Saturday, August 27, 2011

wishing you happy eid mubarak

aku konon nak wish selamat hari raya in advance, tapi puasa ada lebih kurang 3 hari lagi jadi mungkin boleh kot nak wish you all

'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI'

maaf zahir batin.

***

sekarang aku sudah selamat berada di sungai petani kedah. sejak khamis malam lagi. bertolak around pukul 10.30 pm macam tu, singgah r&r gunung semanggol untuk tukar driver dan slow-slow drive ke kedah. sampai rumah around 3.30 am. sebelum tu singgah sahur di kedai mamak berhampiran.

perjalanan Alhamdulillah okay. sebab aku dah bising sangat untuk tidak mahu mengharung jam, azmi minta cuti jumaat tu. jadi perjalanan memang smooth. cuma adalah beberapa pemandu gila yang speed tak ingat dunia, malam kan..so today is saturday, family aku , abah, mak, adik-adik aku akan sampai besok pagi kot. sebab kena tunggu adik aku balik from johor and maybe diorang akan shopping last minute di jalan tar.

dan this year, tak pergi pun jalan tar untuk beli kain atau tudung atau baju kurung. bagi aku cukuplah sekadar bershopping di kawasan berhampiran sahaja walaupun terpaksa memendam rasa lihat tudung-tudung cantik di sana. tapi aku rasa baju di kawasan sekitar pun cantik juga. tahun ni kan disambut sederhana. :) tambahan pula aku memang tahun ni bertekad taknak bersesak-sesak, tak kiralah di jalan tar, atau di jalan raya. hehe

jadi selamat berpuasa untuk 2 hari lagi, kedah hujan sepanjang hari ni. sejuk rasa macam kat cameron highland pun ade.


Thursday, August 25, 2011

invitation

actually i got this letter a few weeks ago. sebab posted to my mom's house, jadi baru ambil baru-baru ni. soooo exited. ^0^


tapi tak excited macam first degree dulu. tapi kali ni rasa berbaloilah segala usaha yang telah dilakukan selama ini. tapi so far, tak delah pernah nagis buat master ni macam degree dulu. kenapa ye? mungkin master aku mudah sangat kot. tahap undergrad je kot. haha.. whateverlah. as long as aku grad dan boleh guna this scroll untuk peluang pada masa hadapan. doakan aku ye kawan-kawan. hidup ini sangat susahlah.. sobs..

chaiyok in life!

*update: suddenly i remember, memang i pernah nangis masa tengah buat kerja. sebabnya, there's something wrong with the tubes and the medium burst out. habis lab bau makanan bayi. i nangis sebab that thing berulang sampai 10 kali until we bought a new tube.. huhu.. nampaknya yup, its berbaloi, and it was not easy after all. :)

Wednesday, August 24, 2011

tengahari yang gelap..

hujan di luar membasah bumi, angin pula bertiup sepoi-sepoi bahasa. aku di depan komputer sedang menaip. aku nak menaip, tapi tak tahu nak menaip tentang ape. sedang cari idea.

mungkin persiapan untuk raya?

memandangkan ini adalah pertama kali aku dan husband akan sambut raya bersama-sama, jadi akan rasa kemeriahan sedikit di situ sebab ada pertambahan keluarga. tahun ini akan balik kedah dulu, barulah ke batu pahat seperti yang aku suarakan sebelum ini. baju raya sempat rembat 2 pasang (beli) bajet satu untuk same warna dengan husband, satu lagi untuk suka suka sebab aku dah target baju tu dari tahun lepas lagi. jadi mungkin, aku kata mungkin, baju itu akan di simpan di dalam gobok untuk raya tahun hadapan. aku jarang ada lebih dari 1 baju untuk raya. sebab raya aku sepanjang zaman, bile-bila aku boleh beli baju kurung (semangat raya orang dewasa macam aku memang pudar dari dulu lagi).

kasut raya adalah juga satu. tudung raya tak ada, pakai yang lama kebetulan ada warna sama dengan baju raya. beg raya juga tiada. talk about semangat hari raya. konon nak buat kuih raya pun tak ada jugak. berkemungkinan akan beli saja. haish, tak bersemangat betul kan. eh kita kan perlu berkesedihan meninggalkan ramadhan. tapi ramadhan tahun ni pun hambar jugak. mungkin sebab duduk rumah, tak ada siapa nak bercerita tentang raya melainkan dengan husband. kalau tahun lepas, dah tersedia kueh tart nenas sedap menjilat jari dari rakan office. tahun ni sebab jauh di mata dekat di hati, tak order pula. kuih-kuih lain nak order pun malas sangat. mungkin beli kat supermarket saje.

malas kan aku yang duduk rumah ni? boleh lah kutuk jika mahu.

