Tuesday, May 31, 2011

run smoothly please...

alhamdulillah, baru TADI pergi buat ic dekat putrajaya. putrajays terus. walaupun waktu balik pusing-pusing sampai nak dekat equin park dah. ape-ape lah..

jadi tadi berjalan lancar. cepat pun cepat. sejam je dah siap tangkap gambar semua. bayar hanya rm50 sebab buat rayuan. seronoknya, jimat rm50 aku. boleh buat print thesis. besok boleh kutip kad pengenalan baru dengan gambar yang lebih cantik. gambar lama memang horror gile lah muka bengkak dan sebagainya. kali ni persiapan hebat. tidaklah bermake up bagai, tapi oklah kot...

jadi tadi pun print thesis. sekarang dah malas-malas nak mengeluh dah. terima dengan sabar. ini kot hikmah hilang beg duit. kalau tak asyik nak mengamuk dan emosi je. sekarang tenang, aman dan damai. walaupun besok dah masuk bulan 6 (note: lagi sebulan je kerja kat sini), walaupun kena hantar thesis paling lambat isnin depan, walaupun tertinggal 10 muka surat untuk thesis ke 5 dan ke 6. ya, aku kena print 6 thesis, hard cover, submit before next week. sepatutnya hidup aku kucar-kacir. ut.m bukannya dekat pun. pakai duit sendiri pulak tu. maka beruntunglah wahai manusia yang dapat scholar scheme pengajar muda ke, mybrain ke apa-apa saja yang beri duit untuk print thesis sekali. aku ni terpaksa spend almost rm200 untuk printing sahaja. tak pelah, nak belajar. kata nak dapat master.

tu sebab hajat di hati teringin sangat nak sambung phD. tapi aku kena cari duit. kena kumpul duit. rezeki aku susah nak murah bab-bab macam ni. jadi kena berdoa lebih. supaya senang dapat skim ape-ape skim lah. aku tahu ada mybrain yang boleh bagi rm2300 sebulan termasuk duit thesis sekali. tapi 3 tahun jelah. lepas tu? kena cari lagi kerja. average buat phD kat UP.m 5 tahun tahu? ape ingat belajar ni senang? belajar je tinggi tapi nak dapat kerja payah. hah tengok, mengeluh lagi..

anyway, thesis berbondong-bondong ni, harap semuanya berjalan lancar. harap rezeki murah. ya Allah yang maha pemurah, murahkanlah rezeki hambamu ini. amiin...

Friday, May 27, 2011

malang tak berbau..

orang kata malang tak berbau kan. kalau berbau - wangi ke busuk ke - boleh kita lari siap-siap ye dak? oh purse aku nak hilang ni jap lagi sebab ada bau jadore jadi simpan elok-elok kat dalam beg..

tapi Tuhan nak bagi ujian. kalau jadi, jadilah jugak nak buat macam mana. hujung-hujung bulan ni, perkara tak elok macam ni berlaku, senyum jelah. redha je lah. lagipun orang lain lagi teruk musibahnya, rumah terbakar, tanah runtuh, kehilangan ahli keluarga.

jadi hilang purse bukan satu perkara besar. nasib baik ada abah, mak, encik azmi yang akan pulang hari ni.. tolong-tolonglah isterimu yang hampir papa kedana ni.

gaji bulan ni, katanya akan masuk hujung minggu depan. itupun kalau penuh, kalau tak penuh, tunggu jelah bulan depan. tak pe, dah biase. ni pulak, purse hilang jadi nak bayar beberapa kad ganti ni. senak jugak perut. ingat nak print thesis pulak this month. pakai duit lagi. nak pergi johor. pakai duit lagi.

dah jadi macam hamba duit pulak ni. semalam cakap ngan abah. ikut abah balik dok kampunglah. tak payah belanja banyak. ikan murah, ayam murah. kerja dengan pak long berniaga daging kat pasar ke. kekekeke. abah aku kate 'ade pulak..abah tak pelah, hang tu muda lagi..'

yelah bah. muda je lebih, duit tak dak jugak..

mak kata pulak. 'hang dah berapa tahun kerja duit tak dak lagi'..aku gelak jelah. dah kerja pun berapa lama baru, nak urus hal kahwin pakai duit, nak penuhkan rumah dengan perabot pakai duit, takkan mak mentua datang nak dok atas simen ye tak..

