Wednesday, August 24, 2011

tengahari yang gelap..

hujan di luar membasah bumi, angin pula bertiup sepoi-sepoi bahasa. aku di depan komputer sedang menaip. aku nak menaip, tapi tak tahu nak menaip tentang ape. sedang cari idea.

mungkin persiapan untuk raya?

memandangkan ini adalah pertama kali aku dan husband akan sambut raya bersama-sama, jadi akan rasa kemeriahan sedikit di situ sebab ada pertambahan keluarga. tahun ini akan balik kedah dulu, barulah ke batu pahat seperti yang aku suarakan sebelum ini. baju raya sempat rembat 2 pasang (beli) bajet satu untuk same warna dengan husband, satu lagi untuk suka suka sebab aku dah target baju tu dari tahun lepas lagi. jadi mungkin, aku kata mungkin, baju itu akan di simpan di dalam gobok untuk raya tahun hadapan. aku jarang ada lebih dari 1 baju untuk raya. sebab raya aku sepanjang zaman, bile-bila aku boleh beli baju kurung (semangat raya orang dewasa macam aku memang pudar dari dulu lagi).

kasut raya adalah juga satu. tudung raya tak ada, pakai yang lama kebetulan ada warna sama dengan baju raya. beg raya juga tiada. talk about semangat hari raya. konon nak buat kuih raya pun tak ada jugak. berkemungkinan akan beli saja. haish, tak bersemangat betul kan. eh kita kan perlu berkesedihan meninggalkan ramadhan. tapi ramadhan tahun ni pun hambar jugak. mungkin sebab duduk rumah, tak ada siapa nak bercerita tentang raya melainkan dengan husband. kalau tahun lepas, dah tersedia kueh tart nenas sedap menjilat jari dari rakan office. tahun ni sebab jauh di mata dekat di hati, tak order pula. kuih-kuih lain nak order pun malas sangat. mungkin beli kat supermarket saje.

malas kan aku yang duduk rumah ni? boleh lah kutuk jika mahu.

pasal rumah pun macam itu jugaklah gayanya. kami baru hampir setahun kahwin. jadi langsir rumah pun baru tak sampai setahun nak tukar kan. over pula. jadi biar saje digantung di situ tanpa basuh. :P. sejak kebelakangan ni hujan. kalau aku basuh, entah lepas raya baru kering. baik tak payah (alasan). mungkin akan tukar susunan perabot. itu saje. hari tu pergi ikea dengan husband pun bukan beli barang tambahan mencantikkan rumah, hanya beli sudip dan periuk untuk dapur. kebetulan periuk dah layak masuk tong sampah. uish, gigihkan i memasak sampai telinga periuk boleh patah dan periuk pecah.

itu sahaja update raya untuk kali ini. sehingga bersiaran pula di lain waktu.

No comments:

Post a Comment