Monday, July 25, 2011

bila surat yang ku tunggu tak kunjung tiba

aku nak grad this september. jadi sebagai student bukan undergrad, semua benda haruslah kena setle sendiri. masa undergrad dulu, lepas habis belajar, tunggu surat sampai, tunggu dan tunggu, eh boleh terus grad tanpa sebarang masalah (masalah kalau yuran tertunggak tak bayar. semua U memang berkira). jadi itu undergrad. kalau postgrad, semua kena setel sendiri..

kalau nak viva kena setel sendiri, kalau nak betulkan abstrak, kena setel sendiri, kalau nak hantar hardcover kena setel sendiri.

setel kat sini bermakna telefon kena follow up di setiap peringkat. kalau tak follow up, mungkin lepas submit thesis untuk viva kena ambil masa satu tahun, lepas viva, ambil masa satu tahun lagi. lepas betulkan abstrak, satu tahun lagi, lepas submit hardcover, satu tahun lagi..

nak submit dan grad sikit punya seksa sampai bertahun-tahun kalau tak follow up. apa kamu semua dekat pejabat tu main facebook dan farmville aje ke? atau pergi minum setiap 2 jam? dan sekarang pukul 2.53 pm dan kamu semua tak mahu jawap panggilan telefon aku pergi gosip kat office sebelah ke? nak kata tak balik lunch lagi, lunch hour dah lepas err..sejam yang lalu? 2 line telefon, satu tak mahu dijawab dan satu talian sibuk.

oh please lah!

ini antara hidup mati tahu! kalau aku tak terim surat tu, macam mana aku nak grad and mengaku aku lepasan master untuk mintak kerja yang lebih meyakinkan kehidupan aku? aku perlu gaji tinggi untuk sara hidup aku dan rasa berbaloi belajar bertahun-tahun dan berpeluh-peluh ni..

jadi surat sekeping pun tak sampai-sampai walhal kata sudah hantar 2 minggu yang lalu..ni apa kes?

hari isnin macam ni buat aku bengang je. -_-'

update: semua dah setel hari ni. wohoo! memang posmen tak berguna mungkin buang surat aku ke tong sampah, atau despatch tak berguna mungkin pergi minum dan lupa masukkan surat dalam post box. hari ini (selasa) sp.s beritahu akan hantar lagi surat itu ke alamat sebenar. hopefully dapatlah surat senat tu.. *happy mode*

No comments:

Post a Comment