Sunday, July 31, 2011

happy fasting ya'll!

Ramadhan al-mubarak, i'm keen to see you.

Harap Ramadhan kali ini membawa rahmah kepada seluruh umat manusia yang menantinya.

*my first time celebrating Ramadhan with Hubby. excited. :)

Thursday, July 28, 2011

2 things..

johor yang jauh,

atau bangi yang dekat?

research,

atau rutin work?

u.tm,

atau u.pm?

oh by the way. tadi petang azrina singgah rumah. so sweet lah u melawat i yang keseorangan kat sini even though tujuan asal u nak pergi Uk.m. :)

and sekarang kecut perut nak tengok bola jadi melarikan diri ke bilik dan taip ini. kalau aku kat stadium mesti rugi tiket sebab asyik menyorok belakang abang jual burger.

The no-kids-allowed movement is spreading!

you can read the article here in Shine!

my point of view?

i don't know, i don't have kids. kids are adorable. but when they are throwing tantrums? deep inside my heart i do agree that we should have no-kids-allowed at few places.

contohnya panggung wayang.

i don't really care about other places like fine restaurants or airlines or shopping malls. sebab aku sendiri belum pernah mengalaminya dan masih belum rasa terganggu (or will be bothered if i fly with air asia -dengan klaustrofobik lagi).

but in cinema? selalu.. from x-men to harry potter. aku bayar lebih sebab always full house so we booked. bila booked maknanya hati teruja gila nak tengok cerita dari awal sampai habis. nak faham satu-satu plot cerita, nak menyelami dunia cerita berskrin besar. tiba-tiba ada bayi menangis minta susu, atau minta dukung, atau minta brad pitt belai-belai manja. menangis pada kadar desible tinggi, yang boleh buat orang lain rasa bingit. skrin besar tidak dapat ditumpukan lagi. hampa sebab terdistract lalu terlepas satu scene hebat. dan ibunya pujuk-pujuk -baiklah, nanti mak bawa balik brat pitt satu baldi shh shh jangan nangislaaaah...sambil mata masih lihat skrin tak mahu terlepas scene baik..

oooooh..aku bukan anti budak kecik. tapi ada logiknya di situ kan?

why not hantar rumah pengasuh, hantar ke sesiapa sahaja? kalau memang teringin gila sangat-sangat nak tengok wayang. sent them to your mom, to anybody you trust. kalau takut, or tak nak hantar rumah pengasuh, tak nak bayar lebih, then fine. duduk rumah, langgan astro first. this is a place for couples to enjoy their love life. bukan nak dengar tangis anak kecil yang bila ketawa comel lepas tu tak berapa nak comel dah. we will face that moment, the moment we have our own kids. sekarang kami nak enjoy dan tenang without kids, in this very own cinema.

sorry, mungkin ayat aku tak cantik. just imagine myself writing this sambil tersenyum manja. and dont judge me by calling me anti-budak kecik ke, eleh, biarlah kesian mak budak nak tengok wayang, huh, macam ni ke nak jadi mak orang or apa-apa perkataan yang setimpal dengannya. i just want to live life to the fullest.

end.

ps: mesti korang kata kat aku - eleh, nanti dah ada anak baru kau rasa. aku jawab -nantiiii..bukan sekarang.. :P

Wednesday, July 27, 2011

sesetangah 'benda' yang aku kepingin.

i want a bookshelf! kalau lihat rumah di luar negara, mesti ada bookshelf di bahagian ruang tamu. rasa berilmu, rasa bahagia, rasa gembira, rasa seperti ada perpustakaan dalam rumah :). ada pulak pokok hiasan warna hijau yang sangat calming itu. 

oh ada microscope! (pics from marthastewart.com)

so i want a bookshelf..tanpa sebab. buku pun kena beli banyak lepas ni. atau ada orang nak bagi?

and another thing that i want is this....

herb garden.
yup! my own herb garden! like martha stewart's garden. kalau nak masak, petik je kat belakang rumah, depan rumah atau di tingkap dapur.