ni pulak, aku mintak ujrah pemotongan 5% ke 1% dah kena reject. lama dah kena reject tu. tapi colleague aku yang mintak, dapat je. pernah kena tindakan undang-undang jugak. siap blacklist nama tak boleh pergi oversea lagi. dapat jugak..aku yang dah bayar 10 kali (at least aku bayar 10 kali) kena reject. ptptn ni buat ape? saje-saje je ke nak reject orang ke tak tanpa usul periksa? dah macam ceti pulak aku tengok. bunga tiap bulan naik jugak.. iklan kat tv sikit punya lama. rasa macam nak pecahkan tv tu kalau iklan tu ada kat tv. aku nak bayar, macam ni pulak dia buat kat aku..

dah nasib nak buat macam mana. minggu ni minggu malang tak berbau lah..

Thursday, May 26, 2011

my sweet little purse

she is missing..missing in action. i just couldnt remember at all, where did i put it?

last time, aku beli roti gune wallet tu, lepas tu zas, hilang ingatan..aaaargh macam mana ni? dalam kereta tak ada, dalam rumah dah semua tempat aku cari. kat office dah tak de. confirm hilanglah tu..tidak syak lagi..

jadi tadi dah telefon bank untuk block akaun. charge untuk dapat kad baru, rm12. sedih..

lepas ni nak kena buat ic pulak. dengar cerita charge untuk ganti ic baru rm100. sedih lagi.

lesen kereta...

duit..

setem..

purse kesayangan aku..

tengah tengah tak ada duit dan nak berjimat ni lah Tuhan bagi ujian macam ni pulak.. adoi..

tabahkanlah hati yang kudus ni..

Tuesday, May 24, 2011

zooey deschanel

know this girl? i just don't care about the existence of this girl until i saw 500 days of summer. isn't she cute?

pic from google.

no i'm not a freakin lesbo. but i just adore her cuteness....want myself to be cute like her. sure not. muka macam nak mintak penampar je. anyway, wish my daughter lah macam dia. can i, GOD? please? can i have a daughter? and cute like her?

*kalau ada rezeki janin di perut, kena letak gambar zooey as a desktop background. orang kata kalau kita tengok muka zooey contohnya, nanti anak cute gila macam zooey jugak, boleh tak macam tu? :P

Monday, May 23, 2011

i am looking for a nice...

nice nice nice maxi dress..

oh comelnya! sumber hijab house.

mungkin kena longgar sikit kot. maklumlah perut buncit penuh lemak.. :P

Sunday, May 22, 2011

things to smile on

i still keep 'buku biodata' masa spm dulu. it's not really a buku biodata lah, its like moments that we wrote so that we can remember each other. adalah alamat and no telefon untuk contact. but i dont know if these contact still exist. tapi aku sure sangat few contacts masih sama sebab pernah pergi beraye and kenduri kahwin dorang few years back..

it makes me laugh. aku pulak jenis pelupa. eh bila masa pulak aku ada kawan nama belle? hahah tipulah aku lupa baru je jumpa masa kenduri mizah - 2 tahun dulu? (belle was my first friend back in kelantan dulu).

i have moments with them. both my schools. during my spm years, mizah and i bought this one log book yang ada cover warna-warni berkulit tebal. percayalah, buku aku ngan dia je paling besar. and two of a kind (sebab ada 2). and they free to jot anything they like.

this is what mizah wrote to me (honestly, aku tak ingat sepatah pun apa yang aku tulis kat dia):

  • Kenal dengan sekor minah key ell yang satu kepala (ko arh tuh)
  • blecksyeitym (berapa bulan je)
  • balik beloved hometown sesame (2 kali je)
  • wahahaha...jadi smooth criminal! gempaq! pecah masuk bilik tv!
  • eh, yer saye aida hirdayati cikgu! (rayau-rayau pertama, beli kaset, present, plan dengan helikopter, apel)
  • lepas tuition/mission! not about JIM..about..yer know..that kinda cute guy..
  • 040701- bawah meja cikgu wang!
  • insya-Allah mase amek result spm, 9A1!

