsema) so instead of bagi 30 sen, aku bagi 50 sen ke singgit ke. diorang yang jual ayat quran kita tu tau yang melayu ni memang akan rasa berdosa or rasa diri ini jahat sekali bila tolak or taknak beli aya kalaut quran or tak beri sedekah untuk sekolah agama. kadang2 tu bila tengok org meja sebelah bagi lima ringgit, oh lagilah terase diri ini. tapi entah lah, bagi aku, kalau aku terdetik rase kesian tu, memang aku bagi sikit.

    ReplyDelete
  2. tula, bagi aku, bagi memang bagi kalau hati ikhlas nak bagi. kalau masa tu takde duit pecah, ada rm 50, aje gile aku nak bagi 50 kat dia. haha. tapi tulah, kalau dah ramai sangat yang datang ke meja masa tengah makan tu, tak bestlah pulak..aku lagi suka kalau orang duduk senyap senyap kat tepi jalan, jual barang or mintak sedekah. aku datang, aku bagi duit, aku datang, aku beli..

    ReplyDelete