Wednesday, June 8, 2011

johor fc part 2

sejak balik dari johor ni, mulalah berfikir-fikir sama ada nak bermustautin di johor atau tidak. banyak peluang yang ada kat sana. kawan pun banyak, research pun menanti. mungkin sebab dah pernah sambung master kat situ, jadi peluang untuk sambung lagi kat sana agak cerah.

sebab aku memang berpendirian tetap untuk duduk selangor ni sebab nak melekat 24 jam dengan laki aku. sampai prof suruh laki aku pindah johor sama-sama. benda lain memang belakang cerita. aku nak aku melekat dengan laki aku sudah. kalau laki aku takda di sisi, nanti aku lupa daratan mengaku bujang dan berlagak seperti orang bujang, tak boleh tu...

jadi aku menyuarakan pendapat ini kepada yang tersayang. apa kata kalau kita duduk jb je? sewa murah, kalau nak beli rumah kat situ pun ok. rumah kat situ 200 ribu boleh dapat double storey. kalau kat sini tahap rumah atas rumah orang je (flat/apartment/townhouse rumah atas). nak termuntah aku tengok harga rumah yang beratus riban lemon itu.

bolehlah kata kami malas nak ambil risiko. jb is okay, peluang untuk aku ada. tapi after few years, macam mana? ada jugak sorang kakak senior aku ni elok bermustautin dekat jb lepas tu sekarang dah tak buat ape-ape dah. dulu yelah master. lepas tu? duduk rumah jelah sekarang sebab dari bayar pengasuh anak, baik mengasuh sendiri. jadi sekarang sebab apa duduk jb, dan end up jadi apa? faham tak maksud yang nak disampaikan ni?

kalau kakitangan tetap universiti tak apa lah jugak..income masuk setiap bulan sampai akhir hayat..

kalau orang yang terumbang-ambing macam aku ni, baik lupakan aje.

duduk je selangor ni, cari peluang tu sampai dapat. macam-macam cara ada sebenarnya. cuma tak jumpa cari je..

No comments:

Post a Comment