bila ingat balik, blecksyeitym is kumpulan kongsi gelap. and balik hometown, aku ajak dia naik bas yang berperjalanan 9 jam tu (kelantan -kl kann). minah ni selalu naik kapal terbang je. lepas tu marah aku sebab aku selalu tido je dalam bas..:P. pecah masuk bilik tv sebab semata-mata nak tngok MTV. dah siapa suruh kunci bilik tv waktu cuti! ape lagi, kopak tingkap..kes hirdayati, sebab time tuition kat mara (dekat sogo tu) dapat kelas lain dengan mizah. lepas tu pakat tukar kelas dengan sorang budak nama hirdayati. bila cikgu panggil nama untuk cek kedatangan aku buat bodoh je. aku lupa aku jadi hirdayati masa tu. helikopter  is a girl's name kat tempat tuition - nama sebenar is heli. apel adalah sebutan mamat bangla masa amek order air apple. and mission with that kinda cute guy tu, dia dah kahwin pun dengan guy tu sekarang. and JIM is jejaka idaman malaya. 040701 was my bufdae, pakat dengan dia escape perhimpunan. sebab pengawas ronda kelas, jadi terpaksa menyorok bawah meja cikgu. 

and result spm, both of us tak dapat 9A pun. but she manage to become a pharmacist rite now. proud of you girl!

well.. memories..

oh budak bawah umur yang baca ni, jangan tiru akak ni. nanti susah dapat kerje..kekekekeke.... :P oh yeah, dulu nakal ye, sekarang baik :)

Saturday, May 21, 2011

oh belog i miss you..

oh oh oh belog..do you know how much i miss you? rindu amat sampai  nak nangis ni?

mungkin sebab tak bayak benda nak update di sini. tak ada progress in job searching. and maybe will be in johore next week. is quite 'busy' with relocating lab equipments to new building. no nice pictures so far.

jadi senyap je kat sini. *bunyi cengkerik*

oh there's one!

is trying so hard to upgrade my skill. wish me luck. hehee.

oh wish me luck in job searching to.

bye...

lalalalala...

Monday, May 16, 2011

a negative thinker is writing..

dah happy kan sebab dah nak grad bulan sembilan ni kan?

so what is the next step? konon almost there lah kan? of course lepas ada master mungkin ada harapan nak dapat kerja yang lebih baik?

adakah anda semua fikir begitu? -mode negative thinking datang-

i should be thankful. lepas tu? hey, ada sesiapa nak tolong jawab tak lepas tu aku kena buat apa wey! aku dah buntu. tekanan nak dapatkan duit lepas ni memang disaster weh. i said congrates kepada kamu semua yang berjaya dapat kerja baik dan bernasib baik. tak payah nak rasa down gile dan jeles gila pada aku yang dah habis viva dan nak grad tak lama lagi sebab korang yang jeles pada aku or rasa down gile sebab i can do it but you can't tu dah ada kerja tetap gaji almost 3k. aku yang nak viva and grad tak lama lagi ni masih cari kerja. semua orang tak nak aku lagi sebab sampai bulan 9 ni, i have no black and white of me having a master degree.. i need to suffer for two months! 3 months maybe. 6 months top! sebab once dah ada, belum tentu dapat kerja tetap yang baik. mungkin jadi cashier dekat pasaraya familyku.

aku baran betul kalau orang dalam tv kata graduate memilih kerja. woi bangang, cuba ko amek kos aku tengok? berapa banyak kerja yang boleh kau apply? kau graduate biology kau harap kau boleh kerja jual insurance and live happily ever after ke? memang kau bangang. aku tak rasa malaysia ada peluang pekerjaan yang banyak. yup, peluang pekerjaan banyak, untuk pekerja buruh mungkin ada. gaji tak kompetetif. graduate kerja macam kuli batak suruh-suruh macam tak ada otak. tak pilih macam mana? unless you are an accountant, a lawyer, a doctor, a teacher or a common engineer (biotech engineer pun tak ada harapan).

