Wednesday, April 13, 2011

zon selesa yang tak berapa nak selesa dah

aku sekarang kerja bagus..rumah dekat, jam pun takda. tak payah lalu tol, tak payah bising kereta makan minyak, nak balik kutip baju sebab hujan pun boleh sebab kerja fleksibel dan dekat..

tapi...

perasan tak kerja sekarang kebanyakannya kontrak aje? jadi yup, aku akan dikontrakkan sampai hujung bulan 6 ni je. bukan aku je, semua colleague aku sedang berusaha mencari tempat baru seselesa macam ni..bukan rahsia lagi.

orang kata jangan berada di comfort zone sepanjang masa. tapi, comfort zone itu indah!

there's a few job - klang...jauh sangat.. shah alam, jauh jugak...kl oooh jam! seri kembangan, seri kembangan okay...eh, nilai pun okay.. seremban? jauh sangat. ada colleague aku cadangkan kat taman u skudai - hahah taknaklah pindah skudai balik. baik buat phD kat situ kot..

umalaya? umalaya okay. ada opening. tissue culture, jiwa dan raga. tapi kl tau! kawasan hotspot jam. bila fikir balik zaman kepong bangi dulu macam nak nangis. takkan nak tukar kereta auto? kerja pun tak comfirm lagi. jadi mungkin nak bertekad. duduk sini jelah. duduk sini diam diam. aku memilih ke? aku tak kisah kalau aku bujang. mana-mana aku boleh cari rumah sewa. bawa baju dan tilam aje. macam dulu masa bujang menyewa kat bangi.

tapi ni dah kahwin banyak kekangan nak pndah randah. barang kat rumah dah banyak. kalau boleh, bila nak berpindah biar sekali dua je pindah dalam seumur hidup. aku taknak stress. stress tidak membawa bahagia tahu? sebab berpindah waktu bujang pun stress, ini kan pulak nak hangkut peti ais, meja makan, katil tilam dan almari. at least dulu-dulu pakai almari kain je. tak pun pakai kotak je..

jadi lokasi itu penting. jadi nak kat selatan je. jadi nak kerja kat bangi je, jadi senang nak kutip baju kat rumah kalau hari hujan (padahal sidai baju indoor je. gedik.)

aargh..! chaiyok chaiyok! berusahalah!

2 comments:

  1. hahaha, mintak dah usim...senyap je ni...ko nampak nama aku ko selit sikit kat bahagian senarai pendek interview, boleh?..kehkehkeh...

    ReplyDelete