Tuesday, August 9, 2011

berjalan melalui lorong yang dah ditebas itu

kalau kita masuk hutan, kita lagi suka jalan di jalan yang sudah tersedia, jangan yang berdenai, jalan yang dibuka, jalan yang ramai orang lalu. jarang jarang sangat kalau kita masuk hutan terpaksa buat denai dan potong ranting yang menghalang jalan itu sendiri. selalunya, ranjer yang gagah lagi berani je jalan di depan sebab dia tahu mana arah tuju. dia ada ilmu.

dalam hidup kita, ramai manusia suka sangat ikut manusia lain, suka sangat menanti jawapan manusia supaya kita boleh berpendirian sebagaimana dia berpendirian, suka sangat menjadi sederhana, suka sangat mengekori. hanya segelintir sahaja yang macam ranjer hutan tadi, mungkin sebab tak berpengetahuan jadi kita selalunya jadi pengikut sahaja, atau kita malas nak tebas ranting dan lalang depan mata yang mengganggu jalan.

kita takut.

jadi apa kata sekali sekala, kita jadi ranjer. jadi pembuka jalan untuk ornag lain pula, jadi pemberi jawapan untuk orang lain, atau jadi berani untuk berjalan di hadapan. tapi aku takut, aku selalu takut untuk jalan di hadapan. mungkin sebab itu aku masih di sini, ditakuk lama. macam mana aku nak mengatasi masalah takut jadi ornag hadapan?

aku di sini bukan menguar-uarkan untuk perubahan negara atau dunia. aku ini ornag kecil, jadi nak berubah haruslah mengubah jiwa kecil aku ini dahulu, baru boleh berfikir untuk megubah jiwa-jiwa lain pula. aku juga pernah terkena, selalu sangat mengikut ornag, ornag di depan rimas dengan aku, lalu tinggalkan aku jauh-jauh. jadi aku kaget, aku rasa kecewa, aku terus jatuh tak bangun bangun, dan menyesal. sedih pun ada.sebab maknanya, aku kena jalan sorang sorang ke? itu fikir aku.

itu sebab aku tulis ini, baru aku sedar aku terlalu banyak mengekor dari di ekor. jadi untuk elak diri sakit dan jatuh dan kecewa dan menyesal, aku harus lari ke depan rampas parang dan jadi tukang tebas, jadi ornag berilmu tinggi, dan tahu selok-belok hutan supaya aku tahu mana lalang yang patut aku tebas, mana buluh yang patut aku pangkah. perjalanan hidup masih jauh, perjalanan entah tak tahu sampai ke penghujung mana. mungkin besok baru kita sedar, eh inilah penghujung jalan aku. atau mungkin penghujung jalan aku ada 100 tahun lagi..aku tak tahu.

jadi selagi apa yang boleh diubah, maka ubahlah, selagi boleh kita lari, kita lari. sambil-sambil tu jangan lupa tengok belakang takut pengikut sedih dan kecewa sebab kita tinggalkan dia. jangan pulak kita balas balik apa yang dah dibuat pada kita ye.

wassalam.

No comments:

Post a Comment