pasal rumah pun macam itu jugaklah gayanya. kami baru hampir setahun kahwin. jadi langsir rumah pun baru tak sampai setahun nak tukar kan. over pula. jadi biar saje digantung di situ tanpa basuh. :P. sejak kebelakangan ni hujan. kalau aku basuh, entah lepas raya baru kering. baik tak payah (alasan). mungkin akan tukar susunan perabot. itu saje. hari tu pergi ikea dengan husband pun bukan beli barang tambahan mencantikkan rumah, hanya beli sudip dan periuk untuk dapur. kebetulan periuk dah layak masuk tong sampah. uish, gigihkan i memasak sampai telinga periuk boleh patah dan periuk pecah.

itu sahaja update raya untuk kali ini. sehingga bersiaran pula di lain waktu.

Tuesday, August 23, 2011

tempat jatuh lagikan dikenang

selalu tak rindu-rindu tempat lama? aku selalu. aku ni jenis yang suka mengimbau kenangan lama, suka teringat balik peristiwa best best masa dulu-dulu, macam susah nak lepaskan ingatan lama terhadap barang lama, tempat lama, haiwan lama..

tadi aku telah selamat buat urusan di u.km. satu kampus aku pusing. sebab cari tempat-tempat yang perlu aku pergi. dah rasa macam main treasure hunt. dah rasa macam bermain dengan minda, rasa macam menguji balik ingatan aku. 

bila aku dapat call dari fakulti suruh datang, aku macam terpinga-pinga kejap, terpaksa tanya, kak bilik dekan kat f.st? kat mane? Ya Allah serius lupa. almost 5 years. haruslah lupa. lagipun dulu bawa motor merah gemuk, sekarang bawa kancil warna putih. dengan motor merah gemuk, jarang sekali aku berpusing-pusing kesesatan. maklumlah, kalau salah masuk lorong, hanya kona baring saje untuk berpatah balik. 

serius aku tak tahu bilik dekan fakulti dekat bangunan kimia tu. selalu tengok sipi-sipi dari jauh je. almaklumlah, dulu undergrad, tempat tu tak penting untuk aku, bukan aku dapat anugerah dekan pun. heh. 

lepas tu kena pergi cri.m. terpaksa telefon kakak office tu lagi tanya, akak crim kat mana? haha, kena gelak terus kakak tu kata kesian. ala, dekat dengan i.bu zain, tau?

woooh! tahu!

masa undergrad dulu manalah aku tahu cri.m tu kat mane...i.bu zain aku tau la sebab kat pondok telefon masuk ke lorong kolej tu selalu ada peristiwa, err .. tak mau cerita. heh. 

jadi nak menunjukkan ingatan aku masih kuat, aku berjaya sampai tanpa sesat. ya Allah memang nostalgia gila. teringat masa zaman bercinta bila cik abang sayang selalu jengah aku di u.km lepas tu dating-dating, pergi tapak pesta konvo, parking motor kat krj. lepas tu ada orang tu merajuk sebab ape entah! haha. memori.

bila lalu dekat dewan gemilang, teringat zaman-zaman nervous ambil exam sambil stress mata lebam tahap panda tua sebab 3 hari 3 malam tak tidur nak skor punya pasal. lepas tu dewan bapaklah sejuk gila, harus bawa baju penapis sejuk supaya tak kaku nak jawab soalan. 

bila teringat balik, sepatutnya aku belajar lebih rajin. 

mungkin dulu masa undergrad, hidup biasa-biasa saje. mungkin sebab masa tu kemaruk bercinta. heh. jadi tak banyak pergi hanging out jalan sana jalan sini seperti remaja lain. kereta pun tak ada, jadi tak pernah pergi berfoya-foya dekat sungai gabai sampai sekarang T_T.

sebab naik motor, aku dengan kawan-kawan aku hanya sampai setakat bandar baru bangi je dulu. 

hehe memori. lepas ni, aku rasa kalau aku titi balik memori lama. masa tu mesti meniti sambil senyum...

date

baru je habis date dengan dear husband. hari ni, dear husband buka puasa di tempat kerja, ada jamuan katanya, jadi tinggallah aku sorang-sorang bukak puasa dengan air soya dan cerita moreh di prima. jadi, bila beliau balik, terus ajak pergi mc d bangi.

perasaan teruja juga nak ngedate malam-malam buta pukul 12 sambil makan french fries dan GCB. tapi sampai-sampai terasa moody gila. sebabnya, ramai sangat ya rabbi macam waktu siang bulan tak puasa. yang annoying nak mampos ialah bila budak-budak sekolah (or u not sure. eh bukan sekarang u bukan cuti semester keerrh?) bawak buku, notes, pen, pensil, kalkulator dan sebagainya, terhegeh-hegeh siapkan kerja sekolah (kot) kat situ. dengan bisingnya, dengan a group of pakcik sedang bermuzakarah sambil minum kopi panasnye (new kedai kopi i guess), dengan few groups of grown ups (mungkin budak kolej or students yang stay untuk thesis or short sem) tengah borak borak...

