Wednesday, May 11, 2011

gundah gulana hati yang tidak bertepi

waah ayat tak boleh blah. dah lama tak pantun sekali sekala nak bergurindam pulak. sedih lah hati ni tak habis lagi. sikap orang lain especially orang atasan yang perangai macam 'dunia ini hanya dia yang punya' buat semua kami-kami kat sini sedih.

dengan berita gula naik. dengan berita kat tv yang makin lama makin sampah. dengan keadaan office macam ni. dengan orang sekitar asyik tanya isu sensitif. dah jadi statik dan tak ada perasaan dah ni. duit pun dah makin tak ada. dah makin terasa dah sekarang. nak rancang masa depan pun tak boleh. semua tergendala. apa ujian yang Kau bagi ni Tuhan? sanggup tak aku menghadapinya?

ni mungkin balasan kot. maklumlah selalu buat jahat dalam diam. kadang-kadang aku tak sedar yang aku ni tersakit hati orang lain. aku minta maaf siap-siap. kadang-kadang tak sedar yang sebab aku orang lain menderita, aku pun minta maaf siap-siap. mungkin kepala terlalu memikirkan masa depan tanpa duit sampai lupa hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Tuhan. mulai hari ni, sebelum tidur nak amalkan maafkan orang dan maafkan diri sendiri. nak bertekad untuk tidak caci orang lagi. kesian anak orang tu, bapaknya asyik kena caci dengan pekerja macam aku. biarlah perangai bapaknya tu macam gitu. itu urusan Tuhan untuk membalasnya. lagi difikirkan lagi geram dibuatnya. at least dia bagi aku peluang rasa duit gaji selama ni. at least aku dapat jugak kahwin sebab duit gaji yang ada. maafkan ajelah..berhentilah mencaci. menambahkan dosa je.

untuk masa depan, akan aku usaha dan usaha. doa dan doa. redha dan redha. percayalah Tuhan tu maha adil. walaupun nampak macam tak adil, tapi yakinkan diri adil. jangan asyik tanya why? why? why? why me? why me? why me? bersihkanlah hati.  tenteramkanlah jiwa. jiwa tak tenteram macam mana nak menghadapi hari-hari berikutnya? bersabar ajelah. senyum ajelah, lagi sekali, bersihkanlah hati.

semoga hidup yang akan datang dihadapi dengan tabah.

No comments:

Post a Comment