Tuesday, May 31, 2011

run smoothly please...

alhamdulillah, baru TADI pergi buat ic dekat putrajaya. putrajays terus. walaupun waktu balik pusing-pusing sampai nak dekat equin park dah. ape-ape lah..

jadi tadi berjalan lancar. cepat pun cepat. sejam je dah siap tangkap gambar semua. bayar hanya rm50 sebab buat rayuan. seronoknya, jimat rm50 aku. boleh buat print thesis. besok boleh kutip kad pengenalan baru dengan gambar yang lebih cantik. gambar lama memang horror gile lah muka bengkak dan sebagainya. kali ni persiapan hebat. tidaklah bermake up bagai, tapi oklah kot...

jadi tadi pun print thesis. sekarang dah malas-malas nak mengeluh dah. terima dengan sabar. ini kot hikmah hilang beg duit. kalau tak asyik nak mengamuk dan emosi je. sekarang tenang, aman dan damai. walaupun besok dah masuk bulan 6 (note: lagi sebulan je kerja kat sini), walaupun kena hantar thesis paling lambat isnin depan, walaupun tertinggal 10 muka surat untuk thesis ke 5 dan ke 6. ya, aku kena print 6 thesis, hard cover, submit before next week. sepatutnya hidup aku kucar-kacir. ut.m bukannya dekat pun. pakai duit sendiri pulak tu. maka beruntunglah wahai manusia yang dapat scholar scheme pengajar muda ke, mybrain ke apa-apa saja yang beri duit untuk print thesis sekali. aku ni terpaksa spend almost rm200 untuk printing sahaja. tak pelah, nak belajar. kata nak dapat master.

tu sebab hajat di hati teringin sangat nak sambung phD. tapi aku kena cari duit. kena kumpul duit. rezeki aku susah nak murah bab-bab macam ni. jadi kena berdoa lebih. supaya senang dapat skim ape-ape skim lah. aku tahu ada mybrain yang boleh bagi rm2300 sebulan termasuk duit thesis sekali. tapi 3 tahun jelah. lepas tu? kena cari lagi kerja. average buat phD kat UP.m 5 tahun tahu? ape ingat belajar ni senang? belajar je tinggi tapi nak dapat kerja payah. hah tengok, mengeluh lagi..

anyway, thesis berbondong-bondong ni, harap semuanya berjalan lancar. harap rezeki murah. ya Allah yang maha pemurah, murahkanlah rezeki hambamu ini. amiin...

No comments:

Post a Comment