then ada few 'study group' tengah buat kerja sekolah. aku macam what the? what the? what the?

besok tak sekolah ke? i mean, hello, almost pukul 1 balik rumah sekarang. takkan mak tak bising kau balik pukul 1 pagi?

then my conversation with my dear husband went like this

"macam mana budak-budak tu boleh keluar buat kerja sekolah kat mcd? bajet cool lah tu."
"maybe kata kat mak, mak saya nak pergi buat kerja sekolah. ada study group. nak rm10 (or 20)."

sebab mak tengok hati suchi murni nak buat study group, then mak pun bagi rm20 (or rm50).

datang mcd makan aiskrim, tebar tebar kertas atas meja, keluarkan calculator, then bersembang satu jam after 5 minit buat kira kira.

entahlah, mungkin they all adalah budak universiti aku tak taulah. nak release tension mungkin dengar kuliah lama sangat sampai kematu bontot. mungkin mereka bermuka muda sampai aku sangka mereka budak sekolah menengah (atau rendah). budak sekarang kan bermuka muda tapi sebenarnya tua. so aku pun mungkin hangin sebab nak dating-dating dengan aman kat mcd macam satu masa dahulu tak best dah. nak cari tempat pun ambil masa.

kesimpulannya, budak sekolah, pergilah buat homework kat rumah. kalau korang buat homework kat mcd, korang memang poyo.

sekian.

Saturday, August 20, 2011

questions

selalunya, orang macam aku yang setia menanti ni, akan sangat sensitif dengan isu pelik seperti soalan 'ada atau tak?' biasalah tu. aku tak meroyan, no.. tapi aku suka pendekatan mak mertua aku beri statement..

semasa sedang berbuka puasa; "ni air tebu dengan nanas, kalau ada isi tak boleh makan ni..."

aku dengan selamba tuang air tebu dalam cawan dan minum..

bestkan? aku suka. kita tak perlu keluar suara dan senyum manja pun. kan action tu speaks louder than words. :)

thanks mom kerana memahami.. :)

Friday, August 19, 2011

juadah berbuka puasa - kuih cara berlauk puas makan

dulu masa di u.tm, bila time bulan puasa, teringin nak makan cara berlauk. jalan-jalan pusing pusing cari, satu kedai je yang jual. asal bulan puasa, memang aku cari cara berlauk ni baru best makan penuh nikmat. tapi yang tak nikmat nye bila kuih ni mahai. 3 biji rm1. kalau 6 biji, dah 2 ringgit. kuih pun kecik. kadang-kadang isi pun sikit. kentang lebih, daging setitik saje.

jadi sekarang, sebab dah jadi surirumah berjaya, aku cuba untuk mencari resepi kuih cara yang best. elee, senang rupanya buat kuih ni. aku ingat susah sampai nak nangis. bahan-bahan pun ada tersedia di dapur. memandangkan aku sebagai surirumah yang sedang gigih mencari resepi dan masak dan belajar benda-benda baru, akan ada label baru iaitu masak-masak. jadi ayuhlah kita lihat bagaimana nak membuat kuih cara berlauk puas makan ni dekat My Resepi. terima kasih sebab buat saya tiba-tiba pandai buat cara berlauk ni. :)

sebelum dimasukkan ke dalam oven. 
sedia untuk di makan

sebab aku suka cara berlauk, jadi buat saiz besar (pakai mould muffin tuu) dan berinti banyak. jadi pandai-pandailah untuk tambah mana yang patut. aku letak daging super banyak, sampai ke dasar kuih aku letak daging. puas hati! jadi itu lah sebab aku bagi nama kuih cara berlauk puas makan! memang puas makanlah! hehe..

selamat mencuba, puan-puan. :)

Thursday, August 18, 2011

my sweet little garden

masih ingat post tentang keinginan untuk memiliki taman kecil aku sendiri? kini impian sudah menjadi nyata (macam tagline iklan MLM). hehe, sedari dulu dah mula berjinak-jinak mula membiakkan pokok, sekarang  Alhamdulillah sudah semakin banyak. tapi i need a proper place and nice pots untuk letak semua ini supaya nampak cantik. tapi untuk permulaan, aku rasa ini semua sudah cukup okay. *big smile*


this are sunflower seedlings given by my colleague dulu. kami semua suka menanam since aku and colleague lain pergi cameron highland and beli bunga. so we share our passion together, always berkongsi seeds and tips and baja. so seedlings ni memang ambil dar kawan aku yang dah berjaya menumbuhkan bunga matahari beliau dan koci-koci kecil telah dikutip dari bunga yang dah layu :). gambar ini diambil pada hari ke 2 lepas tanam. aku tak sangka dia akan naik. sebab aku ni kalau bab menyemai memang fail.


