Friday, May 27, 2011

malang tak berbau..

orang kata malang tak berbau kan. kalau berbau - wangi ke busuk ke - boleh kita lari siap-siap ye dak? oh purse aku nak hilang ni jap lagi sebab ada bau jadore jadi simpan elok-elok kat dalam beg..

tapi Tuhan nak bagi ujian. kalau jadi, jadilah jugak nak buat macam mana. hujung-hujung bulan ni, perkara tak elok macam ni berlaku, senyum jelah. redha je lah. lagipun orang lain lagi teruk musibahnya, rumah terbakar, tanah runtuh, kehilangan ahli keluarga.

jadi hilang purse bukan satu perkara besar. nasib baik ada abah, mak, encik azmi yang akan pulang hari ni.. tolong-tolonglah isterimu yang hampir papa kedana ni.

gaji bulan ni, katanya akan masuk hujung minggu depan. itupun kalau penuh, kalau tak penuh, tunggu jelah bulan depan. tak pe, dah biase. ni pulak, purse hilang jadi nak bayar beberapa kad ganti ni. senak jugak perut. ingat nak print thesis pulak this month. pakai duit lagi. nak pergi johor. pakai duit lagi.

dah jadi macam hamba duit pulak ni. semalam cakap ngan abah. ikut abah balik dok kampunglah. tak payah belanja banyak. ikan murah, ayam murah. kerja dengan pak long berniaga daging kat pasar ke. kekekeke. abah aku kate 'ade pulak..abah tak pelah, hang tu muda lagi..'

yelah bah. muda je lebih, duit tak dak jugak..

mak kata pulak. 'hang dah berapa tahun kerja duit tak dak lagi'..aku gelak jelah. dah kerja pun berapa lama baru, nak urus hal kahwin pakai duit, nak penuhkan rumah dengan perabot pakai duit, takkan mak mentua datang nak dok atas simen ye tak..

ni pulak, aku mintak ujrah pemotongan 5% ke 1% dah kena reject. lama dah kena reject tu. tapi colleague aku yang mintak, dapat je. pernah kena tindakan undang-undang jugak. siap blacklist nama tak boleh pergi oversea lagi. dapat jugak..aku yang dah bayar 10 kali (at least aku bayar 10 kali) kena reject. ptptn ni buat ape? saje-saje je ke nak reject orang ke tak tanpa usul periksa? dah macam ceti pulak aku tengok. bunga tiap bulan naik jugak.. iklan kat tv sikit punya lama. rasa macam nak pecahkan tv tu kalau iklan tu ada kat tv. aku nak bayar, macam ni pulak dia buat kat aku..

dah nasib nak buat macam mana. minggu ni minggu malang tak berbau lah..

3 comments:

  1. aku dah apply ujrah tu, tp tak tau result pun. mcmana nak tau lulus ke tak? ada link tak? nak check jg. interest byk. benci. riba ke hape?

    ReplyDelete
  2. fasyha:tongah soba ni..:)
    mama: kalau dapat dia bagi email kate permohonan berjaya (aku dapat mail kate permohonan gagal). kalau nak cek, cuba masuk balik tempat ko isi borang ujrah tu. kalau still ada,means ko isi tak lengkap. if x, harap maaf permohonan tak berjaya sebab dah ada tindakan mahkamah. gitu-gitulah lebih kurang...

    ReplyDelete