Friday, December 23, 2011

dhia

cerita dhia kat tv3 pukul 7 setiap isnin hingga khamis dan jadi rutin harian aku. aku jarang tengok drama sambung-sambung excited bagai macam ni. sejak dua menjak ni hebat pulak mengikut sebab aku tengok dari awal. masa cerita tiz zakiah dulu pun aku ikut juga cerita tu. tapi ending tak sempat tengok..huhu..

selalu aku tengok sorang-sorang lah sebab azmi balik lambat. kalau dia ada kat rumah pun, dia rela main game kat henfon sebab dia tak boleh tengok watak ako mustafa nama azmi kena aniaya. tambah pulak, dok asyik sebut azmi azmi azmi, berdesing telinga dia. jadi aku tengok sorang sorang.

lepas tu, semalam tengok lagi. tapi tak sempat tengok awal-awal sebab terleka tengok laverage. apedaa..tiba-tiba dah 5 tahun kemudian. tiba-tiba mak dia dah tak kena kacau dek hantu raya. tiba-tiba dhia ngan zikir dah duduk rumah sendiri. tiba-tiba si zety dah pergi uk, dah balik dah pun. apa ni? aku terlepas cerita tu 10 minit je kot? adoi..

part yang buat aku macam ingat sangat tu, part dhia tak boleh mengandung lagi. dah 5 tahun still tak mengandung. mak mentua asyik call sampai 3 kali seminggu semata-mata nak tanya dhia tu dah mengandung ke belum?

bila balik kampung, tiba-tiba si nenek tengking, kau ni boleh mengandung ke tidak?! kenapa sampai sekarang kau tak mengandung lagi?!  terkebil-kebil si dhia tak tau nak cakap apa..sampai zikir kata kalau macam nilah, abang sanggup tak balik kampung jumpa mak dan nenek sampai bila-bila, kata zikir. waah baiknye zikir.. *mata bersinar*

dalam hati aku pulak rasa macam nak pukul mak dengan nenek dia tu aku tak tau la orang macam ni wujud lagi ke tak, tapi entahlah, dia marah dhia dalam tv, aku pulak yang terasa...

terasa ke?

elok-elok semalam pulak first day cycle, silaplah cerita dhia tayang scene tu. mulalah jiwa kacau. tambah pulak orang herdik kau macam tu. ewah, macam aku pulak dhia kan..tapi tak pe. yang penting hati kena kental. tapi kental-kental pun hati tetap kiut jugak. kadang-kadang tumpah jugak ayaq mata jatuh atas milo suam. masin milo aku sat.

tapi takpe la..aku bukan fikir sangat pun hal ni. dah lebih setahun kami kahwin, jadi dah tiba masanya untuk 'seek a professional advice' kot. haha, wish us luck..

* dalam kepala dok harap cepatlah citer dhia ni habis. bagi ending teruk-teruk sikit kat mak dia tu. jahat gile!!!*emo*

4 comments:

  1. ajue... jgnla sedih... banyak bersabar ya. syukur family ko n azmi x mcm family si dhia hehe. =) remember, if u need to 'talk' bout this matter... u have me... aku blh share some tips n info. sbb dulu aku pun pnh seek professional advice =)

    ReplyDelete
  2. awwww. dina. thanks a lot.. thats why la.. but people still asking even it is not harsh kind of way. :) huhu...

    ReplyDelete
  3. people are MEAN... they will never stop asking because they are BUSYBODIES hehe. dulu masa aku pregnantkan Aydan pun ada je yg buat statement... "Eh, dah setahun lebih kawin baru mengandung ya" or "Oh, lambat jugak awak mengandung eh lepas kahwin". Aku senyum je... kalau Ajai dia lebih laser menjawab hehe. pedulikkan org2 yg bertanya... =) yg penting ko ans Azmi happy, why shud they care kan kan kan?

    ReplyDelete
  4. tula,buat tak tahu je dengan diorang. tu je penyelesaian agaknya kot.. huhuu..

    ReplyDelete