Monday, September 19, 2011

menyimpan

this month bulan sesak sikit. Alhamdulillah rezeki tak putus untuk terus menyumbang mana yang patut, membantu mana yang patut, membelanjakan mana yang patut. semoga perbelanjaan aku membawa kepada kebaikan dan niat aku tidak lah terpesong hendaknya.

tapi ada sedikit terkilan, sebab tidak dapat menyimpan untuk bulan ini (dan sebenarnya untuk bulan-bulan yang lalu juga). sebabnya lagi, bulan ini adalah bulan untuk renew road tax. Ya Allah, kalau kena part renew road tax, haruslah terfikir pasal nak bayar insuran kereta sekali. seksanya Ya Allah bila fikirkan nak membayarnya tu. last year sesak jugak sebab masa tu dah nak kahwin jadi belanja banyak. this year pun lebih kurang juga sebab dah mula beraya di dua tempat, belanja boleh kata banyak lah juga.

nasib baik kereta adalah kancil. jadi tak berapa nak banyak. but still..

tak apalah, semoga rezeki bulan ini tak putus lagi. dan bulan bulan yang berikutnya. kalau nak ikutkan harta dunia, memang tak cukup sampai bila-bila..hehe

bersabarlah - lepas habis bayar insuran roadtax semua, boleh joget  lambak solat sujud syukur.. :)

No comments:

Post a Comment