hanging nicely at my balcony :) (pics from marthastewart.com)
or plant them in cute pots. (pic from marthastewart.com)
jadi tak payah pening kalau daun kesum atau daun kari tak ada dalam simpanan. takkan nak pergi beli semata-mata kan? 

jadi sebab sekarang duit tak berapa nak ada - note: sebab nak raya. perlu layan nafsu beli baju raya. - jadi mungkin bye untuk book shelf but hello to my herb garden! mungkin boleh direalisasikan sebab modal murah je. *wink. 

Monday, July 25, 2011

bila surat yang ku tunggu tak kunjung tiba

aku nak grad this september. jadi sebagai student bukan undergrad, semua benda haruslah kena setle sendiri. masa undergrad dulu, lepas habis belajar, tunggu surat sampai, tunggu dan tunggu, eh boleh terus grad tanpa sebarang masalah (masalah kalau yuran tertunggak tak bayar. semua U memang berkira). jadi itu undergrad. kalau postgrad, semua kena setel sendiri..

kalau nak viva kena setel sendiri, kalau nak betulkan abstrak, kena setel sendiri, kalau nak hantar hardcover kena setel sendiri.

setel kat sini bermakna telefon kena follow up di setiap peringkat. kalau tak follow up, mungkin lepas submit thesis untuk viva kena ambil masa satu tahun, lepas viva, ambil masa satu tahun lagi. lepas betulkan abstrak, satu tahun lagi, lepas submit hardcover, satu tahun lagi..

nak submit dan grad sikit punya seksa sampai bertahun-tahun kalau tak follow up. apa kamu semua dekat pejabat tu main facebook dan farmville aje ke? atau pergi minum setiap 2 jam? dan sekarang pukul 2.53 pm dan kamu semua tak mahu jawap panggilan telefon aku pergi gosip kat office sebelah ke? nak kata tak balik lunch lagi, lunch hour dah lepas err..sejam yang lalu? 2 line telefon, satu tak mahu dijawab dan satu talian sibuk.

oh please lah!

ini antara hidup mati tahu! kalau aku tak terim surat tu, macam mana aku nak grad and mengaku aku lepasan master untuk mintak kerja yang lebih meyakinkan kehidupan aku? aku perlu gaji tinggi untuk sara hidup aku dan rasa berbaloi belajar bertahun-tahun dan berpeluh-peluh ni..

jadi surat sekeping pun tak sampai-sampai walhal kata sudah hantar 2 minggu yang lalu..ni apa kes?

hari isnin macam ni buat aku bengang je. -_-'

update: semua dah setel hari ni. wohoo! memang posmen tak berguna mungkin buang surat aku ke tong sampah, atau despatch tak berguna mungkin pergi minum dan lupa masukkan surat dalam post box. hari ini (selasa) sp.s beritahu akan hantar lagi surat itu ke alamat sebenar. hopefully dapatlah surat senat tu.. *happy mode*

Thursday, July 21, 2011

sakit kepala

one thing about staying at home is 'bangun dan tidur sesuka hati'. aku boleh tidur pukul berapa yang aku mahu tanpa perlu risau tentang keadaan diri kena marah dengan bos besok pagi. well, aku sudah tidak ada bos. jika aku ada bos pun, bos aku jauh.

jadi sekarang sakit kepala gila-gila sebab hari ini, aku bangun pukul 1 tengahari. diulang 1 tengahari. paling lewat dalam sejarah usia perkahwinan aku. tapi sekurang-kurangnya kamu orang semua tak boleh sound 'anak dara tak baik tidur sampai tengahari'. well, aku sudah boleh pegang title mak orang, and aku memang bini orang jadi aku tak terasa. dulu bolehlah mak jerit jerit ayat macam tu kasi panas hati.