and look at that! dengan sedihnya, aku terpaksa balik kampung dan tinggalkan seedlings yang baru nak naik tu tanpa air. memang redha ajelah kalau mati pun. tapi bila balik dari kampung je tengok wow! dah naik dengan jayanya! it means that even without siraman for days, those cute little green leaves masih boleh survive. love!


dan ini adalah pokok cili yang aku semai dari seeds jugak. induk aku beli di sungai buloh. aku pernah review di sini. pokok induk dah lama mati, kering sebab tak siram. and aku rasa kandungan tanah yang banyak banyak humus, jadi air cepat kering kot. since aku semai balik biji benih dia kat tanah hitam, aku rasa dia okay. even terlupa nak siram or pergi somewhere for days, they still can survive. and berbuah to! sebab before this pernah ada 2 pokok cili, tak pernah berbuah sampai sekarang. since last year! jadi pindahkan kat tanah depan porch dalam pasu besar tapi still tak berbuah. lantaklah. tapi pokok cili ni memang best, sebab kecik-kecik dah berbuah. best!


this is pegaga. macam biasa, pegaga senang je kita beli kat pasar selalunya akan ada akar-akar sekali, jadi boleh tanam terus kat dalam pasu. dari single jadi double, lepas tu membiak dengan hebat pulak. aku tak pernah lagi ambil buat makan. sebab sikit sangat, maklumlah dari single leave. sebab starting macam susah nak hidup. maybe akan beli dan tanam lagi tapi sekarang tengah malas. hehe.


yang ini pula stevia. fiy, stevia is an alternative source for sugar. sekarang stevia digunakan sebagai sumber pemanis semulajadi. kalau semulajadi, haruslah baik untuk kesihatan kan. boleh gantikan gula dalam minuman dan masakan. tapi aku pun tak pernah guna lagi sebab aku jarang pakai gula :). aku beli ini di floria putrajaya hari tu. tapi malangnya, sebab balik kampung juga, stevia jadi kering dan mati. tapi, aku sempat potong keratan batang dan pacakkan di pasu yang lain atas tanah hitam. jadi, survival stevia di tanah hitam lagi okay dari tanah pasu tanah+sabut. sepatutnya aku tukar tanah kot. tapi seperti biasa, kadang-kadang aku malas. :P


ni pulak pokok bunga gerbera. bunga kegemaran aku. dulu aku beli di cameron highland, sebab tak pandai jaga dan selalu sangat siram (hanyutan baja) jadi pokok tu mati. lepastu beli di jusco, pun mati. pendek kata, aku nak sangat pokok bunga ni hidup di tangan aku tapi tak kesampaian. tapi lepas beli satu pokok di sungai buloh jugak, macam post ini, alhamdulillah, tumbuh elok sampai sekarang. dah pernah berbunga sekali. cantik sangat rasanya. bila dah merimbun banyak dan ada pasu dan tanah lebih, terus biakkan lagi. jadi sekarang dah ada 2 pasu, pasu ni pulak naik bunganya. jadi hati tuannya pun gembira sebab dah mula naik bud nya. :)


pokok ni pun mula nak mati sebab tinggal lama. bila siram, nasib baik segar semula. sayang bunga nak naik dah mati. tapi hari ni bila tengok bud dah mula buka jadi terus snap gambar.

last sekali pokok daun sup. terlupa pulak nak snap gambar. dan pokok bunga kekwa pun aku ada juga. tapi hidup segan mati takmau. daun makin kuning dan tak pernah berbunga since beli kat jusco dulu. lepas ni tak mau beli pokok bunga kat jusco dah. tapi sekarang sedang cuba untuk kumpul pokok herba pulak. nanti nak cari kat sungai buloh lagi sebab terjamin ketahanannya.

jadi itu sajalah coret-coret aku kali ini. siapa yang gemar tanam-menanam ni boleh lah jadikan ia tips walau tak banyak pun. aku masih belajar bercucuk tanam. sebab rumah atas jadi memang berkelanalah pokok aku dalam pasu. makcik depan rumah yang duduk rumah bawah siap anggur pun ade dia tanam hidup pulak tu. jeles i. hehe.

