Friday, November 4, 2011

jumaat

jumaat adalah penghulu hari. jumaat juga berkait rapat dengan wordings baru yang terkenal sekarang ni, TGIF. Thank God Its Friday - jumaat paling dinanti-nanti sebab besok cuti. yey!

jadi kenapa dengan jumaat hari ni? aku jumpa ex sv aku di putrajaya hari ni. dengan ta semena-mena termasuk sekali menyertai prof membentangkan kertas kerja. aku kagum di situ. harapan aku moga prof dapat geran tu untuk projek masa hadapan. dan harapan aku juga prof tak rasa aku menyibuk dalam meeting room tu (prof juga yang ajak aku masuk).

jadi prof pun dah kata, aku sayang sangat dengan suami aku. sampai tak nak buat phd bawah dia. tapi bagus juga, kata prof. dia faham, syurga kan letaknya bawah kaki suami. acewah!

so, sekarang dah tak rasa serba salah sangat dah. aku boleh buat kerja dengan tenang di sini. macam-macam dah drama jiwa minggu ini. marilah tumpukan perhatian pada mana yang ada di depan mata.

oh ya, selamat hari raya aidiladha. besok aku nak balik batu pahat. :)

2 comments:

  1. babe, seems like forever tak jumpa. and looks like many things have been going on while I'm away? hehe. anyway, glad that you have made your decision :D

    and selamat hari raya aidiladha to you too. (aku sangat malas untuk mengupdate blog aku, tak tau kenapa...)

    ReplyDelete
  2. azrina! that's why. sangat teringin jumpa kau! huhu...jom, pick a weekend..:)

    ReplyDelete