Thursday, May 5, 2011

Life is hard

Sejak kebelakangan ni maaflah sangat sebab suka merungut.mungkin sebab suka merungut lepas tu macam ala2 tak bersyukur, jadi Tuhan uji lebih sikit. Budak ni biasa dia taknak bersyukur. Ingatkan sikit supaya lebih bersyukur, bagi lebih sikit susah tu supaya selalu ingat Tuhan. Maklumlah manusia kan selalu mudah lupa.

Kadang-kadang kita lupa untuk ingat yang ada hikmah di sebaik kejadian. Kadang-kadang kita lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada sampai kita ingat benda yamg kita tak ada. Bila selalu sangat memikirkan benda yang tak ada, mulalah sedih sebab tak tau nak mengadakannya macammana. Bukan susah pun memanipulasi benda yang ada. Contoh, kaau dah tahu tangkap ikan, kenapa nak ada lembu berbelas ekor. Bukak aje kolam ikan besar. Buat bisnes dari situ. Kalau nak bela lembu, kena ada modal beli lembu, kena belajar bela lembu, kena pandai deliver baby lembu. Memanglah dari situ kita belajar benda baru tapi tak ke membazir masa namanya? Eh, betul ke perumpaan aku ni? Ah lantak, asal aku sendiri paham.

Anyway, untuk peringatan kepada aku juga. Jalan depan mata bukan ada satu je. Peluang pulak tak datang selalu. Aku lupa konsep hidup aku sendiri, rembat aje segala peluang yang ada depan mata. Nak berfikir banyak buat apa? Buat sakit otak ade. Sekarang banyak sangat terpengaruh dengan orang. Asyik nak ikut orang. Kalau orang tu bagus tak apalah jugak. Yang tak bagus pulak dok ikut. Masa ni lah nak persetankan semua itu. Ikut kata hati. Jalan terus, don belok belok ikut orang. Kita bukan pengikut orang jahil. Kita nak jadi orang berilmu. Jadi, kalau nak ikut pun, ikut orang berilmu. Haih, budaya ikut mengikut ni kalau nak ikutkan bahaya juga.

Good luck to myself. Semoga berjaya dalam hidup dan jangan putus asa. Jangan lupa juga "la tahzan". Redha, usaha. Amin.

No comments:

Post a Comment