Wednesday, June 29, 2011

leleh

gila mengantuk bila pagi-pagi bangun mata berpisat-pisat siap meleleh air mata setiap kali menguap menghadap laki sendiri dok bersiap-siap nak pergi kerja. tuang nestle makanan bijirin kesihatan dalam mangkuk dan tuang milo sejuk. mengantuk. hari hujan pulak tu. sangat heaven bila tidur balik petang nanti baru bangun..

tapi semangat kena kental. semalam cuba networking sana sini. cuba-cuba untuk intai peluang kerja di mana-mana. alhamdulillah, at least mereka bagi harapan. orang berkaliber macam aku ni, mana boleh dipersia-siakan (bluekh!). jadi hari ini, i am a stay at home wife. kepala dah fikir-fikir, makanan berkhasiat apa yang aku nak masak untuk aku dan laki aku yang sudah bertambah berat badan ni. suka goda laki aku tonton biggest loser di 702. memang membakar semangat lah! harus makan buah dan tak perlu masak makanan berminyak mulai sekarang. hari raya nanti badan harus slim supaya orang bermulut lancang boleh kata aku tak bagi laki makan sebab ilmu memasak tahap zero. aku tak kisah asalkan hidup kami tidak dibayangi obesiti. cewah..

jadi apa yang aku buat sekarang ni?

kira aku mengaplikasikan balik lah kerja aku dulu. update blog, baca blog, main game. main FARMVILLE..kerja aku dulu pun tak meriah sangat bila di ambang-ambang ni. jadi dah practice kat situ. tapi sekarang aku rasa lebih produktif kot sebab prof dan konco-konconya dah bagi aku tugasan penting demi menaikkan nama universiti. siapa kata aku tak hebat. aku adalah wanita hebat di dunia (oh hidup mesti positive jadi angkat bakul sendiri itu penting supaya tak menghadapi kemurungan melampau).

okay dah. sambung kerja dan silalah start baca journal itu..

*dem, perut dah lapar sebelum waktu...

2 comments:

  1. lama betul aku tak bukak blog. tiba2 tau ko dah berhenti kerja? we got so much to catch up. minta izin azmi so i can bawak u jalan2 mengubat hati yang duka tu~

    ReplyDelete
  2. hahaha..itulah azrina..aku dah bosan tahap gaban ni. jadi bile boleh keluar? just roger me. or nanti aku roger ko kalau azmi outstation..

    ps: sekarang weekdays pun sangat free...:P

    ReplyDelete