Friday, September 30, 2011

timeline.

4 years ago...

MEng. Bioprocess Engineering. utm. 2007.
BEng. Electrical Engineering. utm. 2007.
now..
UTM. 2011.
ps: semua pakai tudung kaler same. muahahahah!
pss: yang last tu je jubah sendiri, yang lain semua jubah orang.
psss: sorry, to much of convo stories. besok cerita lain pulak, okay!

Thursday, September 29, 2011

kaki jeans panjang?

kalau sudah ditakdirkan pendek dan besar punggung (macam aku) haruslah ada masalah jika hendak membeli jeans yang suai padan dengan kaki. kalau saiz seluar berkadaran terus dengan tinggi tak pelah juagk kan. namun, kalau jeans terlalu panjang macam mana? kalau alter hujung kaki, habislah corak unik yang kat hujung kaki tu? jadi di sini saya ingin memberi satu tips yang saya belajar dari just something i made, its clever!!!!!!


terjah cara genius ini di situ ye!

memories that we should laugh at.

even though my master has already passed with flying colours (flying colourslah sangat kan..) the memories of doing it still remains in my head. it was fun. especially when i read back phdcomics. com. yup, its the site again. i think i've already wrote about it here months ago.

after i saw this one, i lough out loud!



it triggers my memory where my supervisor treated me exactly like this. what i usually did was;

"prof, saya nak hantar minggu depan kalau tak, saya tak grad."

one thing about my sv is that, he's very concern about his student - to grad as soon as possible. that is definitely the positive part of him. and also, he's kind of a straight face guy who has lots of wild idea and sometimes you have no idea what is he talking about -i think maybe because it was to scientific for me to understand. heh.

so students, one tip from me, kalau nak sambung belajar, make sure you know your supervisor first. and usually, kalau student itu bagus, maka lamalah supervisor itu akan hold student tersebut so that he/she can do more labwork, and get more result and published more papers. sv juga yang akan dapat nama - and pangkat - and money.. this is true, but sesetengah sajelah. tapi ada juga yang baik, ada yang buat tak peduli, ada yang malas nak layan dan susah nak jumpa (or busy). as for my sv, he's sweet. and the best sv i've ever had. memang i sayang dialah! and he helps me a lot (during thicks and thins) until now.

ps: am getting to know my current sv. nervous.

Wednesday, September 28, 2011

food @ johore

cerita cuti di johor tak habis lagi tau..tehee..

antara perkara yang paling best di johore is the food. belajar cari makanan sedap adalah dari kawan lama-lama dulu, oli and arbainah, merangkap orang johor. haruslah mereka tahu tempat makan best..

but this time, mencari tempat makan best di johore telah diserahkan kepada adik yang sedia bermustautin di sini. mula-mula kami pergi makan mi udang johor yang terdapat di jalan paling hujung laluan pasir gudang highway mengarah ke laut...!mi udang tanjung langsat kot nama diberi. tidaklah pasti hendaknya. tapi bila lihat mi bandung udang macam gini, rasa sedapnya! tempat adalah sangat terpencil di ceruk kampung berdekatan dengan kilang technip tu. :) tapi according to abah, mi bandung udang dekat pulau sabak sedap lagi. i tak pernah pergi pulau sabak, tapi mi udang sini memang sedap sampai menjilat jari woh!

dari sini boleh nampak jambatan highway senai-desaru yang baru siap tu. 

mi bandung udang marvelous!

dan malamnya kami pi pekena makanan laut pulak. kira jalan-jalan makan di hujung johore lah ni. next stop was kampung pasir puteh, di mana last time aku pergi dengan adik aku, kepah celup tepung memang sedap sampai termimpi-mimpi..jadi malam itu makan sampai kenyang dan memang sedap. aku tersangatlah sukanya. tapi kalau ada otak-otak lagi terangkat beb! malangnya peniaga otak-otak cuti raya pulak. ceh..

kampung pasir puteh seafood

and the fooooooood!

komen mak pulak, senibung seafood lagi sedap. tapi aku rasa masakan kat sini macam pure kampung punye. jadi sedapnya lain sikit. dan tempat pun kecik aje. sedap, puas hati dan memang harga berpatutan.

jadi rakan-rakan, kalau datang johor, pi la rajin-rajin kan diri cari tempat makan best. risik-risik orang johor kalau boleh. hehe..

