Saturday, August 27, 2011

wishing you happy eid mubarak

aku konon nak wish selamat hari raya in advance, tapi puasa ada lebih kurang 3 hari lagi jadi mungkin boleh kot nak wish you all

'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI'

maaf zahir batin.

***

sekarang aku sudah selamat berada di sungai petani kedah. sejak khamis malam lagi. bertolak around pukul 10.30 pm macam tu, singgah r&r gunung semanggol untuk tukar driver dan slow-slow drive ke kedah. sampai rumah around 3.30 am. sebelum tu singgah sahur di kedai mamak berhampiran.

perjalanan Alhamdulillah okay. sebab aku dah bising sangat untuk tidak mahu mengharung jam, azmi minta cuti jumaat tu. jadi perjalanan memang smooth. cuma adalah beberapa pemandu gila yang speed tak ingat dunia, malam kan..so today is saturday, family aku , abah, mak, adik-adik aku akan sampai besok pagi kot. sebab kena tunggu adik aku balik from johor and maybe diorang akan shopping last minute di jalan tar.

dan this year, tak pergi pun jalan tar untuk beli kain atau tudung atau baju kurung. bagi aku cukuplah sekadar bershopping di kawasan berhampiran sahaja walaupun terpaksa memendam rasa lihat tudung-tudung cantik di sana. tapi aku rasa baju di kawasan sekitar pun cantik juga. tahun ni kan disambut sederhana. :) tambahan pula aku memang tahun ni bertekad taknak bersesak-sesak, tak kiralah di jalan tar, atau di jalan raya. hehe

jadi selamat berpuasa untuk 2 hari lagi, kedah hujan sepanjang hari ni. sejuk rasa macam kat cameron highland pun ade.


2 comments:

  1. Selamat hari raya to you too~ hope you have fun beraya di kampung suami juga.... please do come to my house (ko tak pernah datang lagi kan~) after come back to kl okay?

    ReplyDelete
  2. okay ina, after this sila bagi alamat, nanti aku terjah nak rasa biskut raya buatan kau! ngehehehe...

    ReplyDelete