yup you watch you tivo and listen and watch lots of biotech companies 'cemerlang' dan mencipta ubat yang boleh ganti viagra yang diperbuat dari tumbuhan tradisional melayu seperti gabungan 80 herba seperti kacip fatimah, tongkat ali dan mas cotek' terbukti berkesan kerana universiti sekian-sekian telah menjalankan analisis sekian-sekian di mana tumbuhan ini mempunyai flavanoid, vitamin E dan asid sialic yang sihat untuk badan..trust me, this is not biotech company. they dont have any money to pay scientists to do all the research work. semua mengharapkan universiti je nak lakukan analysis tu semua. university dapat tenaga kerja dari mana? dari contract researcher atau student yang tengah tak ada duit terkial-kial mintak biasiswa nak sara hidup sendiri dan mengharapkan master dan phd dalam tangan. pity..

this is all crap. phd also crap unless you are lucky enough to get your wages while waiting for scholarship. the main thing here is now working. if you are not working, lu makan pasirla sementara nak tunggu scholarship dik.

oh shit. aku masih marah gila dengan bos aku yang bingai tu.

almost there

i forgot how lucky i am. i just totally forgot to celebrate and feel happy about it! did i told you guys that i can already hard covered my thesis? - (ayat lintang pukang-but you know). oh yeah! oh yeaH!

that means i will graduate sooon! soooon bebeh! soooooooooooooooooooooooooooooooooooooon!!!!!! okay cukup annoying tak rakan-rakan?

hah, tu pun tak nak bersyukur lagi kan...lepas tu sedih-sedih. lepas tu syahdu syahdan. lepas tu nak nangis, lepas tu down. lepas tu tulis belog..wahahaha...after hantar hard cover, then there's one meeting senat ke hapa entah. then hopefully there's no correction what so ova. diorang bukan kira. kalau ada salah suruh bukak jugak benang binding hard cover tu. apa salahnya check dulu than bind hard cover?

neva mind. i'm still hapy.. happy to the max! just need to make sure everything is perrrrrrrrrrrrrrfecto!

Thursday, May 12, 2011

bile kita boleh pergi dating berdua berhari-hari ni yang?

oooh! aku rindu nak pergi tepi pantai. rindu nak snorkeling, rindu pasir puteh dan air laut jernih nampak kaki, dan batu karang warna-warni, rindu seafood, rindu jerit atas boat bile pakcik bawak boat buat aksi stunt di tengah laut lepas.
redang 2010
perhentian 2009
perhentian 2009

rindu naik banana boat, rindu makan tapi baju basah kuyup dan kaki berpasir, rindu buat istana pasir, rindu mandi laut tanpa segan silu.

pangkor 2009

pangkor 2009
rindu sejuk gunung, rindu travel jauh dalam kereta sambil hati excited nak tengok bunga, rindu ladang teh, rindu bilik hotel tanpa aircond, rindu kabus pagi, rindu strawberry, rindu teh panas dan strawberry cheesecake waktu sejuk-sejuk dan rindu pasar jual bunga ros 3 bundle rm10.




Cameron highland 2010

so mr hubby. when we can do this together??

Wednesday, May 11, 2011

gundah gulana hati yang tidak bertepi

waah ayat tak boleh blah. dah lama tak pantun sekali sekala nak bergurindam pulak. sedih lah hati ni tak habis lagi. sikap orang lain especially orang atasan yang perangai macam 'dunia ini hanya dia yang punya' buat semua kami-kami kat sini sedih.

dengan berita gula naik. dengan berita kat tv yang makin lama makin sampah. dengan keadaan office macam ni. dengan orang sekitar asyik tanya isu sensitif. dah jadi statik dan tak ada perasaan dah ni. duit pun dah makin tak ada. dah makin terasa dah sekarang. nak rancang masa depan pun tak boleh. semua tergendala. apa ujian yang Kau bagi ni Tuhan? sanggup tak aku menghadapinya?

ni mungkin balasan kot. maklumlah selalu buat jahat dalam diam. kadang-kadang aku tak sedar yang aku ni tersakit hati orang lain. aku minta maaf siap-siap. kadang-kadang tak sedar yang sebab aku orang lain menderita, aku pun minta maaf siap-siap. mungkin kepala terlalu memikirkan masa depan tanpa duit sampai lupa hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Tuhan. mulai hari ni, sebelum tidur nak amalkan maafkan orang dan maafkan diri sendiri. nak bertekad untuk tidak caci orang lagi. kesian anak orang tu, bapaknya asyik kena caci dengan pekerja macam aku. biarlah perangai bapaknya tu macam gitu. itu urusan Tuhan untuk membalasnya. lagi difikirkan lagi geram dibuatnya. at least dia bagi aku peluang rasa duit gaji selama ni. at least aku dapat jugak kahwin sebab duit gaji yang ada. maafkan ajelah..berhentilah mencaci. menambahkan dosa je.