Wednesday, August 17, 2011

syukur

today is our 17th day of ramadhan, alhamdulillah selama 17 hari jugalah kita semua berada di bawah rahmat Nya, bernafas lagi sekali untuk kesekian kalinya menikmati limpah kurnia di bulan penuh keberkatan ini. masa inilah kita memperbanyakkan bacaan al quran, memahaminya, muhasabah diri, melihat kembali dan menginsafi perkara lalu, dan berazam untuk menjadi yang lebih baik pada masa hadapan dan terus-terusan berbakti kepada sesiapa sahaja yang perlu.

aku bersyukur dengan kehidupan yang telah diberikan kepadaku, seorang suami yang baik dan penyayang, keluarga yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kami dan keluarga mentua yang baik dan memberi aku rasa 'belong' dalam keluarga itu.

aku bersyukur dengan segala rezeki yang telah dilimpahkan padaku, banyak atau sedikit, lambat atau cepat, semuanya aku berserah kepada Mu ya Allah aku bersyukur.

aku bersyukur kepada Mu ya Allah di atas segala apa yang telah diberikan. aku percaya, semua ketentuan yang telah tertulis ada hikmah di setiap sudut tulisan-Nya. aku memohon agar aku tidak lupa untuk bersyukur bila berlalunya bulan ini, dan aku memohon untuk sentiasa menetapkan hati agar sentiasa untuk mengingatiMu ya Allah seperti manusia biasa yang lain, aku ini mudah lupa, maka ya Allah aku memohon agar aku diperingatkan.

aku memohon harapan agar aku terus-terusan bersyukur dan bersujud pada Mu hingga ke akhir hayatku. sesungguhnya berpaling pada Mu adalah perkara yang paling menakutkan untuk aku, maka ya Allah tetapkanlah hati ini agar sentiasa berada di bawah petunjuk Mu.

perkenankanlah.

ameen ya rabbal 'alamin..

out of town and now i'm home!

this is the longest stay ever in batu pahat (my hubby's hometown) since kenduri sebelah lelaki 10 bulan yang lalu. sebab bulan puasa, dan mentua pula berniaga, jadi siang siang dipenuhi oleh aktiviti membuat kuih ;). lepat pisang, kuih koci, buah melaka, lopes pulut, lopes ubi, tapi expert membungkus saje. bahan-bahan memang tak tahu apa yang mil letak. rasa macam tiba-tiba teringin nak jual buah melaka bukak payung dan pasang meja depan rumah tepi jalan ni bagi menjana pendapatan berganda. bajet diri ini dah ada pengalaman 4 hari, terus nak start business bulan puasa :).

kerja mengecat pun aku buat juga.

babysit pun aku juga. anak buah si naufal nakal tu tak habis-habis nak mengendeng dengan aku. haish.

pendek kata, aku jadi menantu kesayangan balik ni. banyak membantu ibu dan bapa mentua. jadi, sila jadi macam aku. hehe..

and that were the reasons of the mails that i didnt reply, short smses (selalu panjang berjela kot), called that i didnt pick up and no update in this blog. tapi still boleh access internet tapi hanya sekali lalu saje sebab kerahan tenaga. anyway, perlu menabur bakti sebab first day raya this year di kampung sungai petani! *big smile*.

selamat shopping for raya everyone!

Thursday, August 11, 2011

bangi best..wo oh oh..

saje nak teruja dengan bangi sikit ni. aku duduk bangi, tapi sebebnarnya tak berapa nak bangi sangat. tak terfikir pun di dalam hati dan benak fikiran yang bila aku kahwin nanti aku akan duduk bangi...

sebab tak terfikir di dalam hati dan benak fikiran untuk kerja di bangi. kali terakhir duduk di bangi adalah semasa habis degree di uk.m dulu. memoir...memoir.. haruslah diri ini rasa o rindunya zaman degree pergi mapley kat seksyen 15, ameer ali atau fariz. tapi dulu fariz ada nan cheese terbaik yang tak dapat dilupakan minda, juga megi goreng terliur sampai ke lantai, dan milo ais terbest dalam dunia.

tapi bila kembali ke bangi setelah 4 tahun kemudian, nan cheese terbaik yang tak dapat dilupakan minda dan megi goreng terliur samapi ke lantai dan milo ais terbest dalam dunia sudah tidak wujud lagi. kecewa makcik.

tapi untuk describe bangi yang best ni aku tak boleh nak kata banyak. so far aku kat sini, aku rasa penduduk sini semua baik-baik (aku tak pasti kawasan flat yang ada banyak 'foreigner' duduk tu) and jalan pun tak jam. itu yang paling utama. walaupun tempat makan banyak gila sampai rambang otak dibuatnya, tapi seriously memang semua lebih kurang aje. bagi aku tempat makan terbaik adalah lori mamak berhampiran nursery bunga depan sikit dari traffic light nak masuk sony tu. mi goreng, rojak dan cendol memang terbaik dalam dunia (semua terbaik lah kan).

