Wednesday, July 6, 2011

nasi

kat dalam dunia ni, banyak jenis nasi yang ada. especially nasi kat malaysia ni, dari macam-macam negeri boleh jumpa.. dari nasi goreng china, ke nasi goreng usa.

fuh intro memang tak boleh tahan..baiklah mari kita teruskan..

nasi goreng UDANG for sure dengar macam eleh biasala. masa di u.tm dulu, nasi goreng sotong kat meranti agak gerek jugak. tapi nasi goreng UDANG kat ipoh ni agak-agak gerek tak??

nasi goreng udang
memang gerek. cuma servis agak kureng. kedai memang gah ah. tapi aku and hubby nak bayar nasi ni pun kena tunggu 10 minit. orang bukan ramai pun. masa tu pun dah pukul 12..

gembira
aku memang gembiralah sebab sedap dan cukup rasa. cuma balik tu aku muntah keluar jugak semua isi perut maklumlah nafsu udang tapi badan  tidak..otak kata mahu, badan tak boleh terima. tu sebab ala-ala tindakan berani mati pergi order. diri sendiri alergy tak hingat...huhu...

by the way, sedap masakannya. cuma servis je tak berapa baik tu je.. boleh pulak bila husband aku tanya apa yang best kat sini dia kata "takkan tak pernah datang sini kot?!" alamaaaaak kerek siut, ingat kedai kau tu glemer sangat ke? ni sebab sesat kami sampai sini tauhu?

kalau nak tahu kat mana tempat ni, silalah merayau kat area kawasan ipoh ni..sebelah bangunan BSN yang besar (bukan yang kecik), berhadapan dengan majlis agama islam darul ridzuan tak salah..dia macam medan selera gitu. pergi kat kedai yang tak berapa nak laku tu. kedai yang meriah tempat kitorang pergi ni orang nya kerek (macam aku cerita tadi), sebab kedai lain pun ada jual nasi goreng udang yang sama..

ele, nasi cenggini actually aku pun boleh buat kan..keh keh keh...

jadi akibat makan super banyak udang, perut tak selesa dan tekak sakit gusi pun sakit. tula, cari nahas lagi padan muka..

by the way, sebab kami tak berapa pandai nak cari tempat makan best di ipoh terus terang aku kata, kebanyakan kedai yang buka pun kedai cina. even medan selera kat area stadium agak meriah dengan kedai cina. even kat belakang-belakang kedai macam lorong-lorong sunyi pun kedai cina (mungkin terlepas pandang ampun maaf dipinta). macam baru untuk aku la sebab kedai mamak yang aku jumpa pun yang bukak kat bawah hotel aku duduk ni je (tak macam kl, selangor, semua tempat mesti ada kedai mamak merata-rata - at least). and gerbang malam yang famous dekat ipoh ni tidaklah semeriah yang disangka, mungkin sebab weekdays. kebanyakannya yang dijual adalah baju bundle dan gucci pirate. seriously, petaling street lebih lebih meriah. 

ya. kami still mencari tempat menarik di ipoh. 

have a nice day..! :)

1 comment:

  1. salam dari saya,berkenaan dengan servis gerai tersebut saya akui sendiri kerana perkejanya bukan dtg dari sekitar bandar ipoh, itu la sbb mereka pun tidak tahu dalam masa yg sama meraka ini belagak macam org ipoh hahah. madam zura sebenarnya bandar raya ipoh bukanlah yg disangkakan oleh madam dan suami madam kene cari sorg guide yg boleh bawak madam b,jalan2 sekitar ipoh.jngan lah nk dibandingkan dengan kl,kl dah pusat negara sememangnya semua ada.itu sahaja penjelasan dari saya.salam satu malaysia.

    ReplyDelete