Tuesday, September 27, 2011

konvo

antara hari hari gembira dalam hidup selalunya adalah hari hari lahir sendiri (jika disambut setiap tahun dan dapat hadiah hebat), hari naik pangkat, hari dapat gaji untuk setiap bulan (tapi ini biasa sebab berlaku setiap bulan), hari perkahwinan dan hari konvo.

orang kata kahwin hanya sekali..

konvokesyen untuk diri sendiri juga tak kurang sekalinye (kalau ambil degree dan terus dapat kerja hebat - orang kata there's no turning back -serik nak belajar, lagi best kerja). tapi macam kes aku, aku meredahnya sebanyak 2 kali..

orang kata lagi, kalau konvo pertama kali, memang excited habis! yelah, ijazah sudah berada di tangan. lepas ni aku sudah dewasa! boleh bekerja dengan gaji melebihi 2K! it is official! yahooo! first degree memang best. walau tak kerja lagi (dulu) tapi seriously best. dia macam erm..-macam best yang tak dapat diungkap dengan kata-kata...

konvo untuk kedua kali macam mana?

untuk kedua kali bagi aku juga best. mungkin sebab pelajar master and phd dapat ambil skrol pada hari pertama, sambutan lebih meriah (di dalam dewan). tambahan pula, canselor sendiri yang memberi anugerah.  ada belon jatuh dari atas, dan buih-buih berterbangan setelah selesai majlis.

tak lupa juga perut lapar dan kematu punggung kerana majlis dijalankan terlalu lama. tapi sebab dah dapat ijazah kedua tertinggi di tangan, maka tak apa. seperti biasa, yes, it's official. i have master in hand!

majlis habis, pergi makan, tangkap gambar sikit dan terus pulang. tiada gambar studio, hanya bergambar dengan kamini and family, dan tak sapai pukul 2 sudah bergerak pulang. besoknya terus pulang jubah dan ambil transkrip berserta sijil yang sangat berharga.

tapi seperti kata aku sebelum ni, gambar menunjukkan kami semua gembira.




seperti segala penat lelah dah berbayar. sekarang ini, hanya bergantung pada diri sendiri untuk meneruskan perjuangan ini atau tidak, sebab perjalan sudah sampai separuh jalan. untuk masa depan yang lebih cerah, perjuangan perlu diteruskan..

*gambar semua diambil dari facebook. malas gila nak upload gambar lain..muahahahah!

2 comments:

  1. Congrates zura!

    Tapi kenape kamini tak roger bila dah keluar dewan, me n Husna dah standby nak jumpe korang.huhu

    ReplyDelete
  2. yekee, fasyha? ala sayangnyee kalau tak boleh tangkap gmbar ngan budak kecik ngan mak budak kecik..phone kamini ngan gab. gab hilang, semua orang hilang..! gila disaster after keluar dewan tu fashya...hehehe

    ReplyDelete