cuma untuk shopping, tempat target adalah of course di alamanda. kalau nak jauh sikit, atau rindu dengan jusco, aku selalu pergi taman equin. aku tak pasti balakong jusco sebab tak pernah pergi (maklumlah budak u.tm harus nak rindu jusco). and kalau nak tengok wayang kat tempat yang tak berapa nak ramai orang boleh pergi the mines. atau rajin sangat-sangat, boleh pergi jusco seremban (tidaklah jauh sangat pun). kalau nak pergi butik best-best, kompleks bangi utama dan pkns bangi memang ada banyak jugaklah pilihan walaupun mungkin sebenarnya baju wanita kebanyakannya lebih kurang sama je. kalau nak mewah berkarpet di rumah, hanya 10-15 minit ke nilai 3.

tapi untuk orang macam aku menyatakan betapa bestnya bangi ni mungkin boleh tanya ijai sebab beliau lebih mengetahui (sebab mengikut kefahaman aku, beliau adalah orang bangi sejati). untuk bertanya lebih sama aku, mungkin tidaklah selayaknya, mungkin 5-6 tahun lagi mana tahu, baru boleh tanya i sebab insya-Allah, looks like i'll be living here for the next 5 to 6 years.

oh mungkin juga orang akan bertanya pasal kawasan perumahan baru di sini? kot ada yang nak beli? boleh saje. tapi sekarang ala-ala 100k ke bawah harus tidak ada. rumah 3 tingkat sedang dibina di depan tasik cempaka (atau tasik cel*ka - gelaran ustaz aku kat uk.m dulu). dan belakang seksyen 8 tak salah aku pun sedang dibina (tapi mungkin dah fully booked). atau ke depan sikit dekat legundi di bandar seri putra, atau sekitar sungai merab pun ada jugak. eh aku ni agent real estate ke? haha, rumah sekarang pun sewa aje sebab semua rumah di sini memang tak mampu milik oleh aku.

akhir kata jomlah nyanyi lagu .. "bangi best oh oh oh..."

Tuesday, August 9, 2011

berjalan melalui lorong yang dah ditebas itu

kalau kita masuk hutan, kita lagi suka jalan di jalan yang sudah tersedia, jangan yang berdenai, jalan yang dibuka, jalan yang ramai orang lalu. jarang jarang sangat kalau kita masuk hutan terpaksa buat denai dan potong ranting yang menghalang jalan itu sendiri. selalunya, ranjer yang gagah lagi berani je jalan di depan sebab dia tahu mana arah tuju. dia ada ilmu.

dalam hidup kita, ramai manusia suka sangat ikut manusia lain, suka sangat menanti jawapan manusia supaya kita boleh berpendirian sebagaimana dia berpendirian, suka sangat menjadi sederhana, suka sangat mengekori. hanya segelintir sahaja yang macam ranjer hutan tadi, mungkin sebab tak berpengetahuan jadi kita selalunya jadi pengikut sahaja, atau kita malas nak tebas ranting dan lalang depan mata yang mengganggu jalan.

kita takut.

jadi apa kata sekali sekala, kita jadi ranjer. jadi pembuka jalan untuk ornag lain pula, jadi pemberi jawapan untuk orang lain, atau jadi berani untuk berjalan di hadapan. tapi aku takut, aku selalu takut untuk jalan di hadapan. mungkin sebab itu aku masih di sini, ditakuk lama. macam mana aku nak mengatasi masalah takut jadi ornag hadapan?

aku di sini bukan menguar-uarkan untuk perubahan negara atau dunia. aku ini ornag kecil, jadi nak berubah haruslah mengubah jiwa kecil aku ini dahulu, baru boleh berfikir untuk megubah jiwa-jiwa lain pula. aku juga pernah terkena, selalu sangat mengikut ornag, ornag di depan rimas dengan aku, lalu tinggalkan aku jauh-jauh. jadi aku kaget, aku rasa kecewa, aku terus jatuh tak bangun bangun, dan menyesal. sedih pun ada.sebab maknanya, aku kena jalan sorang sorang ke? itu fikir aku.

itu sebab aku tulis ini, baru aku sedar aku terlalu banyak mengekor dari di ekor. jadi untuk elak diri sakit dan jatuh dan kecewa dan menyesal, aku harus lari ke depan rampas parang dan jadi tukang tebas, jadi ornag berilmu tinggi, dan tahu selok-belok hutan supaya aku tahu mana lalang yang patut aku tebas, mana buluh yang patut aku pangkah. perjalanan hidup masih jauh, perjalanan entah tak tahu sampai ke penghujung mana. mungkin besok baru kita sedar, eh inilah penghujung jalan aku. atau mungkin penghujung jalan aku ada 100 tahun lagi..aku tak tahu.

jadi selagi apa yang boleh diubah, maka ubahlah, selagi boleh kita lari, kita lari. sambil-sambil tu jangan lupa tengok belakang takut pengikut sedih dan kecewa sebab kita tinggalkan dia. jangan pulak kita balas balik apa yang dah dibuat pada kita ye.

wassalam.

