Wednesday, September 28, 2011

food @ johore

cerita cuti di johor tak habis lagi tau..tehee..

antara perkara yang paling best di johore is the food. belajar cari makanan sedap adalah dari kawan lama-lama dulu, oli and arbainah, merangkap orang johor. haruslah mereka tahu tempat makan best..

but this time, mencari tempat makan best di johore telah diserahkan kepada adik yang sedia bermustautin di sini. mula-mula kami pergi makan mi udang johor yang terdapat di jalan paling hujung laluan pasir gudang highway mengarah ke laut...!mi udang tanjung langsat kot nama diberi. tidaklah pasti hendaknya. tapi bila lihat mi bandung udang macam gini, rasa sedapnya! tempat adalah sangat terpencil di ceruk kampung berdekatan dengan kilang technip tu. :) tapi according to abah, mi bandung udang dekat pulau sabak sedap lagi. i tak pernah pergi pulau sabak, tapi mi udang sini memang sedap sampai menjilat jari woh!

dari sini boleh nampak jambatan highway senai-desaru yang baru siap tu. 

mi bandung udang marvelous!

dan malamnya kami pi pekena makanan laut pulak. kira jalan-jalan makan di hujung johore lah ni. next stop was kampung pasir puteh, di mana last time aku pergi dengan adik aku, kepah celup tepung memang sedap sampai termimpi-mimpi..jadi malam itu makan sampai kenyang dan memang sedap. aku tersangatlah sukanya. tapi kalau ada otak-otak lagi terangkat beb! malangnya peniaga otak-otak cuti raya pulak. ceh..

kampung pasir puteh seafood

and the fooooooood!

komen mak pulak, senibung seafood lagi sedap. tapi aku rasa masakan kat sini macam pure kampung punye. jadi sedapnya lain sikit. dan tempat pun kecik aje. sedap, puas hati dan memang harga berpatutan.

jadi rakan-rakan, kalau datang johor, pi la rajin-rajin kan diri cari tempat makan best. risik-risik orang johor kalau boleh. hehe..

selamat makan ya'll!

2 comments:

  1. aku orang johor, tapi tak tau pun tempat ni.huhu

    ReplyDelete
  2. ape lagi fashya. pergi explore jalan-jalan cari makan johor..

    ReplyDelete