jadi di sini saya ingin bertanya kepada rakan-rakan dan penyinggah blog yang kudus ini; apakah ubat untuk menghilangkan sakit kepala kalau terlebih tidur macam ni? aku tahu kalau terkurang tidur, bolehlah tidur untuk hilangkan sakit kepala. kalau sakit kepala sebab migrain boleh pi jumpa dr, kalau sakit kepala sebab resdung kah, boleh rendam muka dalam air panas.

kalau macam kes aku ni macam mana? tak kan tak payah tidor sampai besok malam supaya boleh betulkan balik polar tidur aku ni? please help. aku pening gila sampai tak boleh nak buat kerja yang sepatutnya.

babies are cute. and he's one of the cutest.

adeeb
ini budak handsome yang sama dari keluaran lepas. masa ni jalan jalan dekat floria. sikit pun tak mengamok. baik betul budak kecik ni. okaylah, mengamok sikit masa nak balik duduk dalam kereta. at least, sepanjang jalan-jalan di floria yang luas dan panas tu, agah-agah sikit dah senyum buat hati cair. 

orang kata, bila kita dekat dengan bayi hati jadi gembira. orang kata lagi, sebab malaikat ada di sekitar bayi-bayi ni sebagai penjaga, jadi hati jadi sejuk je bila kita peluk dia. dan bayi ni walau semasam mana pun dia kita tetap cium wangi, tetap nak gomol-gomol pipi sebab orang kata bayi tak ada dosa. jadi cium bau wangi.

kalau rindu adeeb tengok gambar sejuk hati. semalam jumpa adeeb lagi. dudukkan dia di pangku sambil sembang-sembang. bila aku bercakap dia dongak sambil tengok aku cakap. pandangan comel dia tu undescribable habislah! cair hati mak cik yang halus ni, nanti jadi menantu mak cik ye!!


Wednesday, July 20, 2011

do not regret

mata tidak boleh lelap. jadi tulis ini di tengah malam buta yang hening ini. tadi sudah berdiskusi dengan encik suami. ton suara hampir tinggi. sikit lagi nak pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas. tapi tidaklah sampai bergaduh. biasalah, masing-masing tak nak mengalah dan tak mahu dengar pendapat suami/isteri.

hey, kita kan kena mengikut kata hati. suami/isteri adalah tempat untuk meluah perasaan jeeeew..

main point di sini adalah, bagaimana kalau kita punyai banyak pilihan jawapan. pilihan A, atau B, atau C, atau D? pilihan hidup? pilihan kerja? pilihan jejaka idaman? pilihan nama-nama bayi?

aku sedar yang sepanjang hidup aku, aku banyak membuat keputusan untuk memilih. memilih bukan 'forte' aku jadi kadang-kadang salah. kadang-kadang tak ada salah atau betul pun, kadang-kadang kita go with the flow. aku lupa yang pada satu masa dulu, masa aku sekolah menengah dulu, aku akan kata pada diri - ini adalah pilihan aku, jadi aku harus tanggung akibatnya, baik atau buruk. ini adalah pilihan aku untuk ambil dan sembunyi baju pengawas. jadi aku kena tanggung akibatnya dan jangan bising-bising. ini adalah pilihan aku untuk lompat dari tingkat satu, jadi tanggunglah akibatnya dan jangan bising-bising. ini pilihan aku untuk pidah sekolah nun jauh ke kelantan, jadi tanggunglah akibatnya jika sesakit mana sekali pun, walaupun air tak ada seminggu dan tak boleh balik setiap minggu. tak boleh mengadu, tak boleh bising kat mak nak pindah balik sekolah lama. jadi tanggunglah sendiri dan menangis dalam bilik air di bawah pancuran sambil meratap nasib diri. ini kan pilihan aku. jadi tanggunglah akibatnya.

sejujurnya, aku tak pernah menyesal dengan pilihan aku dulu.

tapi bila makin besar, makin dewasa, aku makin lupa.