Monday, August 8, 2011

kalau dia anak aku...

selalunya, sebelum kita membuat keputusan besar, kita haruslah bersedia dari segi metal dan fizikal. sebelum berkahwin misalnya, selain dari persediaan untuk menjayakan sesuatu majlis, haruslah bersedia untuk dengan keadaan selepas berkahwin. bersedia untuk mencintai, dicintai, untuk berkongsi, untuk memberi, untuk menerima, untuk merancang kehidupan bersama.

sama juga dengan anak.

bersedia untuk menerima keadaan apabila tiba 'orang baru'. selain dari bersedia dengan barang-barang comel-comel dan geram-geram itu, perlu juga bersedia dari segi mental dan fizikal kita dan anak itu. aku tahu, para ibu lebih mengetahui tentang ini..

di sudut hati yang kecil ini, jika lihat anak-anak yang 'behave like an angel' pegang tangan ibu baik-baik jalan di bazaar ramadhan tanpa sebarang tantrum mengamuk nak kueh warna 'orange' instead of kuih warna merah putih, mesti kita akan kata; 'oh baiknya budak ni, bestnya kalau anak aku baik macam ni'

atau pun bila di rumah orang, anak-anak duduk diam diam and 'behave like an angel', TAK tarik wayar tv atau berebut mainan dengan kawan, atau tolak anak orang lain, atau gigit bahu orang, atau gigit tangan orang lain, atau tak boleh duduk diam, tak mahu dengar kata, bila dikata 'jangan' lagi dibuat.. dan apa-apa jenis perbuatan yang tidak berpenghujung...

mesti kita kata 'baiknya budak ni, kalau aku ada anak, aku nak anak macam ni, senang hidup ibu dan bapa.'

jadi soalan untuk aku sendiri adalah;

bersedia tak untuk aku menghadapi anak-anak yang manalah tahu tiba-tiba TAK 'behave like an angel' itu? apa aku nak buat?

aku risau lihat diri aku dan anak aku dan orang lain jika anak aku suka tarik wayar tv atau suka berebut mainan dengan kawan atau tolak anak orang lain, atau gigit bahu orang, atau gigit tangan orang lain atau tak boleh duduk diam, atau tak mahu dengar kata, atau bila dikata 'jangan' lagi dibuat. atau apa-apa jenis perbuatan yang tidak berpenghujung....

apakah impression orang-orang lain terhadap ibu dan bapa bila pulang ambil anak, bila orang nursery kata 'hari ni dia gigit budak sampai luka' atau 'hari ni dia tolak budak sampai jatuh'.

luluh tak hati? sedih tak jiwa? macam mana nak buat?

aku tak boleh beri penyelesaian di sini sebab aku bukan seorang ibu. aku sebagai 'orang luar' yang mungkin tak tahu apa-apa tentang didikan anak-anak. tapi bagi aku, aku rasa 'cara didikan'.

jika di nursery ada budak-budak asyik keluarkan jari tengah untuk mengekspresikan pendapat diri, mungkin anak kita akan ikut keluarkan jari tengah tanpa rasa bersalah juga, mungkin jika ada budak-budak suka meludah sesama sendiri dan rasa gembira melakukannya tanpa ada sesiapa mempedulikan pengaruh kepada budak lain, mungkin anak kita akan terpengaruh sama jadi ludah kepada orang lain habis saliva kena baju lepas tu terus rasa nak maki kat budak tu. atau di nursery, adegan tolak menolak adalah perkara normal jadi anak kita belajar tolak anak orang lain pula bila pergi rumah jiran sebab tak ada siapa nak marah. aku tak tahu budak budak lain yang mempengaruhi anak-anak kita ni belajar dari siapa. tapi mungkin cerita mantot ini boleh jadi pengajaran. atau cerita lady noe di sini.

jadi mencari tempat didikan sempurna adalah wajib bagi ibu bapa - bagi aku lah.

sebab aku sendiri lihat budak yang dijaga nenek, budak yang dijaga di nursery, atau budak yang dijaga di rumah babysitter.

yang manja, yang behave dan yang boleh tahan 'nakalnya'.

mesti kita rasa nak layan yang behave and manja je. yang nakal tak nak layan sebab dia nakal.

yang behave dan manja minta kita tolong bacakan buku untuk dia yang tengah senyum nampak lesung pipit dan muka penuh harapan nak dengar kita baca buku. rasa ya Allah comel gila kau duduk diam diam dengar kita baca buku siap ada bunyi keretapi toot toot. yang nakal kerjanya tolak orang dan meludah dan lari-lari langgar meja sampai pasu pecah (kalau ikut hati aku nak bagi penampar- tapi tak jadi sebab anak orang).

