Thursday, July 21, 2011

sakit kepala

one thing about staying at home is 'bangun dan tidur sesuka hati'. aku boleh tidur pukul berapa yang aku mahu tanpa perlu risau tentang keadaan diri kena marah dengan bos besok pagi. well, aku sudah tidak ada bos. jika aku ada bos pun, bos aku jauh.

jadi sekarang sakit kepala gila-gila sebab hari ini, aku bangun pukul 1 tengahari. diulang 1 tengahari. paling lewat dalam sejarah usia perkahwinan aku. tapi sekurang-kurangnya kamu orang semua tak boleh sound 'anak dara tak baik tidur sampai tengahari'. well, aku sudah boleh pegang title mak orang, and aku memang bini orang jadi aku tak terasa. dulu bolehlah mak jerit jerit ayat macam tu kasi panas hati.

jadi di sini saya ingin bertanya kepada rakan-rakan dan penyinggah blog yang kudus ini; apakah ubat untuk menghilangkan sakit kepala kalau terlebih tidur macam ni? aku tahu kalau terkurang tidur, bolehlah tidur untuk hilangkan sakit kepala. kalau sakit kepala sebab migrain boleh pi jumpa dr, kalau sakit kepala sebab resdung kah, boleh rendam muka dalam air panas.

kalau macam kes aku ni macam mana? tak kan tak payah tidor sampai besok malam supaya boleh betulkan balik polar tidur aku ni? please help. aku pening gila sampai tak boleh nak buat kerja yang sepatutnya.

4 comments:

  1. ajue, harini aku pun bangun pukul 1 hehehehe... sesungguhnya bangun lambat itu adalah nikmat... camni.. ko try penatkan diri... masak, jahit, jalan, exercise, sure mlm tu ko blh tido senang punya... cewahh... aku dh try sume tips ni tp x jalan gak.. aku adalah insomniac!!

    ReplyDelete
  2. hahaha..dina, aku rasa, aku pun dah buat semua tu dah dulu..tak jalan jugakk...kekekeke..

    ReplyDelete
  3. zura, sila masuk www.iwannabemum.blogspot.com..ada ra,ai lagi kawan2 kat sana..:)

    ReplyDelete
  4. ooh juli, rupanya tu blog awak..saya pernah terjah situ tapi tak tau siapa gerangan empunya.. :)

    ReplyDelete