Wednesday, June 29, 2011

leleh

gila mengantuk bila pagi-pagi bangun mata berpisat-pisat siap meleleh air mata setiap kali menguap menghadap laki sendiri dok bersiap-siap nak pergi kerja. tuang nestle makanan bijirin kesihatan dalam mangkuk dan tuang milo sejuk. mengantuk. hari hujan pulak tu. sangat heaven bila tidur balik petang nanti baru bangun..

tapi semangat kena kental. semalam cuba networking sana sini. cuba-cuba untuk intai peluang kerja di mana-mana. alhamdulillah, at least mereka bagi harapan. orang berkaliber macam aku ni, mana boleh dipersia-siakan (bluekh!). jadi hari ini, i am a stay at home wife. kepala dah fikir-fikir, makanan berkhasiat apa yang aku nak masak untuk aku dan laki aku yang sudah bertambah berat badan ni. suka goda laki aku tonton biggest loser di 702. memang membakar semangat lah! harus makan buah dan tak perlu masak makanan berminyak mulai sekarang. hari raya nanti badan harus slim supaya orang bermulut lancang boleh kata aku tak bagi laki makan sebab ilmu memasak tahap zero. aku tak kisah asalkan hidup kami tidak dibayangi obesiti. cewah..

jadi apa yang aku buat sekarang ni?

kira aku mengaplikasikan balik lah kerja aku dulu. update blog, baca blog, main game. main FARMVILLE..kerja aku dulu pun tak meriah sangat bila di ambang-ambang ni. jadi dah practice kat situ. tapi sekarang aku rasa lebih produktif kot sebab prof dan konco-konconya dah bagi aku tugasan penting demi menaikkan nama universiti. siapa kata aku tak hebat. aku adalah wanita hebat di dunia (oh hidup mesti positive jadi angkat bakul sendiri itu penting supaya tak menghadapi kemurungan melampau).

okay dah. sambung kerja dan silalah start baca journal itu..

*dem, perut dah lapar sebelum waktu...

Sunday, June 26, 2011

pernah perasan?

aku pernah, dan selalu perasan. perasan bukan eh aku perasan kau tengah duduk tepi pantai sambil layan jiwang aku nak tegur tapi segan pulak. tapi perasan yang eh perasannya aku bila kau kata aku gila comel. okay, you got it rite?

tadi aku pergi rumah cousin aku ada budak kecil comel gile aktif lari sana-lari sini. aku datang terus nak ngendeng-ngendeng dengan aku mesra gila buat muka comel. aku terus rangkul dia geram pulak aku tengok budak kecik nih!!

mak dia kata dia bukan mau sangat dengan orang, dengan aku pulak nak mengada-ngada. eh dah ada isi ke? (soalan standard). orang kata budak kecik suka maknanya eh faham-faham ajelah...eh tak de takdeeeeeeee..macam lah kalau ada isi janin di rahim adalah satu dosa besar.

tapi aku perasan jugaklah kat situ. perasan bajet aku berisi what so over.

kalau terbloghop dekat area-area blog ttc, macam-macam perasan dan perasaan yang tergambar untuk orang ttc ni. perasan badan makin gemuklah, perasan loya-loyalah, perasan pening-peninglah, perasan abdomen sakitlah..lepas tu end up negative..

eh biasalah tu..

orang ttc je yang rasa. orang tak ttc tak berpeluang nak rasa kan..aku boleh kata aku ttc jugaklah..cari ilmu sikit-sikit..jangan perasan sangat walaupun period datang lewat 2 minggu hati kena kool gila sebab kalau period tak datang tak bermakna mengandung kak oi..

biasalah, suka perasan..

takpe, takpe..stay kool je..sekaranglah masanya untuk enjoy sakan separuh nyawa. aku nak pergi tioman pulak this year untuk snorkel sampai muntah air laut.

hey ada sesiapa nak organise tak sebelum aku meroyan ni huh?

one week of silence..

i'm a tad busy these few days. And yesterday was my last day there in that company. all the equipments were transferred to a new building 5 km away and we are kind of 'laid off' by the superior. they compensate us. i am thankful on that. the thing is, the project has already to an end and we are struggling into finding a job. And among the staff, there was a bit of 'not so good thing' happened. i feel betrayed, i am mad of course, and i just hope that i wont be seeing that person again.

and i'm glad that this thing is over.

while whining about not getting a single interview nor job, some people are kind enough, giving us recommendation of few places that offer a job to people like us. and question like "lepas ni korang nak buat ape?" is the 100th time heard by us. they are so kind. I appreciate that very much. when i heard about being a supplier (or being a sales person) can get as much as 4-5k permonth, it hit me like why not being one. but life is hard, i applied but no respond. so maybe because God has created a path for me so i just walk down that path and pray hard.

so, now what?

i thank God for giving me great friends and great mentors. i was offered a part time job. a temporary one, and i think it is good enough. it is good enough while waiting for a real job offer..and i am bless. thank you Allah for this rezki you gave me...thank you..