aku percaya persekitaran itu yang banyak mempengaruhi.dan aku tahu bila kita tengok anak orang lain behave anak kita 'tidak' kita rasa sedih atau ligat berfikir apa salah aku?

lain ibu bapa lain cara didikannya. atau lebih tepat lagi, lain nursery, lain cara didikannya. atau lain babysitter, lain cara didikannya. sebab zaman sekarang ni pun, anak-anak lebih banyak spend masa dengan babysitter/nursery lebih banyak dari ibu bapa. di bawah jagaan ibu bapa, boleh lah dipantau kelakuannya. jika di luar pandangan kita, kita tak dapat mengawalnya.

aku pun tak tau nak letak ending apa untuk post ini. mungkin niat aku kat sini nak beritahu yang silalah hantar anak ke tempat yang sebaiknya. atau mungkin juga cara penyampaian aku menyatakan bahawa, dah tak payah kerja sila jaga anak sendiri kat rumah. tapi itu terpulang pada individu masing-masing. seperti aku beritahu tadi, persekitaran sangat mempengaruhi. jika baik persekitarannya, maka baiklah perangai budak itu. jika tidak ditegur, maka budak itu tak tahu apa yang salah apa yang betul. usah dikata 'alah, dia budak lagi. tak tahu apa-apa.' ye memang dia tak tahu apa-apalah itu sebab kena ajar. aku tahu parenting memang sukar dan perkara yang mencabar.

jadi untuk aku lagi, bersediakah aku?

itu pandangan aku, pendapat aku. maaflah jika aku terkasar bahasa hendaknya.

Friday, August 5, 2011

process rage.

i've been into science stream since i was 16. i choose science because maybe i think that i am good at it. i think i can be a doctor, worse, i think i want to be a researcher.

i think that being a researcher is rather cool. i started to watch csi when i was 18 and seriously, the show was cool to the max! then i switch my plan to become a forensic scientist. then i realize that the course was offered in just one place, kelantan. and the job scope is limited, you must join PD.RM to be one. and i heard that the equipment here in malaysia is not as extremely good as we saw on tv.

real life csi is not as good as we thought.

so my result is not as good as it takes to become a doctor. so i took Biology, as you guys know on my previous post. at that time, learning science is quite hard. but it kind of fun when we had fieldwork and toured around malaysia. trust me, i know how to be like grissom, an entomologist, collecting insects, drying them, pinned them on an insect box, comparing with existing boxes made by our seniors and jot down those scientific names and the smell of mothball in my room. it was one of the most memorable thing that i did during my junior times.

once upon a time


and then i was exposed to molecular work. a DNA work, a csi work. i was happy! extremely happy! even though at one time, it was raining, it was almost 7.30 pm, and i was fasting, and i had no result after one whole day of doing it (and after one whole month of doing the same thing), i cried.

it was seriously hard.

but i still go on with it, until now.

ooh the main point is, maybe i just love to see blogs or any post which related to me. like this one. and checkout this cartoon (and look at the ffffuuuu part. trust me, in real life, the ffffuu part is excruciatingly stressful!).




pics from: electroncafe.wordpress.com


happy fasting and happy science, ya'll.

ps: next week will be meeting this one prof to see if i can manage to handle a big project, or not.

Thursday, August 4, 2011

flowers!



i learned it from somewhere. couldn't remember which website.

Tuesday, August 2, 2011

mencari perkara yang boleh mengisi masa lapang

i'm now into art stuff, diy project, being martha. tapi itu semua dalam mimpi. i imagine myself making my own bookshelf. or a rack for my plants. or my own blouse atau at lease sarung bantal.


the thing is, i now know that i can't sew.

baru tadi.


sebab i used my mom's mesin jahit tepi, benang asyik putus setiap kali memijak kaki ke pedal mesin. and it's driving me crazeeey! super crazy! bila mak guna elok pulak. aku terus berkata, oh mesin ini gila! dia suka mak saja tak suka aku. fine! fine!

and one thing about sewing is, IT IS SUPER COMPLICATED! you need to do some calculations and remember some formulas (in making baju kurung or blouse in this case). dan menjahit jahitan lurus menggunakan mesin jahit adalah 'sangat bukan aku!'

aku terasa bodoh bila diri sendiri tak tahu menjahit jahitan lurus..

 

yeah, whatever. i'm making frames from now on. and need to buy few frames. hey! ni nak buat ke, atau nak beli frames ni? okay, at least beli frames and put nice paper inside.

Monday, August 1, 2011

bulan puasa

seronok untuk cerita pasal makanan.. kan?


Regards.