lupa tentang prinsip hidup diri yang aku rasa sangat berguna. padahal umur masa tu baru 13 tahun, jadi aku rasa, aku dulu lagi pintar dari aku yang 27 sekarang ni. kenapa aku masih merungut dengan pilihan yang aku buat sendiri? kenapa dari umur 18 tahun sampai sekarang masih sedih dengan pilihan sendiri yang konon ambil course salah?

sebab aku lupa aku kena tanggung akibatnya. aku asyik cari orang untuk dipersalahkan. akhirnya, aku salahkan kerajaan dan universiti sebab sediakan course yang merepek meraban, yang konon tak ada masa depan (tak ada modal). jadi dihantui oleh perasaan nak mengamuk dan tak bersyukur.

aku memang lupa.

aku lupa yang bila kita sudah buat sesuatu keputusan dalam hidup, kita tak boleh patah balik. sama ada mulakan balik dari 0, atau go with the flow. salah atau betul, jadi kedana atau kaya raya, itu belakang cerita. just go with the flow. itukan keputusan kita?

itukan keputusan aku untuk sambung sampai master, walaupun hakikatnya aku ada pilihan untuk menganga dan tunggu peluang kerja (sambil tunggu duit makin habis, dik). jika difikirkan kembali, alangkah indahnya bila nak graduate buat kali kedua. pakai mortar board ada sulam di kelilingnya dan jubah maroon bersulam di hujung lengannya, dan bersalam dengan Sultanah jika ada rezeki. dapat pula anugerah pelajar cemerlang (kalau ada), dan bila-bila masa saja boleh sambung phd. dan macam kata pepatah aku sendiri, hanya selangkah lagi untuk bergelar dr. azurah, walaupun selangkah tu ambil masa sehingga 5 ke 6 tahun panjangnya.

dan untuk kaya dan berjasa, mungkin mengambil masa. bukan kah pepatah aku lagi ada menyatakan, semakin susah untuk kita dapatkannya, semakin susah juga untuk kita lepaskannya. kita akan lebih menghargai usaha kita, jerih-perih kita demi kejayaan yang sedang menanti depan mata. hidup ni bukan semata-mata untuk kaya sahaja.

lagipun hidup ini sukar diramal. kalau boleh diramal, hidup pasti tak ceria.

berbalik kepada perkara di perenggan yang atas sekali. aku sekarang diberi pilihan besar lagi. pilihan yang kabur-kabur, yang tidak diketahui masa depannya. jadi sekarang akan aku gunakan prinsip hidup aku yang 'lama' tu supaya aku tidak menyesal, dan tak bising-bising lagi.

just live life to the fullest shall we?

Tuesday, July 19, 2011

katakan ini cantik v

Foto:
from carolinesmode.com

look at the pants..

the pants!

corak bunga. cantik! well i have a pair of printed pants too. kotak-kotak. in black and white. seluar tidur aku actually. tapi kain selesa gila macam boleh bawak keluar pergi jalan. 

oh next time i'll try to wear them outside. first attempt will be pasaraya familyku. then to klcc. :P

and will try to find a nice printed fabric like this. nak try jahit. boleh?

oh love!

dina's baby shower

ahad lepas, kami kami dan kami (azalea, aku, azrina, aiffa, azmilia, yati and nad) telah membuat satu baby shower party 'terkejut' untuk dina, the mommy to be. semua dah diceritakan oleh Ina kat sini. personal opinion; party sangat best! makanan semua sedap! kek comels pun sedap! bihun ina sedap! kek cheese dari adik azza juga sedap! sambal sotong sedap! baked macaroni sedap! mengunyah otak-otak pohpia liat juga sedap..personal opinion semua pasal makan..hehe..

cute cakes - pics all credit to ina
all of us

beside makanan sedap, terasa happy juga sebab jumpa mereka-mereka ini. susah nak jumpa and borak best-best macam ni. and surprise party pulak menjadi, setelah jerih perih ber'msg'an di facebook.. :) we had fun.. seronok sangat rasanya..

well friends, walaupun ini baby shower Dina, aku rasa dishower juga :P..seronok gila sebab jumpa korang semua. oh friends, you're the best!

