Monday, August 8, 2011

kalau dia anak aku...

selalunya, sebelum kita membuat keputusan besar, kita haruslah bersedia dari segi metal dan fizikal. sebelum berkahwin misalnya, selain dari persediaan untuk menjayakan sesuatu majlis, haruslah bersedia untuk dengan keadaan selepas berkahwin. bersedia untuk mencintai, dicintai, untuk berkongsi, untuk memberi, untuk menerima, untuk merancang kehidupan bersama.

sama juga dengan anak.

bersedia untuk menerima keadaan apabila tiba 'orang baru'. selain dari bersedia dengan barang-barang comel-comel dan geram-geram itu, perlu juga bersedia dari segi mental dan fizikal kita dan anak itu. aku tahu, para ibu lebih mengetahui tentang ini..

di sudut hati yang kecil ini, jika lihat anak-anak yang 'behave like an angel' pegang tangan ibu baik-baik jalan di bazaar ramadhan tanpa sebarang tantrum mengamuk nak kueh warna 'orange' instead of kuih warna merah putih, mesti kita akan kata; 'oh baiknya budak ni, bestnya kalau anak aku baik macam ni'

atau pun bila di rumah orang, anak-anak duduk diam diam and 'behave like an angel', TAK tarik wayar tv atau berebut mainan dengan kawan, atau tolak anak orang lain, atau gigit bahu orang, atau gigit tangan orang lain, atau tak boleh duduk diam, tak mahu dengar kata, bila dikata 'jangan' lagi dibuat.. dan apa-apa jenis perbuatan yang tidak berpenghujung...

mesti kita kata 'baiknya budak ni, kalau aku ada anak, aku nak anak macam ni, senang hidup ibu dan bapa.'

jadi soalan untuk aku sendiri adalah;

bersedia tak untuk aku menghadapi anak-anak yang manalah tahu tiba-tiba TAK 'behave like an angel' itu? apa aku nak buat?

aku risau lihat diri aku dan anak aku dan orang lain jika anak aku suka tarik wayar tv atau suka berebut mainan dengan kawan atau tolak anak orang lain, atau gigit bahu orang, atau gigit tangan orang lain atau tak boleh duduk diam, atau tak mahu dengar kata, atau bila dikata 'jangan' lagi dibuat. atau apa-apa jenis perbuatan yang tidak berpenghujung....

apakah impression orang-orang lain terhadap ibu dan bapa bila pulang ambil anak, bila orang nursery kata 'hari ni dia gigit budak sampai luka' atau 'hari ni dia tolak budak sampai jatuh'.

luluh tak hati? sedih tak jiwa? macam mana nak buat?

aku tak boleh beri penyelesaian di sini sebab aku bukan seorang ibu. aku sebagai 'orang luar' yang mungkin tak tahu apa-apa tentang didikan anak-anak. tapi bagi aku, aku rasa 'cara didikan'.

jika di nursery ada budak-budak asyik keluarkan jari tengah untuk mengekspresikan pendapat diri, mungkin anak kita akan ikut keluarkan jari tengah tanpa rasa bersalah juga, mungkin jika ada budak-budak suka meludah sesama sendiri dan rasa gembira melakukannya tanpa ada sesiapa mempedulikan pengaruh kepada budak lain, mungkin anak kita akan terpengaruh sama jadi ludah kepada orang lain habis saliva kena baju lepas tu terus rasa nak maki kat budak tu. atau di nursery, adegan tolak menolak adalah perkara normal jadi anak kita belajar tolak anak orang lain pula bila pergi rumah jiran sebab tak ada siapa nak marah. aku tak tahu budak budak lain yang mempengaruhi anak-anak kita ni belajar dari siapa. tapi mungkin cerita mantot ini boleh jadi pengajaran. atau cerita lady noe di sini.

jadi mencari tempat didikan sempurna adalah wajib bagi ibu bapa - bagi aku lah.

sebab aku sendiri lihat budak yang dijaga nenek, budak yang dijaga di nursery, atau budak yang dijaga di rumah babysitter.

yang manja, yang behave dan yang boleh tahan 'nakalnya'.

mesti kita rasa nak layan yang behave and manja je. yang nakal tak nak layan sebab dia nakal.

yang behave dan manja minta kita tolong bacakan buku untuk dia yang tengah senyum nampak lesung pipit dan muka penuh harapan nak dengar kita baca buku. rasa ya Allah comel gila kau duduk diam diam dengar kita baca buku siap ada bunyi keretapi toot toot. yang nakal kerjanya tolak orang dan meludah dan lari-lari langgar meja sampai pasu pecah (kalau ikut hati aku nak bagi penampar- tapi tak jadi sebab anak orang).

