Tuesday, October 11, 2011

suka

boleh bagi tau sini, siapa yang suka kerja masing-masing? boleh bagi tau sini, kerja mana yang tak stress ye? sila beritahu pada aku supaya aku boleh apply sana.

honestly speaking,

aku bukan tidak suka akan kerja aku sekarang. aku menyambung positive hati untuk terus melakukan penyelidikan yang bagi aku orang lain pun boleh lakukannya. aku tak perlu untuk membebankan diri memikirkan hal nak merawat penyakit dengan meng'attack' bahagian macromolekul dengan menukar atau mengenalpasti struktur sehingga peringkat gene.

pening?

memang pening. infact, terus terang aku katakan di sini, ini bukan aku. duuh! 5 years later, baru nak beritahu di sini yang research is not your life?

that's not it. penat, maybe. sangat penat untuk menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran 'superior' dan sangat penat untuk terus meng'hamba'kan diri kepada perkara yang well, orang lain boleh lakukannya. ala, macam fardu kifayah. tak semestinya semua perkara kita kena belajar dan praktikkan. ada orang-orang tertentu yang akan lakukan semua tu, supaya kita pula insyaAllah boleh meakukan pekerjaan lain bagi kemudahan orang lain pula.

kembali kepada aku yang pening ni. mungkin persekitaran tidak kondusif. atau gaji tidak lumayan. banyak faktor yang menyebabkan aku rasa macam loser. orang sains sahaja yang tahu bahawa sains itu susah dan hidup miskin. orang sains sahaja tahu tentang karenah birokrasi dunia sains. orang sains sahaja tahu yang betapa rendahnya bayaran untuk ilmu sains yang 'konon tak seberapa ini'.

kami kuis-kuis cari duit demi memampukan diri untuk bayar duit kereta. ooh tertindaskah kami? taklah. mungkin bergantung pada usaha. boleh buat part time jika mahu tambah pendapatan. orang sains selalunya 'pandai' kot. boleh ajar biology. atau chemistry. atau fizik.

subjek tu yang ditekankan di sekolah aliran sains. tell me, nak jadi engineer membina bangunan pencakar langit perlu belajar biology ke? harus kata pada budak sekolah; sila tanam cita cita anda untuk jadi engineer. atau technician. sekurang-kurangnya, tak perlu terseksa untuk bermandiri.

oh well, there's too much stress with too little paycheck figure. tu yang jadi meroyan tak tentu fasal. please forgive.

8 comments:

  1. aku fikir benda yang sama dengan kau. Research is not my passion, kerja sekadar nak bayar hutang je....

    ReplyDelete
  2. fasyha jom jadi kerani! *kepala still pening*

    ReplyDelete
  3. ajue..ak pon rase kite yang dok bidang biologi or so called sc ni mmg merangkak2 nak idup senang..gaji xlumayan keje macam orang giler..huh..kenapela ak xjadi engineer dulu...

    ReplyDelete
  4. aku dah train anak aku jadi engineer boleh? :D

    setuju sgt dgn ko weh! jadi keraNI or technician lg kayo...huhuhu

    bidang sc x bwk kita kemana2 kat msia nih..birokrasi!

    ReplyDelete
  5. wah seronok aku ada orang yang menyokong aku ni. orang yang terasa je terasa. science in malaysia ni tak bawa ke mana. sekarnag semua orang nak engineer. even doctors pun kerja teruk gaji ciput jugak.

    *zaman sekarang belajar tak pandai pun tak pe.. :(

    ReplyDelete
  6. betul tu zura!

    buat bisnes jom!

    ReplyDelete
  7. engineer pon ciput jugak (T__T)
    *hantuk pala kuat2*

    ReplyDelete
  8. buruj: is thinking hardly nak buat bisnes ape...

    JD: engineer is much better JD. serius!

    ReplyDelete