Monday, July 18, 2011

albus severus potter


inilah sebabnya aku tidak berapa gemar untuk menonton 'movies' kegemaran di waktu malam sebab utama, aku tak sempat nak digest cerita tu, ended up totally forgot half of the story. dan rasa macam eh ada aku tengok cerita ni ke? sebab dah tidur tak sempat cerita banyak betapa best movie tersebut.

same goes to harry potter and the deathly hallows.

sebab aku lupa jalan cerita jadi akan tunggu dvd full edition of harry potter jadi harus kumpul duit untuk beli satu. sebab mereka ooh sangat comel masa first movie sampai sekarang emma watson sangat cantik. yang pasti harry potter yang last ini memang best even ada yang kata mengecewakan lah, tak best lah, tak mengancam macam yang dulu. seriously, aku di tempat duduk menyelami setiap scene dan hampir menangis lihat kisah di sebalik muka bengis severus snape. dan hampir nangis juga lihat hogwarts hampir musnah dan hampir nangis bila fred mati. oh noooo....!

so it was worth it. siapa kata tak best tu kebanyakannya dah baca the whole saga. tapi kalau baca buku, memang akan terasa cerita tu tak best. come on, aku cukup kagum dengan imiginasi jk rowling, tapi jangan lupa kagum juga dengan pembuat filem nya sebab untuk menukarkan cerita dari buku ke keadaan sebenar (in movies) it's hard especially in harry potter di mana mereka kena fikir nak bina istana hogwarts macam mana, nak cast the spell to protect the whole hogwarts macam mana, nak buat keadaan sinki terbuka macam mana (in chamber of secrets) and so on. it needs more imigination. jadi kalau cerita tak sama dengan buku, its okay, bukan semua boleh direalisasikan. dan aku rasa penyampaian itu sudah cukup baik.

masa cerita habis, nak nangis juga sebab 'oh harry potter dah habis. lepas ni dah tak ada harry potter dah..oh sedihnya....' Gosh, aku memang sedih.

these are good stories, good imagination, good start and good ending...

ps: aku memang 'ngembeng'..

Saturday, July 16, 2011

i have work to do..

workloads
and my work describes never ending reading and typing. sometime i have this enthusiastic feeling over this reading and typing thing - stayed up until 2 - 3 am but most of the time...

malas!

there's pros and cons when having a home based work. the pros, you can save your car's fuel. you can save your lunch pocket money (because i cook or to lazy to cook and eat corn flakes instead - another pros: less eat) and you can go wherever you want to go without worries of sold-out-movie-ticket or hundreds of weekend shoppers. 

and the cons?

you will have this lonely-no-people-to-talk-to syndrome, you will be hungry, you will have less income (in my case), you will have boredom to death experience (unless you have kids), to lazy to do things, that loneliness will lurk inside you, munch your brain and suddenly you start playing farmville. the worst thing is at the end of the day, you just remembered that you do nothing and you feel like a loser, and make a new day resolution that you will do something tomorrow or at least read one page of a journal (in my case).

but over all, it was okay.

Friday, July 15, 2011

the cutest



the cutest bukan sebelah kanan anda, tapi sebelah kiri (ehem). this 6-moth-old little boy is my colleague's son, ika. saat-saat terakhir di office, suka paksa dan ugut ika bawa anak dia pergi office..yelah sepanjang 9 bulan asyik ikut mak pergi office, dan dengar kami jerit-jerit sejak dari dalam kandungan, haruslah sekarang mengenang jasa baik kami dengan berjumpa aunty-aunty ini. kami rindu tau dengan adeeb yang moolat ini.

okay adeeb, hari ini kita jumpa lagi ye. kita jalan-jalan floria tanpa mempedulikan perasaan panas dan peluh di celah ketiak. kalau adeeb meragam, nanti aunty suapkan bunga rose supaya lebih segar okay!

