Thursday, July 7, 2011

of ttc

sekarang masalah mengandung, masalah untuk conceive, baca-baca blog ttc dah jadi macam rutin tak berapa nak harian sangat. tapi sedang berjinak-jinak untuk mencari ilmu lebih. aku pernah beritahu di sini mengenai cubaan aku untuk conceive tapi aku cakap betul, kami tidaklah mencuba secara beria walaupun orang lain asyik bertanya..

dalam hati aku akan kata, "well hello, u nak jaga anak i ke? baby tu jatuh dari langit macam gittew ajer kerh?" oh sory kalau terkasar bahasa...

jom baca link dari dr zubaidi ini. apa yang dr ni kata memang 100% logik. 'macamana kalau kandungan ini bermasalah, cacat, bagaimana?" soalan ini diajukan kepada seornag wanita yang baru kahwin 5 bulan dan disahkan mengandung dan tiba-tiba mengalami pendarahan. wanita ini seperti tak dapat menerima kenyataan.

bagaimana?

ada sebab untuk Tuhan bagi ujian sedemikian rupa. Jika aku di tempat wanita itu, aku kena redha. Tuhan maha mengetahui, kalau aku ditakdirkan mengandung, dan kandungan mengalami masalah, cacat, sanggup ke aku nak menghadapi hidup aku bila baby itu lahir kelak, bila dia membesar kelak? bagaimana aku nak menghadapinya? aku boleh hadapinya tak?

itu sebab Tuhan menggugurkannya atas sebab Tuhan maha mengetahui yang kita pasti takkan dapat menghadapi ujian maha hebat macam tu! ada faham?

Tuhan juga mengetahui, belum tiba masa untuk aku mengandung. jika aku mengandung awal-awal dulu, proses pindah-pindah barang office ni mesti makin berat sebab dah 2 orang officemate aku yang lain pregnant. jadi berapa kerat sangat tenaga untuk angkat meja, angkat kotak, angkat barang sendiri? Tuhan beri anugerah kepada aku untuk bantu mereka yang mengandung ni, untuk dapat pahala lebih bila aku bantu angkat kotak mereka masuk kereta, bila aku bantu buat hampir semua kerja mereka sebab mereka tak larat.  kalau aku mengandung, takkan nak bebankan lagi 3 orang officemate aku yang tak mengandung tu? ada faham?

itu baru pandangan aku, pengetahuan aku. Pandangan Tuhan, pengetahuan Tuhan lebih luas seluas-luasnya! Allah maha mengetahui apa yang dirancang untuk kita! kita tak tahu apa lagi rancangan untuk masa depan kita. itu semua tentuan-Nya. Jika Allah kata itu yang terbaik untuk kita, maka itulah yang terbaik untuk kita. jika ada rezeki kita, maka adalah. jika tiada rezeki di rahim, Tuhan salurkan rezeki di saluran lain pula. semua bergantung kepada doa, kesabaran dan reda kita pada ketentuan.

setiap ujian yang Tuhan bagi tu ada hikmahnya. plus, aku baru je 8 bulan kahwin...BARU 8 bulan, mungkin tak terasa sangat. tapi for ttc mother to be - be positive okay! yes i know, cakap memang senang..pernah dengar kan, kalau tak relaks dan terlalu memikir sangat pun, susah nak jadi. jadi be positive, and like i wrote up there - just live life to the fullest!

Love ~

5 comments:

  1. i have my ttc blog..hehe which is a good place untuk luah2 baca2...its a release juga..kalau ada masa masuk la www.iwannabemum.blogspot.com..

    ReplyDelete
  2. aku setuju sangat ngan pendapat ko tu. maybe ini rahmat yang Allah bagi pada ko ngan husband. ppercayalah, aku faham sangat perasaan tu. ketensionan menjawab soalan orang-orang sekeliling sama je cam diorang tanya aku bile nak kahwin. aku rasa Allah lebih mengetahui, Dia dah atur elok2 perjalanan hamba2nya. maybe it's time for us to strengthen our financial first.... menambah anggota dalam family bukan cam bela kucing. banyak nak kena fikir. so ju-are, let's do what we can, berusaha, berdoa and bertawakal. i'll pray for you, don't worry too much~ :P

    ReplyDelete
  3. oh friends! thank you very much. julie, i'm sure will terjah your ttc blog. and that link u gave me. to ina, kan? soalan-soalan cepu mas tu gila mencabar iman di dada... anyway, lets pray for each other, hope that everything goes well. kita merancang, Tuhan menentukan.. :)

    ReplyDelete
  4. Link Dr.Zubaidi tu sgt membantu..setiap musibah yg Allah trnkan ade hikmahnye..y mse 1st time gugur mmg frustrated n sedih gle..time gugur hubby nye birthday plak..lg la emo kan..yela mse tu 6 bln kawen br pregnant..then ble pregnant nk msk 10 weeks gugur plak..wat D&C..doc suh tggu 3 months tuk pregnant blk..bln Mei Allah bg rezeki dkt y lg..on my birthday dpt news pregnant 4 weeks++..punyela happy time tu..rse syukur sgt..ble nk 7 weeks tbe2 kua bleeding skit..trus call doc tgh2 mlm tu..doc scan n bg duphaston..tp instinct doc y gugur..cme die xnk bgtau..mayb sbb nmpak y n hubby risau sgt..mlm esk tu skt sgt perut..huhuhu..pg pusrawi plak..ble doc scan ckp xde pape da..mule2 xnk caye..tgh2 mlm tu tgk ade kua sumthing yg pelik..rupenye die gugur sndiri..2nd time ni, mmg da ready dr segi emosi..huhuhu..mmg redha je.InsyaAllah ade rezeki lg lps ni..ade jgk org yg menunding jari ckp y n hubby xpandai jage diri n mcm2..rse cm nk hempuk dorg pon ade gak...hahahhaha...tp xpela biarkan dorg ni..n soalan2 cepumas jwb je dgn senyuman..ermm, ajue ko try la buah hawa..org kate byk khasiat nye..

    ReplyDelete
  5. waaaaa.sedihnye dengar citer y...tapi takpe..Tuhan bagi ujian kat kita ni kira ornag terpilih ni..:) by the way, orang tak faham, bukan duduk sekali dengan kita pun pepandai kata kita tak pandai jaga diri lah, tak pandai nak usaha lah tak pandai itu tak pandai ini...

    diorang tak rasa, jadi diorang tak faham..jadi orang tak faham, kita buat tak tau jee...

    :)

    ReplyDelete