Saturday, June 18, 2011

out again..

my husband is working now. yes beliau dalam gov sector and still need to work on weekends. sedih betul. dah la last week tak ada kat rumah sebab out station..lagi teruk lepas kahwin dari sebelum kahwin dulu. at least sebelum kahwin tak terasa sangat weekends dia pergi merayau..

tak aci orang lain kerja gov sector lepak gile tidor kat rumah sampai tengahari bila weekends. tak aci tangga gaji sama tapi orang lain kerja separuh mati sabtu ahad kena kerja tanpa cuti orang lain pulak goyang kaki pergi melancong. tak aci bila tangga gaji sama, workload tak sama.

talk about being tired of living alone...

kalau sunyi nanti call mak, mak datang. nasib baik mak tinggal dekat. kalau tak lagi bosan menghadap laptop and tv. dah lah movie channel kena potong. nak jimat belanja. kalau ada laman belakang rumah boleh tebas-tebas rumput ke, tanam cili ke.. bila tak ada terpaksa berpindah pada farmville..tanam terung di alam maya je.

anyway, nak keluar, duit tak ada ni..kena menyimpan sekarang. masa depan kan ala-ala gelap ni...

sedih..

Monday, June 13, 2011

moving out..

oh it's already 13 days of june. 17 days more to go and it's kind of sad. bye-bye friends. lepas ni dah tak ada gossip-gossip hangat dan dengar tips-tips bayi lagi..

so today, semua dah bermula. sudah mula packing barang untuk pindah. jadi hari ni penat sikit untuk packing semua barang. packing service nampaknya sangat bagus. mungkin salah satu alternative untuk tidak stress bila pindah rumah. they come and see what to pack, they'll give you a quotation, next thing we know, kotak sampai. very effective. they'll pack for you. they know how to pack. last time tengok office depan pindah, mereka label semua kotak. kotak ada isi apa, dari mana, nak bawa ke bahagian mana.

besok, kemas lagi. sampai hujung bulan ni..

Saturday, June 11, 2011

kawan, you're the best...

tatkala sedih-sedih, tatkala sunyi-sunyi macam ni seronok sangat rasanya bila ada kawan datang melawat, singgah chit chat sampai pagi. memberi tunjuk ajar, memberi petunjuk, memberi harapan, sudi menghulur tangan.

tatkala dalam dilema, ada kawan datang untuk buka jalan, panggil-panggil suruh datang sana sebab merungut sini tak best. datang beri pendapat, datang hilangkan sunyi, datang bawa perkhabaran gembira, datang bawa gossip.. boleh senyum, boleh gelak, tak sedih...

thank you.. thank you..

jasamu dikenang...

Friday, June 10, 2011

of being jealous..

perasan tak?

if you are single, you feel like everybody is going to get married or already have a boyfriend.

if you are married and not pregnant, you feel like everybody around you is pregnant.

if you have a first child, you feel like everybody around you is going for a second one.

talk about being jealous....

oh, of course i'm in the second category.. sekian terima kasih..

Thursday, June 9, 2011

here's another one...

can't stop laughing!!!!