Wednesday, July 13, 2011

i found this one picture


and i like it very much. 
mungkin sebab masa ni adalah masa kurus, berotak tepu dan bahagia :)

sekarang...

gemuk, berotak tepu dan bahagia..

okaylah, i stick to that 'bahagia' word so  tak rasa down bila perut naik 5 inch and berat naik 10 kilos.

smile :)

gunung lang, ipoh

gunung lang, ipoh.
jalan-jalan di sekitar gunung lang, ipoh. on the way pulang ke kl. :) tak berkesempatan nak naik bot, tapi pamandangan sangat cantik. dari bandar ipoh, pergi ke arah kuala kangsar, dekat dengan exit highway.

Tuesday, July 12, 2011

old town white ipoh

buildings in ipoh
jalan-jalan bandar ipoh. :)

Monday, July 11, 2011

eq

this event was weeks ago. it was kind of a farewell eat-out-till-you-drop and it was totally awesome. the food was nice, and i still drool on their marvelous salad until now. not much to say here. but i definitely miss our time together. it was hard i know, but we managed to closed it down richly! :P


miss you guys. :)

Friday, July 8, 2011

sabtu

aku and encik suami pulang ke kampung batu pahat sabtu jumaat lepas. sambil melawat family mertua dan naufal budak kecik nakal tu, dah bulat besar-besar untuk 'save the date' wedding fadila. fadila is my dearest friend back in uni masa undergrad dulu. dialah budak pandai, budak duduk paling depan, budak yang happy go lucky, the very positive one i might say, and a very nice girl.

sebab fadila ini baik sangat, jadi suka sangat kawan dengan dia, bersopan-santun dan selalu bising tak ada boyfriend - tu dulu, sekarang? dah kawin! hehe...

well masa undergrad nak masuk third year, kami sama-sama buat praktikal dekat ivM. dulu nama nya institut ha.iwan kluang. praktikal sini sangat best! rasa macam main farmville tapi di dunia sebenar :D. ayah and mak fadila staff dekat situ, jadi fadila duduk kat situlah dekat kuarters. sebab aku duduk hostel, jadi fadila akan ajak datang rumah setiap selasa dan rabu semata-mata nak tengok CSI. ooooowh, we both love CSI gila gila, and the best thing is, the whole family will watched it with us. termasuk emak abah adik fadila. rasa supportive dan disayangi.. :')

tapi tu dulu, cerita banyak banyak pun sekajang surat tak habis. sekarang, she's happily married to her beloved husband, murad. :)



wedding sangat gah okay!i like it very much especially the tent (lihat khemah yang sepanjang-panjangnya) and the twirling pelamin. and the kompang. kompang ornag johor paling hebat dalam dunia kot! duduk sejam dengar pun tak pe sebab berbaloi. that is why i love johor very much, nasib baik i kahwin orang johor :) (okay bukan sebab kompang saja), the food was nice, and i am sure this wedding was planned well by fadila and her family. the door gifts is nice (got two vantage mugs and i left it at my mil house) and this;


dapat ini selepas tulis sepatah dua kata dalam guest book pengantin. ooh aku tulis sangat merepek dalam tu ye.

to fadila, selamat pengantin baru! so happy for you!

Thursday, July 7, 2011

of ttc

sekarang masalah mengandung, masalah untuk conceive, baca-baca blog ttc dah jadi macam rutin tak berapa nak harian sangat. tapi sedang berjinak-jinak untuk mencari ilmu lebih. aku pernah beritahu di sini mengenai cubaan aku untuk conceive tapi aku cakap betul, kami tidaklah mencuba secara beria walaupun orang lain asyik bertanya..

dalam hati aku akan kata, "well hello, u nak jaga anak i ke? baby tu jatuh dari langit macam gittew ajer kerh?" oh sory kalau terkasar bahasa...