selamat makan ya'll!

reunion


it was like a reunion. thanks girls sebab datang beraya di rumah dan rasa i memasak nasi ayam for the first time evah! tanpa bantuan emak tahu...well, walaupun MUNGKIN tak berapa nak sedap, at least it was my 'air tangan'. tapi according to these girls nasi ayam macam marvelous. uish, kembang hidung makcik..

macam-macam cerita bertukar tangan. especially tips-tips kesihatan. meet lissa the dietitian, lin the doctor, syam the optometrist, and joe the 'timbalan pengarah jkr'. hehe. and kak su the scientist is my officemate merangkap labmate dulu dan kini. 

thanks again for coming. walaupun sekejap, tapi bermakna tau! love you girls. nanti kita reunite kembali. 

smile and hugs :)

Tuesday, September 27, 2011

konvo

antara hari hari gembira dalam hidup selalunya adalah hari hari lahir sendiri (jika disambut setiap tahun dan dapat hadiah hebat), hari naik pangkat, hari dapat gaji untuk setiap bulan (tapi ini biasa sebab berlaku setiap bulan), hari perkahwinan dan hari konvo.

orang kata kahwin hanya sekali..

konvokesyen untuk diri sendiri juga tak kurang sekalinye (kalau ambil degree dan terus dapat kerja hebat - orang kata there's no turning back -serik nak belajar, lagi best kerja). tapi macam kes aku, aku meredahnya sebanyak 2 kali..

orang kata lagi, kalau konvo pertama kali, memang excited habis! yelah, ijazah sudah berada di tangan. lepas ni aku sudah dewasa! boleh bekerja dengan gaji melebihi 2K! it is official! yahooo! first degree memang best. walau tak kerja lagi (dulu) tapi seriously best. dia macam erm..-macam best yang tak dapat diungkap dengan kata-kata...

konvo untuk kedua kali macam mana?

untuk kedua kali bagi aku juga best. mungkin sebab pelajar master and phd dapat ambil skrol pada hari pertama, sambutan lebih meriah (di dalam dewan). tambahan pula, canselor sendiri yang memberi anugerah.  ada belon jatuh dari atas, dan buih-buih berterbangan setelah selesai majlis.

tak lupa juga perut lapar dan kematu punggung kerana majlis dijalankan terlalu lama. tapi sebab dah dapat ijazah kedua tertinggi di tangan, maka tak apa. seperti biasa, yes, it's official. i have master in hand!

majlis habis, pergi makan, tangkap gambar sikit dan terus pulang. tiada gambar studio, hanya bergambar dengan kamini and family, dan tak sapai pukul 2 sudah bergerak pulang. besoknya terus pulang jubah dan ambil transkrip berserta sijil yang sangat berharga.

tapi seperti kata aku sebelum ni, gambar menunjukkan kami semua gembira.




seperti segala penat lelah dah berbayar. sekarang ini, hanya bergantung pada diri sendiri untuk meneruskan perjuangan ini atau tidak, sebab perjalan sudah sampai separuh jalan. untuk masa depan yang lebih cerah, perjuangan perlu diteruskan..

*gambar semua diambil dari facebook. malas gila nak upload gambar lain..muahahahah!

Monday, September 26, 2011

satu


gambar hanya ada tiga. ini adalah salah satu. nanti upload lagi dan nak cerita hal-hal gembira di jaybee.. tungu ek.. :)

Saturday, September 24, 2011

happy moment

selalu dengar cerita depres dan sedih kan? sorite now, i nak story mory cerita gembira pulak. mari mula dari semalam-semalam..

oh wait. gambar tak ada lagi so tunggu lah..

but briefly, konvo sangat best even gambar sikit (maybe because aku rasa muka aku okay dalam gambar dan tak nampak tua dan tak nampak GEMUK SANGAT  nampak macam sangat happy even though saangat penat, and all the pictures worth 10 thousand words (kire sendiri).

and this time camwhore gila dalam dewan, ambil scroll dari sultanah yang sangat cantik dan sopan dan oh sukanya saya, ada belon jatuh from top of the dewan, belon-belon..walau penat dan lapar, still gembira...

nanti update lagi..

