Thursday, August 11, 2011

bangi best..wo oh oh..

saje nak teruja dengan bangi sikit ni. aku duduk bangi, tapi sebebnarnya tak berapa nak bangi sangat. tak terfikir pun di dalam hati dan benak fikiran yang bila aku kahwin nanti aku akan duduk bangi...

sebab tak terfikir di dalam hati dan benak fikiran untuk kerja di bangi. kali terakhir duduk di bangi adalah semasa habis degree di uk.m dulu. memoir...memoir.. haruslah diri ini rasa o rindunya zaman degree pergi mapley kat seksyen 15, ameer ali atau fariz. tapi dulu fariz ada nan cheese terbaik yang tak dapat dilupakan minda, juga megi goreng terliur sampai ke lantai, dan milo ais terbest dalam dunia.

tapi bila kembali ke bangi setelah 4 tahun kemudian, nan cheese terbaik yang tak dapat dilupakan minda dan megi goreng terliur samapi ke lantai dan milo ais terbest dalam dunia sudah tidak wujud lagi. kecewa makcik.

tapi untuk describe bangi yang best ni aku tak boleh nak kata banyak. so far aku kat sini, aku rasa penduduk sini semua baik-baik (aku tak pasti kawasan flat yang ada banyak 'foreigner' duduk tu) and jalan pun tak jam. itu yang paling utama. walaupun tempat makan banyak gila sampai rambang otak dibuatnya, tapi seriously memang semua lebih kurang aje. bagi aku tempat makan terbaik adalah lori mamak berhampiran nursery bunga depan sikit dari traffic light nak masuk sony tu. mi goreng, rojak dan cendol memang terbaik dalam dunia (semua terbaik lah kan).

cuma untuk shopping, tempat target adalah of course di alamanda. kalau nak jauh sikit, atau rindu dengan jusco, aku selalu pergi taman equin. aku tak pasti balakong jusco sebab tak pernah pergi (maklumlah budak u.tm harus nak rindu jusco). and kalau nak tengok wayang kat tempat yang tak berapa nak ramai orang boleh pergi the mines. atau rajin sangat-sangat, boleh pergi jusco seremban (tidaklah jauh sangat pun). kalau nak pergi butik best-best, kompleks bangi utama dan pkns bangi memang ada banyak jugaklah pilihan walaupun mungkin sebenarnya baju wanita kebanyakannya lebih kurang sama je. kalau nak mewah berkarpet di rumah, hanya 10-15 minit ke nilai 3.

tapi untuk orang macam aku menyatakan betapa bestnya bangi ni mungkin boleh tanya ijai sebab beliau lebih mengetahui (sebab mengikut kefahaman aku, beliau adalah orang bangi sejati). untuk bertanya lebih sama aku, mungkin tidaklah selayaknya, mungkin 5-6 tahun lagi mana tahu, baru boleh tanya i sebab insya-Allah, looks like i'll be living here for the next 5 to 6 years.

oh mungkin juga orang akan bertanya pasal kawasan perumahan baru di sini? kot ada yang nak beli? boleh saje. tapi sekarang ala-ala 100k ke bawah harus tidak ada. rumah 3 tingkat sedang dibina di depan tasik cempaka (atau tasik cel*ka - gelaran ustaz aku kat uk.m dulu). dan belakang seksyen 8 tak salah aku pun sedang dibina (tapi mungkin dah fully booked). atau ke depan sikit dekat legundi di bandar seri putra, atau sekitar sungai merab pun ada jugak. eh aku ni agent real estate ke? haha, rumah sekarang pun sewa aje sebab semua rumah di sini memang tak mampu milik oleh aku.

akhir kata jomlah nyanyi lagu .. "bangi best oh oh oh..."

4 comments:

  1. Bila aku nak duduk bangi ni weh!huhu

    *tetiba*:p

    ReplyDelete
  2. weh jom arh dok bangi fasyha weh!

    ReplyDelete
  3. nasib baik ko duduk bangi ju-are! boleh gak aku gagah pergi bangi tu~ kalau ko dok penang ke, langkawi ke.... tiadelah kawan aku untuk beronggeng rokiah, kekekek. nasib aku ni tak tau lagi, kot kahwin nanti dok new york ke, paris ke...(amin~) heh, harapan tinggi menggunung~ last2 dok kampung pandan.... doa la kita sentiasa dekat~

    ReplyDelete
  4. kan ina? seb baik la jugak.. tak sanggup nak jauh di mata dekat di hati nih kekekekeke... tapi kalau ko dok paris ke new york ke, besh juak, nanti aku datang melawat boleh pergi duduk rumah ko FREE of charge! kikikikiki.....

    ReplyDelete