Thursday, August 18, 2011

my sweet little garden

masih ingat post tentang keinginan untuk memiliki taman kecil aku sendiri? kini impian sudah menjadi nyata (macam tagline iklan MLM). hehe, sedari dulu dah mula berjinak-jinak mula membiakkan pokok, sekarang  Alhamdulillah sudah semakin banyak. tapi i need a proper place and nice pots untuk letak semua ini supaya nampak cantik. tapi untuk permulaan, aku rasa ini semua sudah cukup okay. *big smile*


this are sunflower seedlings given by my colleague dulu. kami semua suka menanam since aku and colleague lain pergi cameron highland and beli bunga. so we share our passion together, always berkongsi seeds and tips and baja. so seedlings ni memang ambil dar kawan aku yang dah berjaya menumbuhkan bunga matahari beliau dan koci-koci kecil telah dikutip dari bunga yang dah layu :). gambar ini diambil pada hari ke 2 lepas tanam. aku tak sangka dia akan naik. sebab aku ni kalau bab menyemai memang fail.


and look at that! dengan sedihnya, aku terpaksa balik kampung dan tinggalkan seedlings yang baru nak naik tu tanpa air. memang redha ajelah kalau mati pun. tapi bila balik dari kampung je tengok wow! dah naik dengan jayanya! it means that even without siraman for days, those cute little green leaves masih boleh survive. love!


dan ini adalah pokok cili yang aku semai dari seeds jugak. induk aku beli di sungai buloh. aku pernah review di sini. pokok induk dah lama mati, kering sebab tak siram. and aku rasa kandungan tanah yang banyak banyak humus, jadi air cepat kering kot. since aku semai balik biji benih dia kat tanah hitam, aku rasa dia okay. even terlupa nak siram or pergi somewhere for days, they still can survive. and berbuah to! sebab before this pernah ada 2 pokok cili, tak pernah berbuah sampai sekarang. since last year! jadi pindahkan kat tanah depan porch dalam pasu besar tapi still tak berbuah. lantaklah. tapi pokok cili ni memang best, sebab kecik-kecik dah berbuah. best!


this is pegaga. macam biasa, pegaga senang je kita beli kat pasar selalunya akan ada akar-akar sekali, jadi boleh tanam terus kat dalam pasu. dari single jadi double, lepas tu membiak dengan hebat pulak. aku tak pernah lagi ambil buat makan. sebab sikit sangat, maklumlah dari single leave. sebab starting macam susah nak hidup. maybe akan beli dan tanam lagi tapi sekarang tengah malas. hehe.


yang ini pula stevia. fiy, stevia is an alternative source for sugar. sekarang stevia digunakan sebagai sumber pemanis semulajadi. kalau semulajadi, haruslah baik untuk kesihatan kan. boleh gantikan gula dalam minuman dan masakan. tapi aku pun tak pernah guna lagi sebab aku jarang pakai gula :). aku beli ini di floria putrajaya hari tu. tapi malangnya, sebab balik kampung juga, stevia jadi kering dan mati. tapi, aku sempat potong keratan batang dan pacakkan di pasu yang lain atas tanah hitam. jadi, survival stevia di tanah hitam lagi okay dari tanah pasu tanah+sabut. sepatutnya aku tukar tanah kot. tapi seperti biasa, kadang-kadang aku malas. :P


ni pulak pokok bunga gerbera. bunga kegemaran aku. dulu aku beli di cameron highland, sebab tak pandai jaga dan selalu sangat siram (hanyutan baja) jadi pokok tu mati. lepastu beli di jusco, pun mati. pendek kata, aku nak sangat pokok bunga ni hidup di tangan aku tapi tak kesampaian. tapi lepas beli satu pokok di sungai buloh jugak, macam post ini, alhamdulillah, tumbuh elok sampai sekarang. dah pernah berbunga sekali. cantik sangat rasanya. bila dah merimbun banyak dan ada pasu dan tanah lebih, terus biakkan lagi. jadi sekarang dah ada 2 pasu, pasu ni pulak naik bunganya. jadi hati tuannya pun gembira sebab dah mula naik bud nya. :)


pokok ni pun mula nak mati sebab tinggal lama. bila siram, nasib baik segar semula. sayang bunga nak naik dah mati. tapi hari ni bila tengok bud dah mula buka jadi terus snap gambar.

last sekali pokok daun sup. terlupa pulak nak snap gambar. dan pokok bunga kekwa pun aku ada juga. tapi hidup segan mati takmau. daun makin kuning dan tak pernah berbunga since beli kat jusco dulu. lepas ni tak mau beli pokok bunga kat jusco dah. tapi sekarang sedang cuba untuk kumpul pokok herba pulak. nanti nak cari kat sungai buloh lagi sebab terjamin ketahanannya.

jadi itu sajalah coret-coret aku kali ini. siapa yang gemar tanam-menanam ni boleh lah jadikan ia tips walau tak banyak pun. aku masih belajar bercucuk tanam. sebab rumah atas jadi memang berkelanalah pokok aku dalam pasu. makcik depan rumah yang duduk rumah bawah siap anggur pun ade dia tanam hidup pulak tu. jeles i. hehe.

No comments:

Post a Comment