~from pasir gudang with love~

Thursday, September 22, 2011

bengang

these few days memang bengang betul. plus i got boring work to do; read and write. my husband keep on asking me, how do i do that? i mean the journal reading thing. memang boring macam nak bunuh diri.

plus, aircond di office adalah super sejuk. bila memikirkan nak pergi office, terus tak bersemangat. oh please, sampai bila nak menghadapi semua ni? sampai buat lab lari-lari sana sini ke? i prefer to read and write at home. at least otak tak beku.

oh and i need to submit this proposal this week sepatutnya. but friday i will not be around. so tomorrow akan gerak ke johore. but because of my dear husband boleh pulak ingat kita ni nak gerak ke jb TONIGHT, boleh pulak dia mintak cuti besok. so 2 days cuti. haish, nak tinggal laki sorang-sorang kang nangis kesunyian pulak. so we decided to start our journey around tengahari. i;m half day off tomorrow. bukannya ada sesiapa nak cari i pun.

and this coming convo of mine, sungguh tak bersemangat. dengan last minute decision kata tak jadi duduk rumah sewa adik, menggelabah aku cari homestay kat area jaybee. depress gila. mana ada available homestay dah dalam masa 2-3 hari ni? so maybe we will find a hotel room for me and my parents to stay in. aku pun tak tau lah berapa rate nya. but because of small budget, maybe we just stay for one night only. hope to have seafood gala that saturday night. rindu gila seafood johore.

and i hope that this convo is nice. i mean i'm not so excited about it because 1. aku takkan naik tangga gaji pun. gaji pun still tahap degree holder without experience. and 2. hopefully to get a better 'permanent' job after graduate. tapi tak adalah hendaknya. macam ni juga. rite now, i think positively. anggap saje rezeki aku lambat. maybe one day, i will be thankful of what i'm dealing with right now. hmmm..

so bye folks. see you around.. :)

Monday, September 19, 2011

menyimpan

this month bulan sesak sikit. Alhamdulillah rezeki tak putus untuk terus menyumbang mana yang patut, membantu mana yang patut, membelanjakan mana yang patut. semoga perbelanjaan aku membawa kepada kebaikan dan niat aku tidak lah terpesong hendaknya.

tapi ada sedikit terkilan, sebab tidak dapat menyimpan untuk bulan ini (dan sebenarnya untuk bulan-bulan yang lalu juga). sebabnya lagi, bulan ini adalah bulan untuk renew road tax. Ya Allah, kalau kena part renew road tax, haruslah terfikir pasal nak bayar insuran kereta sekali. seksanya Ya Allah bila fikirkan nak membayarnya tu. last year sesak jugak sebab masa tu dah nak kahwin jadi belanja banyak. this year pun lebih kurang juga sebab dah mula beraya di dua tempat, belanja boleh kata banyak lah juga.

nasib baik kereta adalah kancil. jadi tak berapa nak banyak. but still..

tak apalah, semoga rezeki bulan ini tak putus lagi. dan bulan bulan yang berikutnya. kalau nak ikutkan harta dunia, memang tak cukup sampai bila-bila..hehe

bersabarlah - lepas habis bayar insuran roadtax semua, boleh joget  lambak solat sujud syukur.. :)

Sunday, September 18, 2011

tahun ini tahun ukhwah

yes, tahun ini walaupun tak banyak pergi beraya, just pergi melawat dina and baby aydan yang supercute tu alhamdulillah kunjungan dari rakan-rakan ke rumah sangatlah dihargai. sangatlah happynya mungkin sebab ini kali pertama aku menyambut raya as husband and wife. kebanyakan wife nye punya kawanlah. husband punya kawan tak datang melawat sebab husband pun outstation terus dari balik cuti raya hari tu sampai hari ni. hu..

thanks, shima and family, kamini and gab, joe and lin and syam and leesa, kak su, ika and family sebab datang melawat i dan merapatkan ukhuwah sesama insan. thanks to ina sebab melawat teratak abah mak aku masa aku kat kepong hehe.

tahun depan insyaAllah, aku akan jalan raya-raya ke rumah kamu semua ye.. :)

Saturday, September 17, 2011

what the fish?

..................................

