Thursday, September 8, 2011

kosong

aku sudah mula ada semangat diri. harapan semoga hati ini cekal secekal-cekalnya! besok tengoklah apa kata beliau. duduk di sini rasa macam buangan. tapi itu cuma rasa. dulu duduk bertahun-tahun di johor, awal-awal rasa macam  ni juga.

tempat baru memang tak best lah. mungkin awal-awal saja kot.

aku mula teringat balik, dulu pun belajar benda baru, sekarang pun belajar benda baru. boleh jugak survive. tapi takut masih ada. biasalah manusia, kalau tak takut, bukan manusia. masa depan bukan boleh dijangka. potensi diri pun tak berapa nak tahu ada atau tidak. jadi masa inilah nak mengekspreskan segala potensi diri yang ada. bukan senang nak menghadapi dunia baru. dunia yang serba baru. tapi bersyukur juga sebab orang tak akan expect tinggi. bukan tak bagus, bagus sebenarnya kalau orang expect tinggi, tapi kalau kita tak dapat nak menyampaikan dengan baik dan tak mencapai apa yang dimahukan macam mana ya? haruslah ada satu perasaan lain macam di situ.

jadi tabahlah. ada rezeki di masa hadapan. pilihan telah dibuat. kalau mengundur diri, diri-sendiri terdidik pula dengan mentaliti buat kerja separuh jalan. di masa hadapan, pilihan tetap ada untuk dibuat.

just be wise.

selamat.

No comments:

Post a Comment