Tuesday, August 23, 2011

tempat jatuh lagikan dikenang

selalu tak rindu-rindu tempat lama? aku selalu. aku ni jenis yang suka mengimbau kenangan lama, suka teringat balik peristiwa best best masa dulu-dulu, macam susah nak lepaskan ingatan lama terhadap barang lama, tempat lama, haiwan lama..

tadi aku telah selamat buat urusan di u.km. satu kampus aku pusing. sebab cari tempat-tempat yang perlu aku pergi. dah rasa macam main treasure hunt. dah rasa macam bermain dengan minda, rasa macam menguji balik ingatan aku. 

bila aku dapat call dari fakulti suruh datang, aku macam terpinga-pinga kejap, terpaksa tanya, kak bilik dekan kat f.st? kat mane? Ya Allah serius lupa. almost 5 years. haruslah lupa. lagipun dulu bawa motor merah gemuk, sekarang bawa kancil warna putih. dengan motor merah gemuk, jarang sekali aku berpusing-pusing kesesatan. maklumlah, kalau salah masuk lorong, hanya kona baring saje untuk berpatah balik. 

serius aku tak tahu bilik dekan fakulti dekat bangunan kimia tu. selalu tengok sipi-sipi dari jauh je. almaklumlah, dulu undergrad, tempat tu tak penting untuk aku, bukan aku dapat anugerah dekan pun. heh. 

lepas tu kena pergi cri.m. terpaksa telefon kakak office tu lagi tanya, akak crim kat mana? haha, kena gelak terus kakak tu kata kesian. ala, dekat dengan i.bu zain, tau?

woooh! tahu!

masa undergrad dulu manalah aku tahu cri.m tu kat mane...i.bu zain aku tau la sebab kat pondok telefon masuk ke lorong kolej tu selalu ada peristiwa, err .. tak mau cerita. heh. 

jadi nak menunjukkan ingatan aku masih kuat, aku berjaya sampai tanpa sesat. ya Allah memang nostalgia gila. teringat masa zaman bercinta bila cik abang sayang selalu jengah aku di u.km lepas tu dating-dating, pergi tapak pesta konvo, parking motor kat krj. lepas tu ada orang tu merajuk sebab ape entah! haha. memori.

bila lalu dekat dewan gemilang, teringat zaman-zaman nervous ambil exam sambil stress mata lebam tahap panda tua sebab 3 hari 3 malam tak tidur nak skor punya pasal. lepas tu dewan bapaklah sejuk gila, harus bawa baju penapis sejuk supaya tak kaku nak jawab soalan. 

bila teringat balik, sepatutnya aku belajar lebih rajin. 

mungkin dulu masa undergrad, hidup biasa-biasa saje. mungkin sebab masa tu kemaruk bercinta. heh. jadi tak banyak pergi hanging out jalan sana jalan sini seperti remaja lain. kereta pun tak ada, jadi tak pernah pergi berfoya-foya dekat sungai gabai sampai sekarang T_T.

sebab naik motor, aku dengan kawan-kawan aku hanya sampai setakat bandar baru bangi je dulu. 

hehe memori. lepas ni, aku rasa kalau aku titi balik memori lama. masa tu mesti meniti sambil senyum...

4 comments:

  1. zura, dpt keje kat crim ker? aku penah g worksyop kat sana..mesin dia lbh hebat dr mesin aku skrg.. jeles!

    ReplyDelete
  2. hola mulan..
    takdelah..ade urusan berbaki kerja dulu kat sane. laa aku ingatkan kan crim tu adalah pejabat urusan je. ada mesin besar tersembunyi di dalam tu ke? heh...

    ReplyDelete
  3. hehe...aku yg salah ar....worksyop aku pegi bkn dkt crim..tp anjuran crim..tp kat fst ukm tulaaa..patutla ko x pnh jumpa mesin besar tuh...hihihihi

    ReplyDelete
  4. waaah fst yang ko pergi tu mesti kat bangunan baru..tu sebab ada mesin canggih. masa aku belajar dulu fst baru tak wujud lagi (nampak sangat dah tua). barang semua buruk-buruk berusia belasan tahun..:P

    ReplyDelete