Thursday, September 15, 2011

habiskan

ah punyelah malas nak siapkan kerja. sejak jadi penganggur tegar ni, memang hebat gila habiskan masa terluang. sampai berjangkit walaupun sekarang dah naik pangkat tak jadi penganggur sangat dah.

anyway, office sejuk gila.

dan sekarang masih tulis paper. itu kerja sejati aku sekarang. infact sejak few months ago. jadi kena biasakan diri. lepas ni akan tulis paper memanjang. dpat tak dapat, lepas tak lepas tu belakang cerita. well, i lke my work now. besides having flying butterflies in my stomach every time i see my superior tak kiralah last week or years ahead, the rest is 'still' okay. masa depan belum tentu. buat research kalau berhadapan dengan stressful moment tu biasa. just be prepared.

and now i'm preparing myself reading journals and inputs regarding my so called new era. new era here means new field, new environment, new people. aku dengan dunia baru macam dah biasa kot. but still ada sikit fobia bila dulu masa pindah sekolah from kl to kelantan, makan kat dewan makan sorang-sorang for few months. sampai orang kesian pergi teman aku makan. that was a sad story, tapi momen sedih dalam kehidupan pun, itu biasa. just be positive, banyak lagi benda penting yang perlu difikir untuk masa depan. as for now, i have old friends who'll be there for me. mereka pun sama-sama bernafas dalam dunia baru.

so sila habiskan kerja anda. jangan malas-malas.

stay positive.

and selamat hari raya. :)

Tuesday, September 13, 2011

cerita tak publish

salam all.

sudah lama aku tidak bersiaran. kebanyakan apa yang aku tulis, semuanya tak menjadi. jadi tinggal saje dalam unpublished posts. lepas tu bila tengok balik aaaah, tak payah lah nak cerita-ceriti pasal benda remeh. jadi deletekan aje. plus, ayat tak sedap, aku baca rasa tak best rasa macam nak shut down komputer.

hujung minggu bulan raya ini, ada macam macam perancangan. last saturday, pergi rumah colleague lama merangkap colleague baru, ika. sempat tangkap gambar dengan jejaka pujaan hati, adeeb.

abang hensem dengan Ya Allah dagu berlapis mengalahkan abang hensem! :P

kebetulan pulak, pada hari yang sama, sima dari johor datang. aku pun bersiap-siaplah BELI laksa sebab aku tahu, ini adalah kunjungan mega mereka (mega means ramai here). tak bolehlah aku nak menjamu mereka 2 jenis kueh raya je kan.. nasib baik ada makcik jual laksa sedap di hujung jalan itu.

dan terpaksa menangguhkan hasrat nak pulang ke rumah awal sikit pada sabtu hari tu. jadi hari nak malam baru pulang. besoknya, menerima kunjungan dari bakal keluarga mentua belah adik aku, petang sikit pak cik dari bukit jalil datang, petang lagi menemani adik dan mak membeli barang hantaran. malam pula menerima kunjungan dari kawan adik aku. so tidaklah melibatkan aku sangat. tapi still kena menanti di rumah lah juga. so this weekend, akan ada juga perancangan terperinci perlu dibuat. aku nak pi beraya pulak. cakap pasai nak pi beraya, aku terlupa nak msg ina..

and next weekend aku akan convo! yey! yey! jadi, bye bangi dont miss me much okay. i nak lepas rindu di johor. plus, nak pergi dating dengan mr hubby untuk melawat kembali tempat-tempat dating terbaik musim dahulu. oooh memory, how i miss you! and another weekend will be my brother's e-day..

okay, nampak macam jadual pack macam menteri. tapi tak pun sebenarnya. anyway, selamat hari raya to you all yang masih beraya. sila puasa enam jika mampu untuk mendapat fadhilat berpuasa sepanjang tahun. rugi tau kalau tak buat. as for me, sedang berusaha..! (chaiyok chaiyok!)

until next time.

bye~!

Saturday, September 10, 2011

blur

sejak kebelakangan ni, otak macam weng sikitlah. kenapa ya? adakah sebab supply kaffein secara mengejut-mengejut, atau banyak fikir sampa ramabut gugur di merata tempat?

terlalu banyak berfikir mungkin.

berfikir tentang masa depan yang tak pasti (lagi).

sejak kebelakangan ini sangat susah untuk buat kesimpulan dan keputusan. walau perkara yang apling simple sekalipun. seperti contoh, warna apa yang sesuai untuk carpet rumah? hijau atau kelabu asap? hijau? kelabu asap? hijau? kelabu asap? hijau menghijau indah saujana mata memandang? kelabu asap, kontemporari, down to erath, earthy? aaaaargh!!

tu baru carpet.

mungkin sesuatu telah berlaku pada aku yang aku tidak tahu jadi harus buat keputusan dengan sebaik-baiknya dan berfikir dengan dalam.

sedalam-dalamnya seperti hidup mati.

ni tengah berfikir nak balik rumah ke tak nak ni? nak balik tak nak balik? balik ikut adik? balik sendiri? teman ibu dan bapa? malas memandu? laksa berbaki di rumah? jemput orang datang? tapau dan chow? aaaaaaaaaaaaarghh!

