Tuesday, September 13, 2011

cerita tak publish

salam all.

sudah lama aku tidak bersiaran. kebanyakan apa yang aku tulis, semuanya tak menjadi. jadi tinggal saje dalam unpublished posts. lepas tu bila tengok balik aaaah, tak payah lah nak cerita-ceriti pasal benda remeh. jadi deletekan aje. plus, ayat tak sedap, aku baca rasa tak best rasa macam nak shut down komputer.

hujung minggu bulan raya ini, ada macam macam perancangan. last saturday, pergi rumah colleague lama merangkap colleague baru, ika. sempat tangkap gambar dengan jejaka pujaan hati, adeeb.

abang hensem dengan Ya Allah dagu berlapis mengalahkan abang hensem! :P

kebetulan pulak, pada hari yang sama, sima dari johor datang. aku pun bersiap-siaplah BELI laksa sebab aku tahu, ini adalah kunjungan mega mereka (mega means ramai here). tak bolehlah aku nak menjamu mereka 2 jenis kueh raya je kan.. nasib baik ada makcik jual laksa sedap di hujung jalan itu.

dan terpaksa menangguhkan hasrat nak pulang ke rumah awal sikit pada sabtu hari tu. jadi hari nak malam baru pulang. besoknya, menerima kunjungan dari bakal keluarga mentua belah adik aku, petang sikit pak cik dari bukit jalil datang, petang lagi menemani adik dan mak membeli barang hantaran. malam pula menerima kunjungan dari kawan adik aku. so tidaklah melibatkan aku sangat. tapi still kena menanti di rumah lah juga. so this weekend, akan ada juga perancangan terperinci perlu dibuat. aku nak pi beraya pulak. cakap pasai nak pi beraya, aku terlupa nak msg ina..

and next weekend aku akan convo! yey! yey! jadi, bye bangi dont miss me much okay. i nak lepas rindu di johor. plus, nak pergi dating dengan mr hubby untuk melawat kembali tempat-tempat dating terbaik musim dahulu. oooh memory, how i miss you! and another weekend will be my brother's e-day..

okay, nampak macam jadual pack macam menteri. tapi tak pun sebenarnya. anyway, selamat hari raya to you all yang masih beraya. sila puasa enam jika mampu untuk mendapat fadhilat berpuasa sepanjang tahun. rugi tau kalau tak buat. as for me, sedang berusaha..! (chaiyok chaiyok!)

until next time.

bye~!

2 comments:

  1. adek itu sangat comel sekali. boleh saya kidnap? mengapakah ko sangat busy? kene pergi tengok anak dina jugak this weekend sebab next week aku pergi field work lagi. convo ko aku di sabah~ huhu. nanti sms aku~

    ReplyDelete
  2. adik itu anak orang. mahu kidnap kene mintak kebenaran ibunya dahulu..aku dah sms kau. sila lihat phone..

    ReplyDelete