Wednesday, November 23, 2011

to cameron highland

2 minggu lepas, memaksa diri dan azmi untuk pergi bercuti. kami mesti pergi bercuti, kalau tidak kami stress! haha. plus, its an oooooooooveeerdue honeymoon gate away. jadi decide nak pergi cameron highlands. lama sangat nak pergi. rindu sangat nak rasa suasana sejuk, rindu sangat bau bunga ros!

bila sampai kami pergi cari hotel dan terus check in. kami singgah kea farm untuk makan tengahari. kami pergi bharat tea plantation dan minum teh o lemon madu dan teh coklat. kami pergi pasar malam dan beli 2 kotak strawberry dan nasi ayam. malam kami tidur di hotel dan rasa best sebab sejuk semulajadi. :)

pagi besoknya kami bangun awal sangat, pergi kea farm dan breakfast di kedai klasik di tengah-tengah pasar bunga dan sayur. kami makan nasi goreng yang lazat bersama telur dan sambal. kami minum milo panas
sambil lihat gelagat orang dan menikmati suasana kedai lama.




kami beli sayur rm10 untuk 10 paket. kami beli sejambak bunga ros warna kuning kerana pekerja cina kata ros kuning paling wangi antara semua. dapat percuma bunga kecil-kecil warna ungu. kami beli juga buah limau besar-besar, kami tambah lagi beli strawberry sebab azmi sangat suka makan sampai habis berkotak-kotak. tak lupa, lollypop kecil untuk wedding adik nanti.

kami pergi taman rama-rama yang entrance fee nya hanya rm3 sahaja. rama-rama jugabanyak tak terhingga, bunga-bunga juga cantik. rama-rama selamba hinggap atas kepala.

kami pergi boh tea plantation pula, jalan sangat halus, berselisih dengan bas, van dan kereta. perjalanan sangat ngeri. tapi berbaloi! kami duduk lama-lama lihat pemandangan indah dan sejuk. kami minum teh lagi dan makan sandwich. kami pergi melawat kilang buat teh.

setelah agak petang, kami pergi taman ros. ros sangat banyak! ros sangat wangi! jalan-jalan sampai penat, lepas tu kami pun balik...

kami pun gembira.. :)

sekian terima kasih..

3 comments:

  1. tiba-tiba aku teringin plak nak gi after tgk gambar2 ko ni. jom pergi lagi skali?!!

    ReplyDelete
  2. shima: silalah pergi. memang menarik

    ina: marilah! aku pun tengah berkira-kira nak ajak korangs semua berpercutian sebegini, asyik pergi pantai dan snorkeling saje...ngeh ngeh ngeh...

    ReplyDelete