jom baca link dari dr zubaidi ini. apa yang dr ni kata memang 100% logik. 'macamana kalau kandungan ini bermasalah, cacat, bagaimana?" soalan ini diajukan kepada seornag wanita yang baru kahwin 5 bulan dan disahkan mengandung dan tiba-tiba mengalami pendarahan. wanita ini seperti tak dapat menerima kenyataan.

bagaimana?

ada sebab untuk Tuhan bagi ujian sedemikian rupa. Jika aku di tempat wanita itu, aku kena redha. Tuhan maha mengetahui, kalau aku ditakdirkan mengandung, dan kandungan mengalami masalah, cacat, sanggup ke aku nak menghadapi hidup aku bila baby itu lahir kelak, bila dia membesar kelak? bagaimana aku nak menghadapinya? aku boleh hadapinya tak?

itu sebab Tuhan menggugurkannya atas sebab Tuhan maha mengetahui yang kita pasti takkan dapat menghadapi ujian maha hebat macam tu! ada faham?

Tuhan juga mengetahui, belum tiba masa untuk aku mengandung. jika aku mengandung awal-awal dulu, proses pindah-pindah barang office ni mesti makin berat sebab dah 2 orang officemate aku yang lain pregnant. jadi berapa kerat sangat tenaga untuk angkat meja, angkat kotak, angkat barang sendiri? Tuhan beri anugerah kepada aku untuk bantu mereka yang mengandung ni, untuk dapat pahala lebih bila aku bantu angkat kotak mereka masuk kereta, bila aku bantu buat hampir semua kerja mereka sebab mereka tak larat.  kalau aku mengandung, takkan nak bebankan lagi 3 orang officemate aku yang tak mengandung tu? ada faham?

itu baru pandangan aku, pengetahuan aku. Pandangan Tuhan, pengetahuan Tuhan lebih luas seluas-luasnya! Allah maha mengetahui apa yang dirancang untuk kita! kita tak tahu apa lagi rancangan untuk masa depan kita. itu semua tentuan-Nya. Jika Allah kata itu yang terbaik untuk kita, maka itulah yang terbaik untuk kita. jika ada rezeki kita, maka adalah. jika tiada rezeki di rahim, Tuhan salurkan rezeki di saluran lain pula. semua bergantung kepada doa, kesabaran dan reda kita pada ketentuan.

setiap ujian yang Tuhan bagi tu ada hikmahnya. plus, aku baru je 8 bulan kahwin...BARU 8 bulan, mungkin tak terasa sangat. tapi for ttc mother to be - be positive okay! yes i know, cakap memang senang..pernah dengar kan, kalau tak relaks dan terlalu memikir sangat pun, susah nak jadi. jadi be positive, and like i wrote up there - just live life to the fullest!

Love ~

Wednesday, July 6, 2011

nasi

kat dalam dunia ni, banyak jenis nasi yang ada. especially nasi kat malaysia ni, dari macam-macam negeri boleh jumpa.. dari nasi goreng china, ke nasi goreng usa.

fuh intro memang tak boleh tahan..baiklah mari kita teruskan..

nasi goreng UDANG for sure dengar macam eleh biasala. masa di u.tm dulu, nasi goreng sotong kat meranti agak gerek jugak. tapi nasi goreng UDANG kat ipoh ni agak-agak gerek tak??

nasi goreng udang
memang gerek. cuma servis agak kureng. kedai memang gah ah. tapi aku and hubby nak bayar nasi ni pun kena tunggu 10 minit. orang bukan ramai pun. masa tu pun dah pukul 12..

gembira
aku memang gembiralah sebab sedap dan cukup rasa. cuma balik tu aku muntah keluar jugak semua isi perut maklumlah nafsu udang tapi badan  tidak..otak kata mahu, badan tak boleh terima. tu sebab ala-ala tindakan berani mati pergi order. diri sendiri alergy tak hingat...huhu...

