Friday, August 19, 2011

juadah berbuka puasa - kuih cara berlauk puas makan

dulu masa di u.tm, bila time bulan puasa, teringin nak makan cara berlauk. jalan-jalan pusing pusing cari, satu kedai je yang jual. asal bulan puasa, memang aku cari cara berlauk ni baru best makan penuh nikmat. tapi yang tak nikmat nye bila kuih ni mahai. 3 biji rm1. kalau 6 biji, dah 2 ringgit. kuih pun kecik. kadang-kadang isi pun sikit. kentang lebih, daging setitik saje.

jadi sekarang, sebab dah jadi surirumah berjaya, aku cuba untuk mencari resepi kuih cara yang best. elee, senang rupanya buat kuih ni. aku ingat susah sampai nak nangis. bahan-bahan pun ada tersedia di dapur. memandangkan aku sebagai surirumah yang sedang gigih mencari resepi dan masak dan belajar benda-benda baru, akan ada label baru iaitu masak-masak. jadi ayuhlah kita lihat bagaimana nak membuat kuih cara berlauk puas makan ni dekat My Resepi. terima kasih sebab buat saya tiba-tiba pandai buat cara berlauk ni. :)

sebelum dimasukkan ke dalam oven. 
sedia untuk di makan

sebab aku suka cara berlauk, jadi buat saiz besar (pakai mould muffin tuu) dan berinti banyak. jadi pandai-pandailah untuk tambah mana yang patut. aku letak daging super banyak, sampai ke dasar kuih aku letak daging. puas hati! jadi itu lah sebab aku bagi nama kuih cara berlauk puas makan! memang puas makanlah! hehe..

selamat mencuba, puan-puan. :)

No comments:

Post a Comment