untuk masa depan, akan aku usaha dan usaha. doa dan doa. redha dan redha. percayalah Tuhan tu maha adil. walaupun nampak macam tak adil, tapi yakinkan diri adil. jangan asyik tanya why? why? why? why me? why me? why me? bersihkanlah hati.  tenteramkanlah jiwa. jiwa tak tenteram macam mana nak menghadapi hari-hari berikutnya? bersabar ajelah. senyum ajelah, lagi sekali, bersihkanlah hati.

semoga hidup yang akan datang dihadapi dengan tabah.

Friday, May 6, 2011

wedding azalea

azalea dah kahwin nak dekat seminggu dah. takpe. nakpost kat sini jugak sementara masih sempat. anyway, gambar dah banyak post dekat fb.


gambar macam sedikit blur sebab kamera tak berapa bagus.. love songket. lepas tu tanya azmi, eh kenapa kita dulu tak pakai songket eh? rugi-rugi. eh nak kahwin lagi sekali boleh ke?


the pelaminan. sekarang banyak pelamin macam ni kan? nice..and the most tempting thing is..


kegemaran! 5-tiers-cake. best! and the best thing pulak...

serang kek itu!!!! 

okay, actually aku and ina and azmi helped dina and ajai distribute kek itu. kek sangat besar, boleh bagi satu dewan tau! best!

and lepak sampai petang..penat, but fun..cewah cam aku pulak pengantin nak penat ek..

so lastly,


selamat pengantin baru! welcome to the club. semoga berbahagia hingga ke syurga! *aku berisi sangat kan? berisi dengan lemak tepu..hehehehe...*

Thursday, May 5, 2011

Life is hard

Sejak kebelakangan ni maaflah sangat sebab suka merungut.mungkin sebab suka merungut lepas tu macam ala2 tak bersyukur, jadi Tuhan uji lebih sikit. Budak ni biasa dia taknak bersyukur. Ingatkan sikit supaya lebih bersyukur, bagi lebih sikit susah tu supaya selalu ingat Tuhan. Maklumlah manusia kan selalu mudah lupa.

Kadang-kadang kita lupa untuk ingat yang ada hikmah di sebaik kejadian. Kadang-kadang kita lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada sampai kita ingat benda yamg kita tak ada. Bila selalu sangat memikirkan benda yang tak ada, mulalah sedih sebab tak tau nak mengadakannya macammana. Bukan susah pun memanipulasi benda yang ada. Contoh, kaau dah tahu tangkap ikan, kenapa nak ada lembu berbelas ekor. Bukak aje kolam ikan besar. Buat bisnes dari situ. Kalau nak bela lembu, kena ada modal beli lembu, kena belajar bela lembu, kena pandai deliver baby lembu. Memanglah dari situ kita belajar benda baru tapi tak ke membazir masa namanya? Eh, betul ke perumpaan aku ni? Ah lantak, asal aku sendiri paham.

Anyway, untuk peringatan kepada aku juga. Jalan depan mata bukan ada satu je. Peluang pulak tak datang selalu. Aku lupa konsep hidup aku sendiri, rembat aje segala peluang yang ada depan mata. Nak berfikir banyak buat apa? Buat sakit otak ade. Sekarang banyak sangat terpengaruh dengan orang. Asyik nak ikut orang. Kalau orang tu bagus tak apalah jugak. Yang tak bagus pulak dok ikut. Masa ni lah nak persetankan semua itu. Ikut kata hati. Jalan terus, don belok belok ikut orang. Kita bukan pengikut orang jahil. Kita nak jadi orang berilmu. Jadi, kalau nak ikut pun, ikut orang berilmu. Haih, budaya ikut mengikut ni kalau nak ikutkan bahaya juga.

Good luck to myself. Semoga berjaya dalam hidup dan jangan putus asa. Jangan lupa juga "la tahzan". Redha, usaha. Amin.