by the way, sedap masakannya. cuma servis je tak berapa baik tu je.. boleh pulak bila husband aku tanya apa yang best kat sini dia kata "takkan tak pernah datang sini kot?!" alamaaaaak kerek siut, ingat kedai kau tu glemer sangat ke? ni sebab sesat kami sampai sini tauhu?

kalau nak tahu kat mana tempat ni, silalah merayau kat area kawasan ipoh ni..sebelah bangunan BSN yang besar (bukan yang kecik), berhadapan dengan majlis agama islam darul ridzuan tak salah..dia macam medan selera gitu. pergi kat kedai yang tak berapa nak laku tu. kedai yang meriah tempat kitorang pergi ni orang nya kerek (macam aku cerita tadi), sebab kedai lain pun ada jual nasi goreng udang yang sama..

ele, nasi cenggini actually aku pun boleh buat kan..keh keh keh...

jadi akibat makan super banyak udang, perut tak selesa dan tekak sakit gusi pun sakit. tula, cari nahas lagi padan muka..

by the way, sebab kami tak berapa pandai nak cari tempat makan best di ipoh terus terang aku kata, kebanyakan kedai yang buka pun kedai cina. even medan selera kat area stadium agak meriah dengan kedai cina. even kat belakang-belakang kedai macam lorong-lorong sunyi pun kedai cina (mungkin terlepas pandang ampun maaf dipinta). macam baru untuk aku la sebab kedai mamak yang aku jumpa pun yang bukak kat bawah hotel aku duduk ni je (tak macam kl, selangor, semua tempat mesti ada kedai mamak merata-rata - at least). and gerbang malam yang famous dekat ipoh ni tidaklah semeriah yang disangka, mungkin sebab weekdays. kebanyakannya yang dijual adalah baju bundle dan gucci pirate. seriously, petaling street lebih lebih meriah. 

ya. kami still mencari tempat menarik di ipoh. 

have a nice day..! :)

Tuesday, July 5, 2011

Ipoh

i'm in Ipoh rite now with my husband. surprisingly, after eight months of being together as a married couple, this is our first time having a small and short vacation together. is looking for a great place to visit around here. actually my husband needs to deal with some business here. so i tag along.

and no pictures sorry. just arrive here yesterday and we just went to ipoh parade for transformers and jusco for sizzling mee. stay in ipoh city hotel, nice view of ipoh town, near kedai mamak for breakfast. no astro in the room, layan cerita indon, stay alone, thank God they have free wifi here and i got my own entertainment with this one new book of mine by sophie kinsella, twenties girl. maybe i can start reading it tomorrow. besok hubby pergi kerja dari petang sampai tengah malam for sure..

so that's all..

oh yes, yesterday was my birthday and thanks for all the warm wishes. appreciate that a lot! :)

cheers..

Saturday, July 2, 2011

undies

have you ever think of making your own undies???????????!!!!!!!!!!!!!!



i just love it.. more in comeandseetheseitz.com 

Friday, July 1, 2011

remember me.

i am now reading remember me by sophie kinsella. bukak middle of the book, boleh pulak sangkut baca. lagi suku nak habis. cerita memang best, terbaik...

i think i want to start back my obsession towards books. i dont mind reading back all my books for the second time. ada yang dah nak masuk 3 kali (macam twilight). rindu pulak zaman suka buku dan gila beli buku masa dekat u.tm dulu, plus, mph dekat je kot. bila-bila boleh pergi tanpa perlu memikirkan tentang duit minyak (tapi kena fikir tentnag harga buku yang mahal..oh kena cari tempat jual buku second hand yang best).

dan bila baca buku boleh menambah vocabulary aku yang semakin dilupai. nanti boleh tulis belog dalam bahasa inggeris macam air. bila baca, macam baca buku jugak. seronok.

misi utama lepas ni, nak angkut semua buku yang tersusun atas almari dari rumah kepong bawa ke sini. sebagai surirumah tangga yang berilmu, haruslah mencari peluang terbaik untuk mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

you go girl!