Tuesday, August 23, 2011

date

baru je habis date dengan dear husband. hari ni, dear husband buka puasa di tempat kerja, ada jamuan katanya, jadi tinggallah aku sorang-sorang bukak puasa dengan air soya dan cerita moreh di prima. jadi, bila beliau balik, terus ajak pergi mc d bangi.

perasaan teruja juga nak ngedate malam-malam buta pukul 12 sambil makan french fries dan GCB. tapi sampai-sampai terasa moody gila. sebabnya, ramai sangat ya rabbi macam waktu siang bulan tak puasa. yang annoying nak mampos ialah bila budak-budak sekolah (or u not sure. eh bukan sekarang u bukan cuti semester keerrh?) bawak buku, notes, pen, pensil, kalkulator dan sebagainya, terhegeh-hegeh siapkan kerja sekolah (kot) kat situ. dengan bisingnya, dengan a group of pakcik sedang bermuzakarah sambil minum kopi panasnye (new kedai kopi i guess), dengan few groups of grown ups (mungkin budak kolej or students yang stay untuk thesis or short sem) tengah borak borak...

then ada few 'study group' tengah buat kerja sekolah. aku macam what the? what the? what the?

besok tak sekolah ke? i mean, hello, almost pukul 1 balik rumah sekarang. takkan mak tak bising kau balik pukul 1 pagi?

then my conversation with my dear husband went like this

"macam mana budak-budak tu boleh keluar buat kerja sekolah kat mcd? bajet cool lah tu."
"maybe kata kat mak, mak saya nak pergi buat kerja sekolah. ada study group. nak rm10 (or 20)."

sebab mak tengok hati suchi murni nak buat study group, then mak pun bagi rm20 (or rm50).

datang mcd makan aiskrim, tebar tebar kertas atas meja, keluarkan calculator, then bersembang satu jam after 5 minit buat kira kira.

entahlah, mungkin they all adalah budak universiti aku tak taulah. nak release tension mungkin dengar kuliah lama sangat sampai kematu bontot. mungkin mereka bermuka muda sampai aku sangka mereka budak sekolah menengah (atau rendah). budak sekarang kan bermuka muda tapi sebenarnya tua. so aku pun mungkin hangin sebab nak dating-dating dengan aman kat mcd macam satu masa dahulu tak best dah. nak cari tempat pun ambil masa.

kesimpulannya, budak sekolah, pergilah buat homework kat rumah. kalau korang buat homework kat mcd, korang memang poyo.

sekian.

2 comments:

  1. owh, aku penah kene cop budak sekolah.....

    Ntah budak sekolah, sila buat kerja sekolah dalam library!

    ReplyDelete
  2. takpe fasyha, mu meme napok mudo...kekekeke..

    ReplyDelete