aku percaya persekitaran itu yang banyak mempengaruhi.dan aku tahu bila kita tengok anak orang lain behave anak kita 'tidak' kita rasa sedih atau ligat berfikir apa salah aku?

lain ibu bapa lain cara didikannya. atau lebih tepat lagi, lain nursery, lain cara didikannya. atau lain babysitter, lain cara didikannya. sebab zaman sekarang ni pun, anak-anak lebih banyak spend masa dengan babysitter/nursery lebih banyak dari ibu bapa. di bawah jagaan ibu bapa, boleh lah dipantau kelakuannya. jika di luar pandangan kita, kita tak dapat mengawalnya.

aku pun tak tau nak letak ending apa untuk post ini. mungkin niat aku kat sini nak beritahu yang silalah hantar anak ke tempat yang sebaiknya. atau mungkin juga cara penyampaian aku menyatakan bahawa, dah tak payah kerja sila jaga anak sendiri kat rumah. tapi itu terpulang pada individu masing-masing. seperti aku beritahu tadi, persekitaran sangat mempengaruhi. jika baik persekitarannya, maka baiklah perangai budak itu. jika tidak ditegur, maka budak itu tak tahu apa yang salah apa yang betul. usah dikata 'alah, dia budak lagi. tak tahu apa-apa.' ye memang dia tak tahu apa-apalah itu sebab kena ajar. aku tahu parenting memang sukar dan perkara yang mencabar.

jadi untuk aku lagi, bersediakah aku?

itu pandangan aku, pendapat aku. maaflah jika aku terkasar bahasa hendaknya.

4 comments:

  1. ajue, aku agree dgn pendapat ko... setiap behaviour anak itu hasil drp didikan ibu bapa n also effect drp influence kids around them i.e. budak2 lain kt nursery/cousins/kawan2... to be honest aku pun sgt annoyed dgn kids yg kurang ajar esp yg jenis suka pukul org x tentu pasal, gigit2 org, or say 'bad' words... n aku plg benci kalau parents drg biar je anak drg buat sesuka hati or give excuses utk anak ckp "ala, biasalah budak2, or dia ni suka ikut2 sgt game/tv show yg dia tgk".. habis ko as parents cane tu disiplin anak? aku ni pun nervous gak kot2 anak aku jd camtu, dats why aku amik tindakan berani berhenti keje utk full time jaga baby, so ape2 jadi kt dia, mmg salah aku kan? =) aku suka ko highlight benda ni ajue... ramai org x sedar benda ni amik remeh... anak tu amanah Allah... kita pandai lahirkan, jd kita pun kena bertanggungjwb beri didikan sempurna... kan? hehe... sorry tetiba emo.. aku juga pernah menjadi mangsa baby bump aku ditumbuk oleh seorang kanak2 4 tahun n then mak dia blh ckp "biasalah dina, budak2 mmg nakal.. dia terikut2 watak kartun tu" tanpa memarah langsung budak itu...

    ReplyDelete
  2. phew dina.. thanks for supporting me. aku risau sebenarnya manelah tahu cetain parents kadang-kadang tak boleh terima pendapat orang yang bukan parents macam aku sebab yelah, aku tak pernah merasa. tapi benda ni memang effect kat semua orang di persekitaran. effect pada budak tu juga bila besar. kalau dia buat salah and maafkan dia macam tu je sambil bagi alasan terpengaruh dengan tv tu tak bolehlah..kalau terjadi apa-apa pada orang lain macam mana?

    thanks again dina!

    ReplyDelete
  3. Aku pun risau bila anak tak dapat nak behave. So far Husna still tak menunjukkan perangai dia yang suka membuli @ nak pukul orang sesuka hati. Cume dia mmg kuat merengek. Yang tu aku tak tau apa punca.

    Tadi aku bawak dia pegi klinik, nak tgu punyalah lama, husna pulak sangat2 lah friendly, cuit orang sana, cuit orang sini. Aku risau kalau orang tak selesa.

    Memang susah nak didik anak, kita balik kerja pun dah penat, nak pantau anak rumah lagi. Nak berhenti kerja pun ntahla. Kalau gaji suami 10K okay la kot.

    Bersediakah anda?

    ReplyDelete
  4. fahsya, kalau friendly, main cuit cuit sana sini takpe, kita tengok pun alahai comels jee.. kalau tengok nak tolak, nak pukul tu yang bahaye rasa macam marilah kita melarikan diri dari budak ini! aku rasa selagi budak-budak ni tak terpengaruh dengan benda-benda tak elok selagi tu comel sepanjang zaman. start tengok tv cerita tendang-tendang lepas tu nak tiru pulak tu yang payah tu! hehe

    ReplyDelete