Wednesday, July 20, 2011

do not regret

mata tidak boleh lelap. jadi tulis ini di tengah malam buta yang hening ini. tadi sudah berdiskusi dengan encik suami. ton suara hampir tinggi. sikit lagi nak pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas. tapi tidaklah sampai bergaduh. biasalah, masing-masing tak nak mengalah dan tak mahu dengar pendapat suami/isteri.

hey, kita kan kena mengikut kata hati. suami/isteri adalah tempat untuk meluah perasaan jeeeew..

main point di sini adalah, bagaimana kalau kita punyai banyak pilihan jawapan. pilihan A, atau B, atau C, atau D? pilihan hidup? pilihan kerja? pilihan jejaka idaman? pilihan nama-nama bayi?

aku sedar yang sepanjang hidup aku, aku banyak membuat keputusan untuk memilih. memilih bukan 'forte' aku jadi kadang-kadang salah. kadang-kadang tak ada salah atau betul pun, kadang-kadang kita go with the flow. aku lupa yang pada satu masa dulu, masa aku sekolah menengah dulu, aku akan kata pada diri - ini adalah pilihan aku, jadi aku harus tanggung akibatnya, baik atau buruk. ini adalah pilihan aku untuk ambil dan sembunyi baju pengawas. jadi aku kena tanggung akibatnya dan jangan bising-bising. ini adalah pilihan aku untuk lompat dari tingkat satu, jadi tanggunglah akibatnya dan jangan bising-bising. ini pilihan aku untuk pidah sekolah nun jauh ke kelantan, jadi tanggunglah akibatnya jika sesakit mana sekali pun, walaupun air tak ada seminggu dan tak boleh balik setiap minggu. tak boleh mengadu, tak boleh bising kat mak nak pindah balik sekolah lama. jadi tanggunglah sendiri dan menangis dalam bilik air di bawah pancuran sambil meratap nasib diri. ini kan pilihan aku. jadi tanggunglah akibatnya.

sejujurnya, aku tak pernah menyesal dengan pilihan aku dulu.

tapi bila makin besar, makin dewasa, aku makin lupa.

lupa tentang prinsip hidup diri yang aku rasa sangat berguna. padahal umur masa tu baru 13 tahun, jadi aku rasa, aku dulu lagi pintar dari aku yang 27 sekarang ni. kenapa aku masih merungut dengan pilihan yang aku buat sendiri? kenapa dari umur 18 tahun sampai sekarang masih sedih dengan pilihan sendiri yang konon ambil course salah?

sebab aku lupa aku kena tanggung akibatnya. aku asyik cari orang untuk dipersalahkan. akhirnya, aku salahkan kerajaan dan universiti sebab sediakan course yang merepek meraban, yang konon tak ada masa depan (tak ada modal). jadi dihantui oleh perasaan nak mengamuk dan tak bersyukur.

aku memang lupa.

aku lupa yang bila kita sudah buat sesuatu keputusan dalam hidup, kita tak boleh patah balik. sama ada mulakan balik dari 0, atau go with the flow. salah atau betul, jadi kedana atau kaya raya, itu belakang cerita. just go with the flow. itukan keputusan kita?

itukan keputusan aku untuk sambung sampai master, walaupun hakikatnya aku ada pilihan untuk menganga dan tunggu peluang kerja (sambil tunggu duit makin habis, dik). jika difikirkan kembali, alangkah indahnya bila nak graduate buat kali kedua. pakai mortar board ada sulam di kelilingnya dan jubah maroon bersulam di hujung lengannya, dan bersalam dengan Sultanah jika ada rezeki. dapat pula anugerah pelajar cemerlang (kalau ada), dan bila-bila masa saja boleh sambung phd. dan macam kata pepatah aku sendiri, hanya selangkah lagi untuk bergelar dr. azurah, walaupun selangkah tu ambil masa sehingga 5 ke 6 tahun panjangnya.

dan untuk kaya dan berjasa, mungkin mengambil masa. bukan kah pepatah aku lagi ada menyatakan, semakin susah untuk kita dapatkannya, semakin susah juga untuk kita lepaskannya. kita akan lebih menghargai usaha kita, jerih-perih kita demi kejayaan yang sedang menanti depan mata. hidup ni bukan semata-mata untuk kaya sahaja.

lagipun hidup ini sukar diramal. kalau boleh diramal, hidup pasti tak ceria.

berbalik kepada perkara di perenggan yang atas sekali. aku sekarang diberi pilihan besar lagi. pilihan yang kabur-kabur, yang tidak diketahui masa depannya. jadi sekarang akan aku gunakan prinsip hidup aku yang 'lama' tu supaya aku tidak menyesal, dan tak bising-bising lagi.

just live life to the fullest shall we?

4 comments:

  1. good post Ajue!!! aku sangat boleh relate.. listen, insyaAllah, mudah2an kita sama2 dilimpahi rezeki... rezeki blh dpt dgn apa jua cara, x kira dimana... and if ko sambung belajar pun, that's good!!! good luck Ajue!!! u know we support u no matter what! yes!! live life to the fullest =)

    ReplyDelete
  2. hey, do you wanna talk about this? selain suami, boleh berdiskusi ngan girlfren.... and DO NOT go with the flow cause only DEAD fish go with the flow. anyway, aku masih kabur2 ngan pilihan yang ko maksudkan ni, so tak tau if I can help or tambah sakit kepala ko je, but papehal, I'll call you tonite kay~

    ReplyDelete
  3. hey you want to call me tonite ke?aku tengok tak de miss call pun..(aku suka buat tak tahu dengan phone aku recently..:P)

    ReplyDelete