Thursday, September 8, 2011

kosong

aku sudah mula ada semangat diri. harapan semoga hati ini cekal secekal-cekalnya! besok tengoklah apa kata beliau. duduk di sini rasa macam buangan. tapi itu cuma rasa. dulu duduk bertahun-tahun di johor, awal-awal rasa macam  ni juga.

tempat baru memang tak best lah. mungkin awal-awal saja kot.

aku mula teringat balik, dulu pun belajar benda baru, sekarang pun belajar benda baru. boleh jugak survive. tapi takut masih ada. biasalah manusia, kalau tak takut, bukan manusia. masa depan bukan boleh dijangka. potensi diri pun tak berapa nak tahu ada atau tidak. jadi masa inilah nak mengekspreskan segala potensi diri yang ada. bukan senang nak menghadapi dunia baru. dunia yang serba baru. tapi bersyukur juga sebab orang tak akan expect tinggi. bukan tak bagus, bagus sebenarnya kalau orang expect tinggi, tapi kalau kita tak dapat nak menyampaikan dengan baik dan tak mencapai apa yang dimahukan macam mana ya? haruslah ada satu perasaan lain macam di situ.

jadi tabahlah. ada rezeki di masa hadapan. pilihan telah dibuat. kalau mengundur diri, diri-sendiri terdidik pula dengan mentaliti buat kerja separuh jalan. di masa hadapan, pilihan tetap ada untuk dibuat.

just be wise.

selamat.

Wednesday, September 7, 2011

nervous

rasa nervous..

kenapa entah? 

mungkin sebab i still live in possibilities...teruk tau rasa macam ni...tak tau bagaimana keadaanya di masa hadapan..orang pula menceritakan tentang pengalaman ngeri, based on true story. kalau orang bercerita mengenai pengalaman ngeri agak-agak, kita sanggup nak tempuhi tak? 

sanggup tak?

give up sangat rasa macam nak mintak kerja kerani dekat pejabat berhawa dingin. buat kira-kira dan key in data. tak kayalah, tapi kaya itu penting ke? haish. duit..duit.. buat orang susah hati betullah.

Ya Allah, tolong beri aku kekuatan? dan beri aku petunjuk sama ada keputusan aku ini berbaloi atau tidak? please...

Monday, September 5, 2011

10 months


happy 10 month bebeh. lagi 2 bulan dah setahun. sekejapnya masa berlalu. hee..

Friday, September 2, 2011

dialog

dialog pelik setiap bulan memang biasa..salah satunya;

"ni mesti tak bersedia lagi ni sebab tengok iman and naufal"

hmmmm....

1 syawal

a sneak peek of my raya day..


meet azmi the husband, me yours truly, abah, mak, mirah the sister and zam the brother. our first time celebration as a complete family after 5 years of not having zambrie around. and first time for azmi makan ketupat palas and gulai daging on first hari raya. ended up these two fella having sakit perut. apa la lu dua orang. jadilah macam perut i, perut besi..

by the way, even though i have 'perut besi' berlagak perut i lah paling kuat sekali, hidung i tidak sama sekali. every time balik kampung, hidung aku pasti mula berlari. i'm having a very bad flu, and sneeze whenever i was at home. bila keluar okay pulak. dalam kereta bersin balik sebab sejuk. air hingus meleleh-leleh tanpa henti. kleenex is always in my hand. but this year, i had one of the best solat raya ever because we all walking together to the nearby mosque (sebab sebelum ni mesti naik kereta) and we all walking with telekung dah siap sarung and saw few groups walking towards the mosque, feels like having a very true 1 syawal. sebab before this solat di surau rumah atok, beside not hearing any of the imam's khutbah and imam's takbir, the place was super pack. this time, masjid sultan abdul halim ensure that every makmum has a place to solat.

so that's a snippet of my story of 1 syawal. hope you guys have  a great syawal to!

love~