-macamana nak sambung phd ni? :P

Wednesday, June 8, 2011

thesis ii

credits to phdcomics.com. i like this site! hillarious!


macam ni lah aku rase..

tu yang macam nak nangis tu bile lepas hantar thesis... sobs..

johor fc part 2

sejak balik dari johor ni, mulalah berfikir-fikir sama ada nak bermustautin di johor atau tidak. banyak peluang yang ada kat sana. kawan pun banyak, research pun menanti. mungkin sebab dah pernah sambung master kat situ, jadi peluang untuk sambung lagi kat sana agak cerah.

sebab aku memang berpendirian tetap untuk duduk selangor ni sebab nak melekat 24 jam dengan laki aku. sampai prof suruh laki aku pindah johor sama-sama. benda lain memang belakang cerita. aku nak aku melekat dengan laki aku sudah. kalau laki aku takda di sisi, nanti aku lupa daratan mengaku bujang dan berlagak seperti orang bujang, tak boleh tu...

jadi aku menyuarakan pendapat ini kepada yang tersayang. apa kata kalau kita duduk jb je? sewa murah, kalau nak beli rumah kat situ pun ok. rumah kat situ 200 ribu boleh dapat double storey. kalau kat sini tahap rumah atas rumah orang je (flat/apartment/townhouse rumah atas). nak termuntah aku tengok harga rumah yang beratus riban lemon itu.

bolehlah kata kami malas nak ambil risiko. jb is okay, peluang untuk aku ada. tapi after few years, macam mana? ada jugak sorang kakak senior aku ni elok bermustautin dekat jb lepas tu sekarang dah tak buat ape-ape dah. dulu yelah master. lepas tu? duduk rumah jelah sekarang sebab dari bayar pengasuh anak, baik mengasuh sendiri. jadi sekarang sebab apa duduk jb, dan end up jadi apa? faham tak maksud yang nak disampaikan ni?

kalau kakitangan tetap universiti tak apa lah jugak..income masuk setiap bulan sampai akhir hayat..

kalau orang yang terumbang-ambing macam aku ni, baik lupakan aje.

duduk je selangor ni, cari peluang tu sampai dapat. macam-macam cara ada sebenarnya. cuma tak jumpa cari je..

Tuesday, June 7, 2011

thesis..

hellooow.....

thesis i dah hantar! yey 18 kali boleh tak? so waiting for senate meeting, to check all the thesis layak grad ke tidak..of course layak grad..separuh mati aku buat labwork and writing okay. sila bagi aku grad bulan sembilan ni.

jadi bila dah hantar thesis ni, lepaslah lagi satu bebanan hidup. bye bye master and hello phd. bila nak buat phd ni? bila?

so for my own note, sebab aku sendiri cuai tahap dewa, jadi terpaksa bazirkan hampir satu rim kertas. banyak! lepas tu print kat kedai sia-sia sebab margin larilah..pening kepala aku. jadi on thursday, pergi print kat skudai je, terus buat hard cover terus. besoknya ambil. jumlah untuk satu harcover thesis is rm20 sebab ada italic. jadi semua adalah rm120. walaupun ada salah eja perkataan 'sarjana' jadi SAR1ANA aku redha je sebab nasib kat tulang buku je. hopefully taiada siapa lah perasan hendaknya walaupun aku perasan.

and trip to jb? macam biasa best ah. setiap kali nak pergi to jb, mesti kata nak balik jb or turun jb. awwww, rasa jb macam rumah kan? bila pergi makan seafood dekat kampung pasir puteh area pasir gudang lepas tu makan pulak kepah goreng kentucky sedap gila and sotong goreng tepung terus rasa rindu gila kat jb kot! terus teringat senibung jugak, rindu jusco tebrau, rindu makan sizzling stonegrill kat jusco bukit indah dan main layang-layang kat bukit layang-layang. dan nasi ayam penyet area jb memang terbaek!

dahlah tulis banyak-banyak nanti nangis kerinduan..kekeke

Saturday, June 4, 2011

a simple ceremony

sebentar tadi, aku pergi kenduri jiran aku with my beloved husband. azmi ada kerja jadi pergi lambat sikit around 3 lebih macam tu. suasana aman tenteram. majlis sangat simple.

kalau difikirkan balik, itulah walimah yang sebenar. tiada pelamin, tiada kompang, tiada lagu selamat pengantin baru.

tiada karaoke!

semua sederhana. pengantin cukup manis dengan sepasang persalinan putih.

bukankah itu walimah yang sebenar? tiada pembaziran berlaku, hati ikhlas untuk menjamu tetamu. tetamu nak bersembang pun senang tiada sebarang pencemaran bunyi. tiada tunjuk menunjuk pengantin. pengantin juga tenang melayan tetamu. oh ya, jiran pun tak terganggu dek penyanyi karaoke yang tak kenal erti hormat laungan azan.

sangat tenang.

bawa balik mathurat dan kuih kapal terbang yang tak lemau.

should be a dream wedding for anyone huh?